5 Sebab Mengapa Anda Tidak Patut Pakai Bra Semasa Tidur

lead image

Memakai bra semasa tidur sebenarnya memudaratkan wanita malah tidak membantu mengekalkan bentuk payudara yang tegang dan seksi, pun!

Memakai bra ketika nak tidur

Ianya sudah jadi satu kebiasaan untuk kebanyakkan wanita terus tidur tanpa menanggalkan bra mereka.

Sebab-sebab lain termasuklah mitos yang mengatakan amalan ini boleh membantu mengekalkan bentuk payudara yang tegang dan seksi.

5 Sebab Mengapa Anda Tidak Patut Pakai Bra Semasa Tidur

Namun, punca masalah bentuk payudara ini disebabkan oleh ramai wanita selalu membeli bra yang salah dan tidak sesuai dengan saiz dan rupa bentuk badan mereka.

Bra yang terlalu ketat boleh memudaratkan pemakai, terutamanya jika ia dipakai sepanjang hari dan sepanjang malam.

Ini adalah 5 sebab mengapa anda digalakkan untuk menanggalkan bra anda sebelum tidur.  

1. Peredaran darah yang lebih baik

Satu-satunya keburukan memakai bra semasa tidur, terutamanya coli dengan sokongan dawai (underwire) adalah ia boleh menyekat peredaran darah anda. 

Jika dawai itu terlalu ketat, otot-otot dada akan tersempit, dan ini akan menjejaskan peredaran darah ke lengan dan tangan.

5 Sebab Mengapa Anda Tidak Patut Pakai Bra Semasa Tidur

Di samping itu, bra sukan yang terlalu ketat juga boleh memberi kesan kepada tisu payudara anda jika dipakai terlalu kerap disebabkan peredaran yang sentiasa tersekat.

2. Kulit tak akan jadi gatal-gatal atau tak selesa

Satu lagi kesan sampingan memakai bra yang tidak sesuai semasa tidur adalah kerengsaan kulit.

Cangkuk dan tali coli boleh menyebabkan pemakai rasa tidak selesa

5 Sebab Mengapa Anda Tidak Patut Pakai Bra Semasa Tidur

Dalam kes terpencil, cyst juga boleh terbentuk akibat memakai coli saiz salah untuk jangka masa yang lama (terutamanya jika ia coli berdawai). 

Yang membimbangkan, anda jarang periksa bahagian bawah payudara atau merasa kesakitan ketika tidur pada waktu malam.

3. Ketidakselesaan ganggu tidur

Tanpa disedari, ketidakselesaan ini boleh menganggu anda tidur dengan nyenyak. Apabila seseorang tidak mendapat tidur secukupnya, kesihatan individu itu boleh terjejas.

4. Hiperpigmentasi

Hiperpigmentasi juga boleh berlaku disebabkan tali dan cangkuk terlalu ketat yang sentiasa bergesel dan bersentuhan dengan kulit lalu menyebabkan bahagian kulit itu nampak lebih gelap.

5 Sebab Mengapa Anda Tidak Patut Pakai Bra Semasa Tidur

5. Masalah kulat pada payudara 

Wanita yang memakai coli yang tidak sesuai lebih cenderung untuk mengalami masalah kulat pada payudara

Keadaan yang hangat dan lembap adalah keadaan yang sesuai untuk pembentukan kulat. Dengan iklim negara kita yang panas sepanjang tahun, langkah menanggalkan bra pada waktu malam dapat mengurangkan peluang pertumbuhan kulat.

****

Walaupun mungkin sebab disebalik semua ini adalah pilihan coli yang bersaiz salah, namun menanggalkan bra sebelum tidur adalah langkah yang ringkas dan senang

Jika risiko memakai bra semasa tidur boleh menyebabkan peredaran darah yang terjejas, kerengsaan kulit, ketidakselesaan, hiperpigmentasi dan kulat payudara, maka lebih baik jika ia ditanggalkan.

Sumber: Positive Med

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

Kenapa Payudara Kita Sakit Sebelum Datang Bulan?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner