Air halia untuk ibu mengandung adalah sangat digalakkan, terutama bagi mengatasi mual dan muntah ketika di awal pagi.
Dengan air halia juga, ibu hamil dapat manfaat yang diperlukan di sepanjang kehamilan itu, jika ia diamalkan secara rutin setiap hari.
Bagi anda yang tidak tahu, air halia merupakan herba tradisional yang dipercayai turun-temurun dalam mengatasi pelbagai masalah kesihatan. Bahkan, ibu hamil juga disarankan mengambilnya, namun dalam kuantiti yang tidak berlebihan.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik ibu hamil mengambil air halia yang segar dan homemade, bukan minuman halia segera yang sudah dicampur pelbagai bahan lain.
Manfaat air halia untuk ibu mengandung
Jika anda masih ragu-ragu tentang manfaat air halia hanya kerana rasanya sedikit pedas, ini mungkin dapat ubah fikiran anda!
1# Membantu penurunan kadar kolesterol
Kelebihan air halia untuk ibu mengandung adalah ia dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh, sekaligus dapat mencegah penyakit jantung dan strok ketika hamil.
2# Mengawal kadar gula dalam darah
Apabila minum air halia semasa mengandung dapat mengawal kadar gula dalam darah dan mencegah penyakit berbahaya seperti kencing manis. Jika gula dikawal baik, ia dapat mencegah ibu hamil dari berasa lesu dan penat.
3# Melancarkan peredaran darah
Mengambil air halia juga dapat melancarkan peredaran darah kepada janin dan tahap kesihatan terjaga dengan baik.
4# Mengurangkan pedih ulu hati
Adakah anda mengalami pedih ulu hati semasa hamil? Kini, tak perlu lagi bimbang kerana jika mengambil air halia, ia dapat meringankan gejala tersebut.
5# Merehatkan otot
Sememangnya ketika mengandung, tubuh lebih cepat penat kerana mengalami banyak perubahan namun jika minum air herba ini ia dapat membantu merehatkan otot dan sengal-sengal di seluruh tubuh.
6# Mengurangkan kram dan bengkak di tubuh selama kehamilan
Apabila mengandung, ibu akan sering mengalami kram dan bengkak pada bahagian tubuh, namun rasa tidak selesa itu dapat dikurangkan dengan minum air halia ini.
7# Penyerapan zat gizi
Kandungan dalam halia juga dapat membantu penyerapan zat gizi yang lebih baik pada janin supaya proses perkembangan dan pertumbuhannya sempurna juga sihat.
8# Membantu pulih peradangan (inflamasi)
Halia kaya dengan anti-inflamasi yang boleh meredakan pelbagai jenis keradangan pada tubuh. Apabila ibu rajin minum air halia ia dapat memberi kesegaran kerana daya tahan tubuh yang lebih baik.
9# Sembuhkan batuk dan selsema
Ibu hamil yang mengalami batuk dan selsema juga disarankan minum air halia kerana ia lebih baik jika dibandingkan makan ubat yang boleh memberi kesan yang tak bagus untuk janin.
10# Meningkatkan keinginan nafsu seksual
Siapa sangka dengan halia juga dapat meningkatkan libido ibu hamil untuk keperluan hubungan kelamin kerana mekanisme yang terkandung di dalamnya membantu sirkulasi darah jadi lebih baik.
11# Sumber zat besi dan Vitamin C
Halia juga menjadi makanan herba yang kaya zat besi dan Vitamin C bagi janin. Malah ia juga dapat mencegah anemia dan tubuh lebih terpelihara dek kerana memperoleh Vitamin C yang mencukupi.
Rupa-rupanya air halia untuk ibu mengandung banyak kelebihannya. Jika anda sedang hamil sekarang, cepat-cepat cuba sendiri. Anda boleh beli yang sudah siap di mana-mana pasaraya dalam bentuk peket, air halia segar di kiosk minuman superfood atau rebus sahaja di rumah sendiri.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Penulis asal Anisyah Kusumawati dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga: 5 Khasiat Halia Bara Untuk Kesihatan Wanita, Salah Satunya Meningkatkan Kesuburan!