Melahirkan bayi tidak seharusnya menjadi pengakhiran kehidupan pengembaraan dan perjalanan anda. Walaupun perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan semasa dalam perjalanan, mereka masih boleh melakukan pengembaraan dengan selamat. Ketahui lebih lanjut mengenai perjalanan selepas bersalin di sini.
Bilakah saya boleh melakukan perjalanan selepas bersalin?
Pandemik, kehamilan dan kelahiran anak mungkin telah menganggu rancangan perjalanan anda, tetapi sampai bila anda perlu menunggu sebelum selamat untuk anda mengembara semula?
Dalam kebanyakan kes, anda tidak perlu menunggu lama untuk melakukan perjalanan selepas bersalin. Kebanyakan kesukaran selepas bersalin berlaku dalam tempoh beberapa hari selepas kelahiran, dan jika anda tidak mengalami sebarang komplikasi, anda boleh melakukan perjalanan tidak lama kemudian, asalkan anda mengambil beberapa langkah pencegahan untuk menjamin kesihatan anda.
Sekiranya anda baru melahirkan anak, anda mungkin tidak sabar untuk melancong supaya keluarga dan rakan-rakan dapat bertemu dengan si manja, terutamanya jika anda tinggal jauh dari orang tersayang. Selepas beberapa minggu bersalin, sama ada anda bersalin melalui vaginal atau C-section, perjalanan yang tidak terlalu membebankan dibenarkan sekiranya anda mendapat kebenaran daripada doktor atau pakar perubatan.
Walau bagaimanapun, doktor dan pakar perubatan mungkin menasihati anda untuk tidak melakukan perjalanan yang tidak penting (terutamanya perjalanan udara) dengan bayi baru lahir sehingga mereka berumur sekurang-kurangnya tiga bulan.
4 sebab mengapa anda tidak boleh melakukan perjalanan selepas bersalin
1. Anda mungkin meletakkan diri anda dan bayi risiko jangkitan
Sehingga kini, bayi baru lahir tidak mempunyai imuniti (mekanisme biologi kompleks yang melindungi badan anda daripada bahan kimia asing yang berbahaya). Ia mengambil masa kira-kira 2 hingga 3 bulan untuk bayi membina imuniti.
Perjalanan selepas bersalin dengan bayi baru lahir akan mendedahkan bayi kepada risiko jangkitan. Bayi memerlukan penjagaan khas empat hingga lapan minggu pertama kelahiran mereka.
Sesetengah syarikat penerbangan juga mungkin enggan menerima bayi dalam pesawat. Malah badan anda lebih sensitif kepada jangkitan selepas bersalin. Badan yang lemah mudah terdedah kepada jangkitan.
Anda juga berisiko tinggi mengalami pembekuan darah (ketulan darah menjadi seperti gel) pada masa ini. Anda dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan selepas bersalin kecuali sekiranya ada kecemasan.
2. Bersalin secara Caesarean (C-section) mungkin membawa pelbagai komplikasi
Jika anda baru bersalin secara caesar, anda mungkin perlu berfikir dua kali sebelum pergi bercuti. Doktor memberi amaran bahawa masalah dari pembedahan C-section mungkin akan mengalami pendarahan, edema, jangkitan pada jahitan, pembekuan darah, pembukaan jahitan pembedahan dan sebagainya.
Anda juga tidak digalakkan membawa bagasi yang besar atau bergerak dengan cepat. Untuk mengelakkan sakit atau bengkak, pastikan kaki anda ditinggikan pada setiap masa. Ibu yang telah menjalani pembedahan C-section harus menunggu enam minggu sebelum memikirkan perjalanan selepas bersalin.
3. Tidak digalakkan untuk terlepas temu janji doktor anda
Selepas bersalin, anda dan bayi harus mempunyai jadual untuk temu janji doktor anda yang seterusnya. Bayi baru mesti menerima vaksinasi tepat pada masanya. Untuk menjamin kesihatan dan perkembangan bayi, pemeriksaan kesihatan bayi baru lahir juga harus dilakukan secara berkala.
Pakar obstetrik/pakar sakit puan anda akan menjadualkan temu janji susulan dengan anda bagi memastikan semuanya teratur. Sekiranya anda melakukan perjalanan, anda tidak akan dapat menghadiri temujanji dengan doktor dan terlepas janji temu penting ini tidak disyorkan.
