Apabila mula demam atau panas badan mesti orang suruh minum air cap badak untuk menyejukkan badan. Adakah ia betul-betul berkesan atau sekadar menjadi ikutan ramai?
Isi Kandungan
Apa Itu Air Cap Badak?
Air Cap Badak bukanlah berasal daripada rendaman air badak sumbu, sebaliknya hanyalah sekadar nama produk.
Ia merupakan antara jenama legend pilihan ramai air penyejuk badan buatan sendiri oleh Kumpulan Wen Ken yang sudah berada di pasaran sejak tahun 1937 lagi.
Ada macam-macam lagi jenama produk penyejuk badan di pasaran seperti Air Cap Kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino 0₂ dan sebagainya.
Ia berbeza dengan minuman mineral biasa kerana mengandungi herba tradisional tertentu yang dapat melegakan kepanasan dengan berkesan.
Kandungan Air Cap Badak
Ia mengandungi mineral kalsium sulfat iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Dalam perubatan tradisional Cina, kedua-dua bahan ini merupakan mineral semula jadi.
Gypsum (shi gao) adalah terdiri daripada kalsium sulfat kontang manakala Calcitum (han shui shi) adalah bentuk kalsium karbonat.
Apabila digabungkan bersama, ia memberikan keseimbangan kepada unsur panas dan sejuk yang ideal dalam badan seseorang.
Patutlah air cap badak terkenal sebagai air penyejuk badan sejak zaman berzaman lagi.
Beza Dengan Minuman Lain
Tidak sama seperti air mineral biasa, ubatan tradisional Cina ini mempunyai kandungan Gypsum Fibrosum dan Calcitum.
Menurut perubatan tradisional Cina, ia merupakan herba yang dapat melegakan haba berlebihan di dalam peparu, merawat gusi yang bengkak, demam panas, kehausan berlebihan, sakit kepala, hidung berdarah dan batuk.
Juga dikatakan dapat mengekalkan kandungan air dalam sel kulit dan berupaya merawat masalah kesihatan yang lain.
Manfaat Air Penyejuk Kepada Kesihatan
Air Cap Badak ini bukan sahaja sangat membantu untuk melegakan demam dan menyejukkan badan ketika cuaca panas.
Malah, dapat melegakan kepanasan apabila mengambil makanan panas seperti daging, makanan bergoreng, makanan laut dan buah durian.
Keberkesanan Kepada Kesihatan
Keberkesanan air penyejuk ini terhadap tubuh badan adalah bergantung kepada individu tersebut. Tidak dinafikan siapa yang pernah mengambil minuman ini merasai kesan positif terutamanya mereka yang mempunyai masalah sembelit, sakit kepala dan panas badan.
Namun, tidak semua orang sesuai dengan air cap badak ini lebih-lebih lagi jika mempunyai masalah kesihatan yang tertentu seperti sakit buah pinggang dan tekanan darah.
Adalah lebih baik sekiranya minum secara berpada dan tidak berlebihan serta berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat sebelum mengambilnya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 11 cara mengatasi demam pada bayi tanpa perlu jumpa doktor
Baca juga: Bahaya Minum Air Selusuh, Ibu Berdepan Kesakitan Melampau & Risiko Bayi Lemas
Baca juga: Air Masak Untuk Bayi Bawah 6 Bulan TIDAK BOLEH Diberikan Lagi Ya, Bahaya Untuk Nyawa Si Kecil!