11 Adab Ketika Makan Yang Wajib Diajar Pada Anak Di Bawah Usia 5 Tahun

Walaupun masih kecil memang perlu ajar anak adab ketika makan. Kali ini kami kongsikan adab yang perlu diajar kepada anak ketika makan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai juga ibu bapa yang merungut takut nak bawa anak makan luar kerana anak masih tidak tahu cara membawa diri ketika di kedai makan. Sebab itu pentingnya untuk anda ajar anak adab ketika makan sejak mereka kecil.

Jangan pandang ringan kepentingan mengajar anak mengenai adab ketika makan kerana ini akan menentukan sama ada mereka pandai bawa diri atau sebaliknya ketika makan atau berada di meja makan atau di mana saja.

Ada juga ibu bapa yang takut bawa anak ke rumah orang lain ketika majlis makan-makan kerana mereka takut anak bertindak yang bukan-bukan. Jadi kali ini kami kongsikan adab ketika makan yang sepatutnya diajar pada anak sejak mereka kecil.

Adab ketika makan yang wajib diajar pada anak di bawah usia 5 tahun

Pada setiap waktu makan, ia akan menjadi platform untuk belajar bagaimana untuk menetapkan etika sebenar. Daripada menggunakan peralatan yang betul hingga kepada bagaimana menunggu dilayani, anak-anak kecil dapat belajar bagaimana sikap hormat dan adab di meja makan sejak mereka kecil.

#1. Datang ke meja makan dengan tangan & wajah bersih

Biasakan anak untuk mandi sebelum makan. Tidak kiralah makan untuk sarapan pagi atau tengah hari atau makan malam. Ini menunjukkan rasa hormat kepada orang yang menyiapkan makanan dan orang lain di meja makan. 

Ia juga bagi membiasakan anak dengan kebersihan.

#2. Tunggu semua dihidangkan baru boleh makan

Nak mula makan kena pastikan semua makanan sudah sampai. Jika makan beramai-ramai pastikan semua orang sudah duduk dan hidangan sudah disajikan. 

Mula makan sebelum semua orang dan sebelum semua hidangan disajikan adalah tidak sopan. Mulai makan sebelum semua orang duduk juga tidak sopan jadi perkara ini anak perlu tahu sejak dari kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Kunyah makanan dengan mulut tertutup dan tiada bunyi ‘kecap’

Mengunyah dengan mulut tertutup dan tidak berbicara ketika mulut penuh adalah perkara yang perlu diterapkan kepada anak sejak kecil. Ingatkan anak perkara itu amat penting sentiasa ingatkan mereka. 

#4. Gigit makanan kecil, jangan jadi pelahap

Ajar anak gigit kecil makanan jangan jadi pelahap. Jangan pernah jadi pelahap bila nampak makanan saja nak ambil banyak pelahap. Cara lain yang anda boleh train anak adalah dengan meletakkan garpu di antara gigitan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Bersikap sopan

Jika mahu minta sesuatu, sertai dengan perkataan ‘tolong’. Jangan melangkau jauh jika mahu mengambil sesuatu makanan yang jauh darinya. Minta bantuan orang lain tetapi dengan cara yang sopan.

Ucapkan terima kasih selepas pertolongan diberikan.

#6. Gunakan kutleri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hanya untuk makanan yang perlu makan menggunakan tangan seperti nasi dan sebagainya boleh gunakan tangan. Tetapi jika makanan yang perlu gunakan sudu dan garpu, eloklah ajar anak menggunakan garpu.

#7. Jangan kritik makanan

Kredit: detikfood

Jika tidak kena dengan selera sekalipun, jangan kritik makanan ketika berada di meja makan dan ketika orang lain sedang menikmatinya. Ini kerana selera dan teka semua orang tidak sama. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika kita rasa tidak sedap, tidak semestinya orang lain juga merasakan perkara sama. Tetapi ingatkan juga pada anak, tidak semestinya dia perlu menyukai sesuatu makanan itu, cuma ucapkan terima kasih kerana makanan itu telah disediakan.

#8. Tidak ada gajet di meja makan

Tiada gajet di meja makan. Pastikan anak anda tahu rules ini. Ajarlah mereka untuk menghargai masa ketika di meja makan. 

#9. Tawarkan untuk membantu

Boleh bertanya kepada orang dewasa sama ada, mereka perlukan bantuan atau tidak. Tawarkan untuk memberi bantuan kepada orang lebih dewasa. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#10. Minta izin sebelum pergi

Jika terpaksa pergi lebih awal daripada tetamu lain, minta izin untuk pergi. Bangun dan tolak kerusi ke dalam meja makan. Jika di kedai makan juga buat perkara sama. Tolak semula kerusi yang sudah anda duduk ke bawah meja.

#11. Pastikan pinggan teratur

Pastikan kemas pinggan, jangan makan berterabur. Jika di kedai makan, apa salahnya jika kumpulkan pinggan untuk memudahkan pelayan ambil dan bersihkan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Asyik Nak Makan Sendiri Sahaja? Tak Apa! Biarkan Sahaja Anak Anda Makan Comot

Baca juga: Anak Makan Bersepah, Ibu Harus Ajar Etika Makan Anak Sejak Kecil, Ini Caranya!

Baca juga: Anak Hilang Selera Makan Tiba-Tiba? Petanda Sakit atau Tidak?

Penulis

Lala Annuar