Kadang-kala ibu dan ayah boleh pening kepala memikirkan apa anak-anak mahu makan. Sudah pastinya kita mahu sediakan makanan dan minuman yang sihat, berkhasiat, lazat dan paling penting cepat untuk disediakan. Oleh itu, apa kata ibu dan ayah cuba beberapa resipi minuman jus buah-buahan lazat ini yang direka khusus untuk anak-anak berusia dua tahun.
Tahukah anda bahawa minuman jus buah-buahan yang dibuat sendiri rendah atau tanpa gula, penuh dengan vitamin dan nutrisi yang diperlukan mereka malah tidak memakan masa yang lama. Selain anak-anak kecil, ibu dan ayah juga akan menggemari resepi minuman jus ini kerana ia penuh dengan perasa sedap.
Minuman Jus Terbaik Untuk Anak 2 Tahun dan Ke Atas
1# Jus Epal dan Delima
Jus epal dan delima ialah pilihan yang bagus untuk kanak-kanak kecil dan ibu yang ingin mencuba resipi jus rendah gula. Resipi ini juga sangat mudah untuk disediakan!
Anda hanya memerlukan dua biji epal saiz sederhana dan satu buat delima. Basuh kedua-dua buah, kopek kulit buah dan potong dalam bentuk dadu. Ambil semua buah-buahan ini dan masukkan dalam blender.
Ia tidak mempunyai gula tambahan malah ibu boleh tambah sedikit ais untuk rasa sejuk dan lebih enak. Tahukah anda buah delima kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas? Sesuai sekali untuk si anak dua tahun yang sedang membesar!
2# Jus Kelapa dan Nanas
Jus kelapa dan nanas menawarkan manfaat kesihatan yang baik untuk anak kecil. Antaranya antioksidan, serat, vitamin B6, vitamin A, beta-karotena, vitamin C, kalsium, asid amino serta folat.
Apa yang ibu perlu lakukan adalah potong buah nanas kecil dalam satu cawan. Masukkan buah ini dalam blender dan tuang dua cawan air kepala segar. Blend kedua-dua buah tersebut sehingga smooth. Sekiranya terlalu pekat, anda boleh tambah lagi air kepala. Siap untuk dihidangkan!
Minuman ini bagus untuk anak kecil kerana ia membantu melegakan sistem penghadaman, menambah tenaga, serta mengimbang tahap pH tubuh.
3# Jus Timun dan Tembikai
Ini resipi yang sangat mudah dan tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak! Apa ibu perlukan adalah secawan timun yang potong dadu dan secawan tembikai yang dipotong kecil. Satukan timun dan tembikai ini dalam pengisar, masukkan 1/2 cawan air kosong dan gaul hingga rata. Sejukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dihidangkan.
Jus ini bagus untuk anak 2 tahun kerana ia menghidratkan tubuh mereka. Buah tembikai dan timun mengandungi kandungan air yang tinggi, yang membantu mengekalkan lembapan badan. Malah ia juga kaya dengan vitamin C dan A serta kalium untuk mengingkatkan sistem imun badan.
Apa yang kami suka ialah, jus ini bagus untuk pencernaan. Buah timun adalah diuretik semula jadi dan membantu membuang toksin dari badan manakala tembikai pula mengandungi serat tinggi yang dapat membantu penghadaman.
4# Jus Lobak Merah dan Oren
Jus buah oren dengan lobak merah antara jus kegemaran ibu kerana bukan sahaja ia lazat, manis semula jadi, ia juga penuh dengan vitamin dan nutrisi. Kedua-dua kandungan utama ini mengandungi vitamin C yang tinggi yang membantu meningkatkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada penyakit.
Malah lobak merah juga kaya dengan beta-karotena yang ditukar kepada vitamin A dalam badan dan membantu mengekalkan penglihatan baik untuk si manja. Vitamin C dalam buah oren membantu mengekalkan kulit yang sihat, jadi pastinya ini jus minuman yang ibu dan ayah gemar!
Bagaimana untuk membuat jus ini? Mudah sahaja. Anda hanya memerlukan dua lobak merah bersaiz sederhana yang dikupas dan dicincang, 1 biiji oren besar yang dikupas dan dipotong kecil. Campur semua ini dalam pengisar dan masukkan 1/2 cawan air. Gaul sehingga smooth dan siap untuk dihidang.
5# Jus Strawberi dan Mangga
Jus strawberi dan mangga adalah resipi yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun yang ingin menikmati rasa manis dan berperisa buah-buahan tanpa gula tambahan! Apa yang anda perlu lakukan ialah menggabungkan bahagian yang sama strawberi dan mangga, satu sudu madu, dan secawan ais. Kisar adunan hingga sebati dan tuang ke dalam gelas. Hasilnya ialah minuman berbuah, manis dan sihat yang akan disukai oleh si manja anda!
Jus ini bagus untuk si manja kerana vitamin C dalam kedua-dua buah ini membantu mengekalkan kulit yang sihat, manakala antioksidan dalam buah strawberi boleh membantu mencegah tanda-tanda penuaan. Vitamin A dalam buah mangga pula membantu mengekalkan kesihatan mata anak yang baik dan mencegah masalah penglihatan.
Resipi yang kami senaraikan ini membolehkan anak kecil anda menikmati jus yang sihat tanpa perlu risau tentang tahap gula yang tinggi. Ibu jangan takut untuk bereksperimen dengan ramuan dan gabungan yang berbeza untuk mengetahui perisa yang paling disukai oleh anak kecil anda.
Jika anda tidak pasti tentang ramuan atau jumlah kandungan gula, rujuk pakar pemakanan atau pakar diet untuk mendapatkan nasihat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Makan Ikut Mood Bukannya Picky Eater, Ibu Wajib Tahu Bezakan Perkara Ini!
Baca juga: 7 Pilihan Blender Terbaik Malaysia 2022, Aktiviti Memasak Menjadi Mudah & Cepat
Baca juga: Cara Berdepan Anak 2 Tahun Dalam Fasa ‘Terrible Twos’, Ramai Ibu Akui Sangat Mencabar