4. Keletihan
Kehamilan dan kelahiran adalah proses yang memenatkan. Perjalanan hanya akan memburukkan lagi keadaan anda. Rehat adalah cara yang terbaik untuk pulih selepas melahirkan anak.
Perjalanan jarak jauh selepas bersalin boleh menyebabkan jet lag, yang mana ianya akan mengakibatkan gangguan tidur. Tidak dapat tidur yang mencukupi boleh menyebabkan kerengsaan, kemurungan, keletihan dan kualiti hidup yang lebih rendah. Adalah penting untuk mendapatkan rehat yang cukup sebelum bangkit semula.
Perkara yang perlu diingat semasa anda dalam perjalanan selepas bersalin
-
Rujuk OB dan pakar pediatrik anda untuk memastikan anda selamat untuk melakukan perjalanan
Tubuh setiap manusia adalah berbeza, oleh itu sesetengah wanita mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk pulih selepas bersalin berbanding dengan wanita yang lain.
Tambahan pula, oleh kerana sistem imun bayi anda sedang berkembang, dia mungkin menghadapi risiko jangkitan yang lebih tinggi, anda boleh berbincang mengenai perkara ini dengan doktor atau pakar perubatan ada.
-
Tunggu satu hingga dua minggu selepas bersalin jika anda bersalin melalui vaginal, atau tiga hingga empat minggu jika anda menjalani pembedahan Caesarean
Kebanyakkan masalah atau komplikasi daripada kelahiran melalui vaginal berlaku dalam minggu pertama atau dua selepas kelahiran, manakala untuk pembedahan C-section biasanya berlaku dalam beberapa hari selepas kelahiran.
Anda berkemungkinan besar tidak akan menghadapi sebarang kesan negatif jika anda melepasi julat masa ini. Walau bagaimanapun, keletihan jangka panjang dan kesakitan akibat pembedahan mungkin berlaku selepas itu.
-
Sekiranya berlaku kecemasan atau ingin mendapatkan bantuan, cari kemudahan penjagaan perubatan, klinik atau hospital yang terdekat dengan destinasi anda
Jika anda masih berminat untuk melancong bersama bayi, pastikan anda telah merancang perjalanan dengan teliti. Lakukan penyelidikan anda tentang kemudahan perubatan yang terdekat dengan destinasi anda, dan dapatkan nombor telefon doktor dan doktor anak anda, dan tetapkan aturan telefon kepada dail cepat sekiranya berlaku kecemasan perubatan. Pastikan juga anda mempunyai insurans perubatan semasa anda melancong dengan bayi anda yang baru lahir.
Selain itu, jangan lupa untuk memasukkan peti pertolongan cemas dan beberapa ubat pada senarai semak perjalanan anda.
-
Pastikan diri anda sentiasa rasa selesa
Pakai pakaian selesa semasa dalam perjalanan anda. Perjalanan mungkin lebih membebankan badan anda selepas bersalin, jadi pakailah pakaian yang selesa mungkin.
Anda juga akan mendapati bahawa melakukan perjalanan bersama bayi mungkin menelan kos atau belanja yang besar. Anda perlu memilih penerbangan dan penginapan yang paling selesa untuk anda dan bayi, serta menempah tempat tidur bayi atau bassinet semasa dalam penerbangan dan bagasi tambahan untuk kereta sorong anda. Anda juga perlu mempertimbangkan jadual penyusuan bayi anda semasa perjalanan.
Anda mungkin perlu mengeluarkan kos tambahan untuk melakukan perjalanan dengan cara yang paling selesa, tetapi itulah kos perjalanan dengan orang yang paling penting iaitu bayi anda.
-
Bersedia untuk situasi tidak dijangka
Bawa semua rekod perubatan anda. Jika sebarang komplikasi berlaku semasa perjalanan, dokumen ini akan menjadi sangat penting jika anda memerlukan rawatan perubatan.
Perkara yang perlu diingat semasa anda dalam perjalanan selepas bersalin
-
Berdiri dan lakukan regangkan secara teratur
Anda perlu meregangkan badan dan berjalan sekurang-kurangnya sekali pada setiap jam. Jadi sekiranya anda mengembara dengan kereta, rancang untuk berhenti dengan kerap. Wanita selepas bersalin kerap mengalami pembekuan darah. Perlu banyakkan berdiri bagi menghalang pembekuan darah daripada terjadi.
-
Minum banyak air untuk kekal terhidrat semasa dalam perjalanan
Dehidrasi boleh menyebabkan komplikasi, melambatkan proses penyembuhan dan menjejaskan bekalan susu anda jika anda menyusu. Oleh itu, pastikan anda minum banyak cecair terutamanya jika perjalanan anda melibatkan masa di luar rumah.
-
Ketahui di mana bantuan perubatan terdekat berada di sepanjang destinasi anda
Perjalanan selepas bersalin boleh menyebabkan komplikasi seperti pendarahan, darah beku dan jangkitan tetapi ini adalah kes yang jarang berlaku, terutamanya semasa minggu pertama atau dua selepas bersalin. Walau bagaimanapun, kesukaran pemulihan pembedahan C-section seperti jangkitan luka dan pemisahan hirisan berkemungkinan besar berlaku dalam beberapa hari pertama selepas bersalin.
Jika anda mengalami episiotomi atau sebarang koyakan perineum semasa kelahiran vaginal anda, anda mungkin mengalami ketidakselesaan selama beberapa minggu, dan perjalanan boleh memburukkan lagi keadaan ini. C-section juga merupakan pembedahan serius yang memerlukan tempoh beberapa minggu untuk pulih.
Bilakah saya boleh memandu selepas bersalin?
Sama ada anda bersalin melalui vaginal atau C-section, pakar akan menasihatkan anda untuk mengelak memandu sekurang-kurangnya satu atau dua minggu, atau selagi anda berasa tidak selesa atau tidak menyenangkan ketika melakukan aktiviti ini.
Tunggu seminggu selepas kelahiran vaginal sebelum mula memandu kereta semula, nasihat Robert Atlas, M.D., seorang OB-GYN di Pusat Perubatan Mercy di Baltimore.
“Anda menggunakan otot perut anda untuk memindahkan kaki anda dari pendikit ke brek,” katanya. Wanita yang bersalin secara vaginal tetapi mengalami koyakan besar atau episiotomi mungkin juga perlu mengelak memandu buat seketika.
Sekiranya anda menjalani pembedahan C-section, anda harus mengelakkan atau tidak memandu selama dua atau tiga minggu selepas bersalin. Anda juga tidak seharusnya mengangkat apa-apa yang lebih berat daripada berat bayi anda selepas pembedahan C-section, jadi mengangkat kerusi kereta bayi adalah mustahil. Dalam keadaan kecemasan, anda juga tidak berupaya menekan pedal brek kerana otot perut yang masih lemah.
Jika anda mengambil opioid untuk melegakan kesakitan, elakkan memandu sepenuhnya dan sebelum anda mula kembali memandu, dapatkan kebenaran daripada doktor atau pakar perubatan anda. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk menunggu sehingga anda tidak perlu mengambil lagi sebarang ubat-ubatan, anda tidak mengalami kesakitan, dan anda berasa selamat dan yakin sebelum anda kembali memandu semula.
Margaret Dow, MD, seorang OB-GYN di Mayo Clinic di Rochester, Minnesota, mengesyorkan bermula dengan ini:
- Duduk di dalam kereta dan berlatih menggelongsorkan kaki anda dari pemecut ke brek dan berpusing untuk melihat ke atas bahu anda berkali-kali.
- Semak untuk melihat sama ada anda boleh melakukannya dengan mudah dan tanpa rasa sakit. Sesetengah wanita boleh melakukan ini beberapa hari selepas pembedahan, manakala sesetengah wanita yang lain mungkin perlu menunggu beberapa minggu.
Perkara utama ialah anda mesti berehat selama beberapa minggu selepas melahirkan anak anda. Melainkan terdapat keperluan mendesak untuk terbang bersama bayi anda, anda seharusnya menunggu sehingga empat hingga lapan minggu selepas bersalin.
Jika anda perlu melakukan perjalanan segera, anda mesti berjumpa dan mendapatkan nasihat dan kebenaran daripada pakar pediatrik anak anda dan pakar obstetrik anda terlebih dahulu.
Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Keluar Rumah Seminggu Lepas Bersalin, Waspada Risiko Ini, Jangan Ingat Badan Dah Kuat!
Baca juga: Jahitan Bersalin Czer Ibu Ini Terbuka Masa Dia Membongkok Dalam Bilik Air, Ngeri!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!