Patutlah Rakyat Malaysia Ramai Tak Sihat, Setiap Pagi Makan 6 Menu Sarapan Pagi Ini!

Patutlah Rakyat Malaysia Ramai Tak Sihat, Setiap Pagi Makan 6 Menu Sarapan Pagi Ini!

Berikut adalah antara 6 menu sarapan pagi paling tidak berkhasiat di Malaysia yang patut anda elak atau kurangkan pengambilannya setiap hari!

Anda mungkin berasa tidak gembira apabila membaca artikel ini dan mengetahui menu sarapan pagi kegemaran anda adalah antara makanan yang tidak berkhasiat untuk diambil pada waktu pagi.

Tetapi, jika anda mencuba untuk mengurangkan kadar pengambilan makanan ini setiap pagi, kami pasti anda (serta badan anda) akan berterima kasih kepada kami!

6 Menu Sarapan Pagi Paling Tidak Berkhasiat
1. Roti Canai
menu sarapan pagi

Sumber: The Asian Parent Singapore

Siapa tidak sukakan roti canai, kan?

Ada yang gemarkannya rangup dan ada juga yang gemar untuk makan roti canai bersama dengan kari kambing. Tetapi malangnya, menu sarapan pagi kegemaran ramai inni tidak bagus untuk badan anda!

Sekeping roti canai mempunyai sebanyak 209 kalori berserta dengan 366 mg sodium (garam!).

Untuk orang dewasa yang sihat, pengambilan sodium yang digalakkan untuk sehari hanyalah 230 mg.

Antara kesan jangka panjang yang bakal terjadi jika anda terus mengambil pemakanan roti canai setiap hari adalah edema dan tekanan darah tinggi.

Apakah itu edema? Ia adalah satu keadaan di mana badan anda akan cenderung menyimpan cecair. 

2. Mee Rebus
menu sarapan pagi

Sumber: The Asian Parent Singapore

Ahh…siapa yang tidak gemarkan mee rebus? Dengan kuah pekat berserta mee kuning yang kenyal, ia sememangnya antara makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Tetapi, jika anda peminat tegar mee rebus dan sering mengambilnya sebagai sarapan pagi, ketahuilah bahawa ia adalah satu amalan pemakanan yang tidak sihat.

Makanan ini mengandungi 550 kalori dan 2000mg sodium. Malah, mee kuning juga turut mempunyai GI (Glycemic Index) yang tinggi berbanding jenis mee yang lain seperti bihun.

Makanan yang tinggi GI akan menyebabkan tahap gula dalam badan kita meningkat dan menurun dengan cepat.

Jadi, ia adalah lebih baik untuk anda tidak mengambil makanan yang tinggi GI.

Ambillah jenis makanan yang rendah GI supaya gula dapat dirembeskan dalam saluran darah anda secara perlahan-lahan dan anda akan kekal kenyang untuk masa yang lama.

Malah, ukuran pinggang anda yang slim juga pasti akan dapat dikekalkan!

3. Bihun goreng
menu sarapan pagi

Sumber: The Asian Parent Singapore

Ini juga adalah antara makanan yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk sarapan pagi.

Walaupun bihun adalah antara mee yang paling baik untuk diambil, tetapi kandungan daging dan rencah yang dimasukkan ke dalam masakan ini boleh membuatkannya kurang sihat untuk diambil.

Tambahan pula jika si pemasak memasukkan daging proses dan garam atau rencah yang tinggi kandungan MSG.

Secara keseluruhan, menu sarapan pagi bihun goreng yang sarat dengan rencah dan daging mempunyai hampir 1000 kalori!

Ini sudah hampir setengah daripada saranan 2000 kalori sehari! Jika diambil secara berterusan, amat mudah untuk kita naik berat badan.

4. Mufin
menu sarapan pagi

Sumber: The Asian Parent Singapore

Di beberapa bahagian negeri di Malaysia, mufin bukanlah satu kebiasaan untuk sarapan pagi.

Tetapi bagi masyarakat di bandar seperti Lembah Klang, mufin amat mudah untuk diperolehi.

Mufin mungkin nampak kecil dan diambil hanya sebagai pemanis mulut, tetapi ia sebenarnya penuh dengan gula, mentega dan tepung!

Jumlah gula dalam sebiji mufin boleh mencecah 9 sudu, dan ini adalah 3 sudu lebih daripada saranan pengambilan gula sehari.

5. Granola Bar
menu sarapan pagi

Sumber: Superhealthykids.com

Ya, anda mungkin terkejut apabila membaca senarai ke-lima untuk menu sarapan paling tidak berkhasiat di Malaysia ini!

Ramai yang menyangka granola bar adalah makanan sihat yang sesuai untuk diambil setiap hari – terutamanya ketika sedang diet.

Sebenarnya, bar bijirin yang diproses seperti ini mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi, sama seperti bar coklat yang lain!

Jika anda mengambil granola bar setiap pagi, tahap gula dalam darah anda juga mudah untuk turun dan naik, yang menyebabkan anda cenderung berasa letih dan tidak bermaya seharian.

Sebelum membeli bar ini, cuba lihat label nutrisi pada plastik pembalutnya. Anda mungkin terkejut melihat kandungan gula dan lemak yang ada pada makanan ini.

6. Sosej
menu sarapan pagi

Sumber: The Asian Parent Singapore

Anda teringin untuk makan hidangan western yang “sihat” di waktu pagi. Jadi, anda sediakan sosej goreng atau sosej bakar untuk dimakan bersama dengan telur separuh masak dan roti bakar.

Kedengaran seperti satu menu yang sihat, kan? Tetapi, sosej adalah antara makana proses yang tinggi kandungan garam, lemak dan pengawet.

Malah, ia turut mengandungi bahan kimia dikenali sebagai nitries. Jika diambil selalu, bahan ini boleh bertukar menjadi penyebab kanser apabila dihadam!

Jadi, tidak mustahillah jika sosej menjadi antara menu sarapan paling tidak berkhasiat, yang patut anda elakkan pengambilannya.

Bagi menjamin kesihatan anda dan keluarga, pastikan anda mengurangkan pengambilan makanan di atas ya!

Sumber: The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Manfaat mengambil sarapan pagi yang berkhasiat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner