Anak Kerap Batuk & Lambat Sembuh, Doktor Saran Ibu Beri Minum Air Kembang Semangkuk

Air kembang semangkuk mempunyai kandungan bassorin yang bantu kurangkan radang. Ia sangat sesuai diberikan kepada anak yang kerap batuk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anak anda selalu sangat batuk atau atau batuknya lambat sembuh, anda boleh cuba berinya air kembang semangkuk.

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Air kembang semangkuk elok legakan batuk
  • Kembang semangkuk juga boleh jadi pelawas

Menurut Dr Mazliana Mazlan, kembang semangkuk atau nama lainnya malva nut sangat berkhasiat untuk diamalkan terutama jika anak anda selalu sangat batuk, jika batuk lambat sembuh atau  silap makan sikit boleh jadi batuk. 

Air kembang semangkuk elok legakan batuk

Makanan ini mengandungi bassorin yang membantu mengurangkan radang pada sel badan kita. Menurut Dr Mazliana, jika anaknya demam, batuk atau selsema, beliau akan memberikan air putih yang telah direndam kembang semangkuk.

Ikuti perkongsiannya:

“Rasa dia sama je, tiada beza pun dengan air putih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ambil sebiji, rendam dalam satu jug air. Bagi anak minum sampai habis. Buat setiap hari, selagi anak tak sembuh.

“Kadang tu bila minum, kahak pun jadi cair dan mudah nak keluar. Maka, batuk anak jadi cepat baik. Dengan izinNya.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi kembang semangkuk ini berkhasiat meredakan batuk serta mencairkan kahak yang biasanya membuatkan si penghidapnya tidak selesa untuk bernafas.

Khasiat kembang semangkuk, ia juga berfungsi sebagai pelawas jika anak sembelit

Menurutnya, ia mudah didapati di pasar raya yang mana biasanya akan diletakkan di bahagian rempah ratus. Atau boleh juga ke kedai sensei Cina jika mahu mencarinya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya, kembang semangkuk juga boleh dijadikan air pelawas. Jika anak kerap sembelit, boleh rendamkannya dan berikan anak minum seperti minum air putih.

Beliau berkata setiap jenis makanan yang Allah cipta pasti ada kebaikannya dan khasiatnya tersendiri kepada kesihatan kita. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Melegakan Batuk Anak Dalam Masa Hanya 3 Hari, Ibu Ini Kongsi Petua

Baca juga:  Wajah Anak Jadi Berkudis Kerana Virus HSV Selepas Dicium Ibunya Yang Selesema

Baca juga: Tiada Ubat Batuk & Selesema Bayi Bawah 6 Bulan, Teknik Chest Physio Berkesan Cairkan Kahak

Penulis

Lala Annuar