Benarkah Bawa Anak Berjalan Atas Embun Pagi Boleh Cepatkan Dia Berjalan? Ini Jawapannya!

Air embun pagi dikatakan mempunyai khasiat dalam membantu anak kecil agar cepat berjalan. Namun adakah kajian sains bagi membuktikannya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak anda mendengar saranan orang-orang dulu untuk bawa anak berjalan atas air embun pagi kerana ia boleh percepatkan anak berjalan? Jika ya, anda mungkin tertanya-tanya adakah ia fakta atau mitos semata-mata.

Sebaik sahaja anda berjaya merangkak, tahap kemampuan motorik yang seterusnya adalah berjalan. American Academy of Pediatrics menjelaskan bayi biasanya mula berjalan pada usia 12 bulan dan ke atas.

Bawa anak berjalan di atas air embun pagi boleh cepatkan proses berjalan

foto: riska fikriana

Namun ibu jangan risau jika anak kecil masih tidak boleh berjalan memasuki usia 12 bulan kerana tahap perkembangan setiap bayi adalah berbeza-beza.

Tidak dinafikan kebanyakan ibu ayah tetap risau apabila menyedari perkembangan bayi lebih lambat berbanding kanak-kanak seusianya sehingga melakukan pelbagai cara agar anak cepat berjalan.

Termasuklah yang paling biasa dalam masyarakat kita, iaitu berjalan di atas air embun pagi. Sejak dari dahulu ramai yang percaya cara ini mampu membuatkan anak agar cepat berjalan.

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya tidak ada kajian yang membuktikan bahawa air embun boleh membuatkan anak cepat berjalan.

Memetik dari Healthline, sebaiknya ibu ayah perlu membiarkan anak berjalan tanpa alas kaki terlebih dahulu bagi menguatkan otot-otot kaki sehinggalah si manja dapat berjalan dengan lebih stabil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Laluan di atas permukaan yang berbeza memerlukan penggunaan otot, sendi dan postur badan. Ketika si manja merasakan permukaan yang berlainan, otak akan menyesuaikan cara otot dan sendi dalam badan untuk bertindak.

Disebabkan itulah ibu ayah perlu elak daripada memakaikan kasut pada bayi kerana ia boleh menghalang kaki memijak permukaan.

Berjalan kaki tanpa alas membantu proses belajar berjalan si kecil. Tapi ibu hendaklah memastikan agar tidak ada benda tajam dan berbahaya yang boleh melukakan kakinya. 

Justeru tanggapan bahawa embun boleh buat anak cepat berjalan hanyalah mitos belaka, ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bolehkah jika ibu ayah ingin bawa bayi usia 12 bulan berjalan di pagi hari?

Jika si manja dalam keadaan yang sihat, anda boleh membawanya keluar dari rumah kerana luar rumah adalah sangat baik.

Bayi yang terdedah dengan sinaran matahari pagi dapat memperoleh manfaat vitamin D. Selain itu si manja dapat menerima pelbagai rangsangan daripada sekelilingnya seperti mendengar bunyi kenderaan atau ayam berkokok ataupun melihat pokok yang bergerak.

Ibu ayah hendaklah perhatikan jika bayi kesejukan. Pakaikan baju yang lengkap agar si manja rasa lebih hangat bagi mengelakkan masalah selesema dan demam.

Manfaat berjalan di atas rumput (earthing) membantu bayi lebih sihat dan pintar

1. Membantu menormalkan irama biologi dan menyahtoksik dalam tubuh

Earthing dilakukan dengan berjalan tanpa alas kaki. Kaedah ini paling sesuai dan terbaik dilakukan ketika anak sedang membesar. Hal ini kerana ia memberi peluang kepada anak kecil untuk lebih mengenali tubuh mereka dan alam sekeliling.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, ion negatif dalam bumi boleh membuang toksin dari badan. Jadi ia akan melancarkan detoksifikasi dan membuatkan si manja lebih tenang.

Ibu ayah boleh bawa anak berjalan atas rumput 20-30 minit setiap pagi. Jangan lupa bersihkan kaki si kecil bagi mengelakkan kuman dan bakteria.

2. Merangsang saraf di kaki

Bagi anak yang masih belum berjalan, ibu ayah hendaklah memberi sokongan dan membantunya. Proses earthing ini mampu menguatkan bahagian kaki.

Hal ini kerana apabila anak kecil bersentuhan secara langsung dengan rumput, tanah, pasir dan air, ia merangsang saraf di kakinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rangsangan kaki ini sekaligus membantu perkembangan motor dan deria kanak-kanak. Anak kecil anda juga menjadi lebih kuat dan sihat.

3. Meningkatkan daya tahan

Tahukah anda jika si manja sudah terbiasa bersentuhan secara langsung dengan alam semulajadi, ia boleh membantu meningkatkan sistem imunnya?

Menurut penyelidikan dalam Journal of Alternative and Complementary Medicine, aktiviti berjalan di atas rumput ini dapat mengurangkan sel darah putih dan meningkatkan pengeluaran sel darah merah pada masa yang sama.

Keadaan seperti ini akan menjadikan daya tahan dan imuniti si kecil anda meningkat supaya tidak mudah jatuh sakit.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hentikan Trend Sengaja Takut-Takutkan Anak, Ia Meninggalkan Kesan Trauma Sepanjang Hidup Mereka

Baca juga:  15 Cara Melatih Anak Berjalan Dengan Lebih Cepat Dan Paling Berkesan

Baca juga:  Design Baju Merdeka Untuk Anak Lelaki & Perempuan, Busana Yang Unik Dan Menarik!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan