Anda Tidak Sendirian Parents, Ada Kumpulan Sokongan ADHD Malaysia Jika Anda Perlukan Bantuan

Anda tidak sendirian parents, Ada kumpulan sokongan ADHD Malaysia jika anda perlukan bantuan untuk sebarang info.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) adalah suatu bentuk gangguan perilaku yang umumnya berlaku di peringkat kanak-kanak. Diagnosis penting untuk mengesahkannya dan banyak maklumat anda boleh peroleh melalui kumpulan sokongan ADHD Malaysia di laman web adhdmalaysia.com/.

Namun ramai individu ADHD yang tidak mendapat diagnosis ketika umur kanak-kanak dan hanya menyedari simptom ADHD ketika umur dewasa.

1.1 Juta rakyat Malaysia mungkin memiliki ADHD. Saban hari, individu ADHD bergelut dengan gangguan-gangguan daripada gejala yang mereka hadapi. Kajian mendapati 4-7% populasi dunia mempunyai ADHD, namun fokus kajian hanyalah terhadap kanak-kanak.

ADHD Malaysia Kumpulan Sokongan Untuk Yang Memerlukan

Tidak kira anda dewasa atau perlu bantuan untuk anak-anak kumpulan sokongan ini sangat-sangat membantu. ADHD mempunyai hubung kait dengan ketidakseimbangan sistem saraf di bahagian otak.

Punca ADHD

1.Genetik

Penyelidikan setakat ini telah menunjukkan ADHD mungkin disebabkan oleh beberapa faktor utama iaitu genetik dan persekitaran. Faktor terbesar ADHD berpunca daripada genetik.

Kebanyakan kes, kanak-kanak mewarisi gen ini daripada ibu bapa walaupun mereka tidak pernah didiagnosis dengan ADHD. Jika ADHD dewasa didiagnosis, lazimnya pakar kesihatan akan bertanyakan tentang ahli keluarga yang mungkin mengalami gangguan perkembangan saraf ini.

Penyelidikan menunjukkan bahawa jika seseorang mempunyai ADHD, berkemungkinan ibu, bapa atau adik-beradik turut mempunyai gejala ADHD.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2.Persekitaran

Pendedahan kanak-kanak kepada bahan tertentu seperti ubat tanpa preskripsi, alkohol, dan dadah boleh menjadi golongan berisiko ADHD.

Ibu mengandung yang mengambil ubat, alkohol dan dadah tanpa kawalan juga boleh membahayakan kandungan. Apa yang diambil oleh ibu mengandung pastinya memberi kesan kepada bayi yang dikandungnya. Malah kelahiran pramatang dan bayi dilahirkan tidak cukup berat juga berisiko mempunyai ADHD.

Seseorang yang terdedah kepada penyakit atau trauma di bahagian otak yang mengganggu saraf berkaitan ADHD. Walaupun sangat jarang didengar, pendedahan terhadap bahan toksin dalam jangka masa lama seperti plumbum juga meningkatkan risiko ADHD.

Gejala ADHD

  1. Kurang perhatian kepada perincian sesuatu perkara
  2. Kesukaran memulakan dan menyiapkan sesuatu kerjaKesukaran memberi dan mengawal tumpuan dalam tempoh yang panjang
  3. Mudah lupa
  4. Kemahiran organisasi yang lemah
  5. Pengurusan masa yang lemah
  6. Gelisah (fidgeting)
  7. Keresahan
  8. Kerap mengganggu suasana (percakapan atau perbuatan)
  9. Bercakap berlebihan
  10. Toleransi yang rendah terhadap kekecewaan
  11. Sukar mengawal emosi diri

Tiga Klinik Rawatan Disyorkan Untuk ADHD Malaysia 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Dr Seed Specialist Clinic (Psychiatry) - Kuala Lumpur
  2. Dr Low Jong Sern - Klinik Kesihatan Mental - Pulau Pinang
  3. Klinik Pakar Psikiatri Together Mind - Pulau Pinang

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ADHD Maksud: Kenali Apa Itu ADHD, Ciri-Ciri ADHD & Rawatan Yang Sesuai

Baca juga: 7 Makanan Perlu Dielakkan Untuk Anak Yang Ada Penyakit ADHD, Elak Gejala Makin Teruk

Baca juga: Mencari Tadika Untuk Anak Autisme/ADHD? Ini Tadika Khusus Buat Anak-Anak Istimewa Ini Di Malaysia!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar