5 Makanan Vegan Yang Boleh Bantu Tambah Susu Badan Ibu Menyusu

Ada 5 jenis makanan vegan yang boleh dimakan oleh semua ibu menyusu di luar sana untuk menambah susu badan. Jom semak apakah 5 makanan vegan ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Untuk menghargai ibu menyusu badan

Sebagai penghargaan untuk ibu menyusu sedunia, The AsianParent Malaysia sudahpun mengupas pelbagai perkara yang menarik tentang susu badan dan ibu yang menyusu.

Antara artikel yang boleh anda dapatkan ialah:

Tapi, hari ini kita akan bincang tentang 5 jenis makanan yang boleh membantu ibu-ibu vegan untuk menghasilkan susu badan.

Walaupun kita jarang dengar tentang orang yang 100% vegan di Malaysia, saya masih fikir topik ini agak menarik dan boleh membantu kita menimba ilmu.

Lagipun anda tidak semestinya ibu vegan jika ingin mengikut petua-petua ini, sebab semua 5 makanan di bawah memang kita selalu makan pun!

5 makanan yang boleh meningkatkan susu badan ibu menyusu

Antaranya:

#1 Bijiran Oat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Sumber gambar : foodbytes

Bijiran oat seringkali disyorkan sebagai makanan penambah susu pada ibu-ibu yang baru mula menyusu.

Walapun belum ada kajian dengan bukti yang kukuh untuk menyokong tuntutan ini, tapi ramai ibu-ibu menyusu mengatakan ia sangat berkesan. Menurut Parents.com, satu sebab mengapa pakar mengakui kebaikan oat ini adalah kerana ia kaya dengan zat besi.

Zat besi amat penting untuk ibu-ibu menyusu. Ibu-ibu dengan tahap zat besi yang rendah mungkin akan menghasilkan bekalan susu yang lebih rendah.

#2 Sayur Bayam

Sumber: jayagrocer.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Sayur hijau secara amnya sangat berkhasiat dan ini termasuklah sayur bayam.

Menurut National Institutes of Health Office of Dietary Supplements, sayur bayam adalah sumber utama folat yang boleh membantu mengelakkan pelbagai kecacatan kelahiran dan mengurangkan risiko kelahiran pramatang.

Pengambilan folat harian yang disyorkan untuk ibu hamil adalah sebanyak 600 mikrogram dan hidangan 1/2 cawan sayur bayam mengandungi 131 mikrogram. 

Bayam juga tinggi dengan zat besi, kalsium, magnesium, fosforus, kalium, niacin dan beberapa vitamin dan mineral lain. Kebanyakan nutrien ini penting untuk ibu dan bayi menyusu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

#3 Halba

Sumber gambar: Dr. Mercola

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan untuk menambahkan susu badan. Paling popular adalah halba dan rempah ini senang untuk didapati di kedai runcit mamak ataupun di pasaraya besar. 

“Secara teori, rempah halba boleh merangsangkan pengeluaran peluh. Oleh sebab fungsi payudara hampir sama dengan kelenjar peluh, saluran susu juga akan dirangsangkan,” kata Ginger Carney, pakar lakasi International Board Certified Lactation Consultant (IBCLC).

Wanita yang menggunakan halba mengalami peningkatan pengeluaran susu dalam tempoh 24 hingga 72 jam selepas memakannya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Walaubagaimanapun, wanita yang mengambil ubat cair darah atau mempunyai masalah tiroid, asma dan alahan harus berhati-hati apabila menggunakan halba.

#4 Bawang Putih

 

Sumber gambar: BBC Good Food

Menurut Belly Belly bawang putih juga boleh merangsang pengeluaran susu ibu. Tapi, kalau makan banyak sangat bawang putih, bayi akan suka ke?

Sebenarnya, bayi suka rasa bawang putih! Bayi yang dapat merasai rasa bawang putih dalam susu ibu, akan menyusu dengan lebih dan ini yang akan menyebabkan penghasilan susu ibu yang lebih banyak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

#5 Bijan

Bijan kaya dengan kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, kuprum, mangan dan sumber serat yang baik. Ia sangat baik untuk meningkatkan bekalan susu.

Belly Belly mengatakan bijan perlu dihancurkan terlebih dulu sebelum dimakan kerana benih bijan yang tak hancur hanya akan masuk terus ke salur pencernaan. 

Selepas ini, ibu-ibu menyusu bolehlah makan 5 makanan vegan di atas untuk cuba membantu menambah susu badan! Kami doakan yang terbaik untuk anda.

Go, ladies! Jangan mudah putus asa.

Sumber: Care2, Livestrong

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

7 Soalan Pelik Yang Selalu Ibu Fikir Tentang Penyusuan, Ini Jawapan Dari Pakar Laktasi

Written by

Rosanna Chio