Nampaknya acara open house yang sebelum ini tidak boleh dianjurkan berikutan pandemik Covid-19, kini telah dibenarkan oleh kerajaan. Tentu ramai yang tidak sabar untuk mengadakan makan-makan di rumah sempena Aidilfitri, sambil menjemput sanak saudara, jiran tetangga dan rakan-rakan.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- 7 langkah untuk memastikan acara open house berjalan lancar
Maklumlah sekian lama tidak mengadakan rumah terbuka dan anda pula boleh dikatakan ‘wajib’ menganjurkannya setiap tahun. Justeru ini langkah yang anda boleh lakukan bagi memastikan kelancaran acara tersebut, sekali gus berjalan mengikut perancangan.
7 langkah untuk memastikan acara open house berjalan lancar
1- Persiapan rumah
Apabila mengadakan rumah terbuka, sudah tentu ramai yang dijemput untuk hadir terutama sanak saudara tinggal di daerah atau negeri lain. Mungkin juga ada dalam kalangan mereka ingin bermalam di rumah anda atas faktor jarak yang jauh.
Justeru, pastikan persiapan di rumah anda misalnya, barangan untuk tetamu seperti tilam, selimut, bantal atau apa sahaja diperlukan mereka. Boleh juga susun atur perabot di kedudukan yang sesuai agar boleh melayani tetamu dengan selesa.
2- Tentukan tempat acara
Sebagai contoh, anda memilih ruang tamu atau halaman rumah sebagai tempat untuk mengadakan acara rumah terbuka. Justeru, kawasan ini akan menjadi tumpuan kepada tetamu untuk menikmati makanan sambil berbual.
Pastikan tempat ini selesa untuk tetamu, misalnya jika di ruang tamu, pasang kipas atau pendingin hawa agar mereka tidak kepanasan. Jika di halaman rumah, boleh memasang tirai bagi mengelakkan sinaran cahaya matahari.
3- Tampilkan sentuhan dekorasi
Mahu nampak lebih menarik, mungkin boleh masukkan sedikit dekorasi pada sudut rumah anda agar kelihatan menarik.
Tidaklah sampai perlu menjalankan pengubahsuaian rumah, sekadar sedikit hiasan di dinding, mengecat ruangan, menggantikan kain sofa atau apa sahaja mengikut kreativiti dan bajet anda.
4-Menetukan hidangan
Rancang menu yang ingin dihidangkan kepada tetamu misalnya, sajian makanan sewaktu hari raya Aidilfitri yang jarang ditemui pada hari-hari lain. Paling penting, kuantiti makanan juga mencukupi untuk tetamu.
5- Kelengkapan perkakasan
Ini juga penting kerana memandangkan tetamu jemputan yang ramai, pastikan juga pinggan, mangkuk, cawan, gelas atau sudu dan garfu disediakan kepada tetamu. Jika mahu memudahkan kerja serta tidak perlu mencuci pinggan dan mangkuk, beli sahaja jenis pakai buang di kedai.
6- Jadikan suasana rumah yang nyaman
Kebersihan antara elemen penting perlu diambil kira. Jadi pastikan rumah anda bersih termasuk di sekitarnya. Anda juga boleh menambah bean bag di ruang tamu atau sudut sesuai untuk membolehkan tetamu berkumpul bersama.
7- Sediakan tempat sampah
Ini antara paling penting bagi menjaga kebersihan persekitaran. Apabila tetamu habis makan dan mereka mahu membuang sisa makanan, bukankah sukar jika tidak disediakan tempat membuang sampah.
Letakkan di sudut yang sesuai untuk mereka membuang sampah dan cara ini juga memudahkan anda untuk mengemas sebaik acara tamat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ingat Tak Lagi 5 Tradisi Hari Raya Ini? Bila Teringat Balik, Pasti Menggamit Memori!
Baca juga: Kadar Kalori 20 Makanan Popular Aidilfitri, Hati-Hati Terutama Bagi Ibu Hamil Yang Ada GDM!
Baca juga: Cara Unik Mengawal Makanan Yang Disuap Kepada Anak Anda Di Hari Raya