Bayi Pramatang Tak Boleh Disamakan Dengan Baby Cukup Bulan, Proses Tumbesaran Mereka Berbeza

Bayi pramatang sering dikaitkan dengan kelahiran yang berlaku tidak cukup bulan iaitu selepas usia kehamilan 20 minggu dan sebelum 37 minggu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perjalanan kehamilan adalah pengalaman yang penuh dengan jangkaan, kegembiraan, dan keajaiban. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu dapat bersalin mudah kerana ada yang berdepan episod kelahiran bayi pramatang. Kelahiran pramatang atau dikenali sebagai bersalin tidak cukup bulan adalah masalah kritikal yang memerlukan rawatan segera bagi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi.

Memahami Perkembangan Bayi Pramatang

Kelahiran bayi, sama ada anak pertama atau kelima, tetap membawa kegembiraan, namun tidak semuanya berjalan lancar. Jika bayi dilahirkan 3 minggu lebih awal, ibu bapa mungkin akan mempunyai lebih banyak soalan mengenai perkembangan tumbesaran bayi berbanding mereka yang bayi dilahirkan tepat pada waktunya.

American Academy of Pediatrics (AAP) menyenaraikan pencapaian penting dalam tumbesaran anak untuk membantu ibu bapa memahami apa yang perlu diperhatikan seiring peningkatan usia bayi.

Penting untuk diingat bahawa perkembangan anak bukan perlumbaan, setiap bayi membesar mengikut kadar mereka sendiri. Sesetengah bayi, terutama yang dilahirkan pramatang, mungkin tidak mencapai pencapaian perkembangan pada waktu yang sama seperti bayi yang dilahirkan tepat pada waktunya.

Penyelarasan Usia Mengikut Tempoh Kelahiran Bayi

Bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kehamilan dianggap sebagai bayi pramatang. Oleh itu, penting untuk menilai tumbesaran anak berdasarkan usia yang sesuai dengan tahap perkembangan mereka.

Untuk memahami apa yang sepatutnya dilakukan oleh bayi pada usia tertentu, ibu bapa perlu mengambil kira pembetulan usia, iaitu menyesuaikan usia bayi mengikut tarikh jangkaan kelahiran. Contohnya, jika bayi dilahirkan 2 bulan lebih awal dan kini berusia 4 bulan, jangan mengharapkan mereka mencapai pencapaian bayi 4 bulan. Sebaliknya, nilai perkembangan mereka berdasarkan usia 2 bulan.

Sesetengah bayi pramatang boleh mengejar perkembangan rakan seusia mereka, tetapi ibu bapa perlu bersabar. Jika bayi pramatang menghadapi masalah perubatan, mereka mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk mencapai tahap perkembangan yang sepatutnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berapa Lama Bayi Pramatang Di NICU

Tempoh bayi pramatang di NICU bergantung kepada usia kehamilan dan kesihatan bayi.

  • Bayi 32-37 minggu: Biasanya tinggal beberapa hari hingga minggu, memerlukan sedikit sokongan untuk pernafasan dan pemakanan.
  • Bayi 28-32 minggu: Memerlukan rawatan selama beberapa minggu hingga bulan, termasuk sokongan pernafasan dan pemakanan.
  • Bayi 23-28 minggu: Mungkin tinggal di NICU selama 2-3 bulan atau lebih, memerlukan penjagaan intensif untuk masalah pernafasan dan pemakanan.
  • Bayi di bawah 23 minggu: Mempunyai cabaran besar dan boleh memerlukan rawatan intensif berpanjangan di NICU.

Mengenal Pasti Tahap Perkembangan Bayi Pramatang

Penyelarasan Usia 2 Bulan

  • Boleh mengawal kepalanya
  • Membuat suara seperti teriakan dan tangisan yang berbeza
  • Tersenyum kepada individu sekelilingnya
  • Mengenali ibu bapa dan penjaga

Penyelarasan Usia 4 Bulan

  • Mampu mengangkat kepalanya ke atas dan melihat sekeliling semasa tummy time
  • Berguling
  • Mengikut gerakan wajah dan objek

Penyelarasan Usia 6 Bulan

  • Duduk dengan sendiri
  • Mula merangkak
  • Melihat kepada mainan
  • Ingin mengetahui tentang perkara di luar jangkauan
  • Gabungan konsonan dan vokal babbles seperti dada, mama, baba

Penyelarasan Usia 9 Bulan

  • Perkembangan bayi tidak cukup bulan pada usia ini sudah boleh merangkak bebas
  • Boleh menarik badan untuk berdiri
  • Memahami maksud “tidak”
  • Mengikut bunyi dan isyarat
  • Mempunyai ragam vokal yang lebih banyak
  • Boleh bermain peek-a-boo

Penyelarasan Usia 12 Bulan

  • Mula berjalan mengikut aturan perabut
  • Mula mengambil langkah solo
  • Mula untuk berdiri sendiri
  • Boleh memungut barangan kecil
  • Bertindak balas dengan soalan ringkas seperti “Mana Mama?”
  • Cuba mengucapkan kata-kata yang anda lafazkan
  • Menggunakan gerak isyarat mudah seperti menggelengkan kepala yang bermaksud “tidak” dan melambai tangan “bye-bye”
  • Menangis apabila ditinggalkan ibu bapa
  • Mempunyai barangan kegemaran seperti anak patung atau bantal busuk
  • Mula melafazkan perkataan Mama dengan maksud (bermakna anak mengetahui Mama adalah panggilan untuk ibunya)

Penyelarasan Usia 15 Bulan

  • Berjalan dengan koordinasi
  • Boleh melakukan penyusunan bentuk atau bermain susun gambar ringkas
  • Boleh mencangkung
  • Sudah menggunakan lebih daripada tiga perkataan selain Mama dan Dada yang digunakan untuk meminta sesuatu
  • Boleh melihat atau menunjukkan gambar di dalam buku
  • Mengikut lebih banyak arahan yang diberikan

Penyelarasan Usia 18 bulan

  • Berjalan menaiki tangga
  • Mula berlari
  • Menarik mainan semasa berjalan
  • Boleh menanggalkan pakaian
  • Minum menggunakan cawan dan makan dengan sudu
  • Mempunyai perbendaharaan kata sekitar 19 patah perkataan
  • Berkata dan menggelengkan kepala sebagai tanda “tidak”
  • Menunjukkan ke arah yang dimahukannya

Perkembangan Bayi Pramatang Pada Zaman Persekolahan

Bayi pramatang yang memasuki alam persekolahan mungkin menghadapi masalah fizikal berterusan seperti asma atau Cerebral Palsy. Mereka juga boleh mengalami cabaran dalam perkembangan, seperti kesukaran memberi tumpuan atau kawalan motor yang kurang baik, terutamanya jika dilahirkan dengan saiz yang sangat kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anak anda mula bersekolah, adalah penting untuk berhubung rapat dengan guru dan kakitangan sekolah untuk mengenal pasti sebarang isu atau keperluan khusus yang perlu diberi perhatian dalam proses pembelajaran mereka.

Namun usah terlalu risau, ramai saja bayi pramatang yang boleh membesar normal dengan kanak-kanak seusia mereka dan menjalani kehidupan bersekolah normal seperti kanak-kanak lain. 

Setiap Bayi Adalah Berbeza

Semakin awal kelahiran bayi, semakin panjang perjalanan perkembangan yang perlu mereka kejar. Walaupun usia bayi pramatang telah diselaraskan untuk penilaian perkembangan, setiap bayi berkembang dengan kadar yang berbeza.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penting bagi ibu bapa untuk sentiasa memberikan sokongan yang penuh kepada si kecil, kerana setiap anak mempunyai perjalanan tumbesaran yang unik. Kesabaran dan perhatian daripada ibu bapa sangat membantu dalam menyokong perkembangan mereka.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Posisi Tidur Elak Bayi Songsang, Ibu Patut Cuba Sebagai Ikhtiar Untuk Bersalin Normal

Baca juga: Alergik Kulit Semasa Hamil Boleh Buat Ibu Keguguran,Jangan Ambil Mudah Jika Alaminya

Baca juga: Risau Kaki & Tangan Bengkak Ketika Hamil, Ini Rawatan Semulajadi Ibu Boleh Praktis Di Rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan