Kebanyakan bayi main air liur sering dikaitkan dengan ibunya yang tidak dapat makan apa yang diidamkan ketika hamil. Ada yang kata bila ibu mengidam sesuatu tapi tak dapat makan, bayi akan mengeluarkan air liur yang banyak sehingga meleleh. Betul ke?
Isi Kandungan
5 Sebab Bayi Suka Main Air Liur
Air liur berbuih juga dikenali sebagai “blowing raspberry” iaitu bayi menghasilkan air liur dengan mengeluarkan bunyi menggunakan lidah dan bibir. Bayi biasanya mula pandai bermain air liur pada usia sekitar 4 hingga 5 bulan. Sesetengah bayi menunjukkan tingkah laku ini seawal usia 3 bulan.
Pada fasa ini, sesetengah ibu ayah akan memberikan baby teether atau biarkan bayi menghisap jari sendiri.
Antara sebab bayi suka main air liur ialah:
1. Kemampuan Untuk Bercakap
Menyembur berkaitan dengan tanda awal perkembangan bahasa dan kebolehan bayi untuk bercakap . Anak kecil mula memahami bahawa bibir mereka perlu bersatu untuk mengeluarkan bunyi.
2. Belajar Mengenal Mulut
Bermain dengan air liur juga memberi peluang kepada si manja untuk belajar mengenal mulut dengan mengetahui macam mana mulut boleh mengeluarkan air liur dan pada yang sama boleh mengeluarkan bunyi. Adakalanya bayi sengaja menyembur air liur untuk mengeluarkan bunyi dan mengawal kelantangan bunyi.
3. Cara Untuk Berkomunikasi
Bayi mula berkomunikasi dengan belajar bermain dengan pergerakan yang boleh dilakukan dengan muka dan mulut mereka. Menariknya, pada masa yang sama, mereka belajar memerhatikan reaksi orang lain.
Contohnya, jika orang lain ketawa apabila mereka menyembur, mereka akan melakukannya lagi.
4. Rasa Seronok
Sebab bayi main liur adalah merasakan cara ini sangat menyeronokkan. Si kecil akan ketawa dan terkekek-kekek kerana aksinya yang kelakar.
Perasaan menggeletek yang berlaku apabila bibir mereka bergetar membuatkan bayi ingin meneruskan aksi tersebut.
Selama ini, parents mungkin lebih fokus pada perkembangan motorik kasar anak macam merangkak, berjalan, atau bercakap. Tapi, jangan lupa bermain air liur itu pun sebenarnya salah satu perkembangan penting untuk bayi!
5. Latihan Kepada Bibir
Latihan untuk bibir juga merupakan salah satu sebab mengapa bayi suka main air liur. Semasa bermain dengan air liur, bayi sedang menguatkan otot-otot bibir dan mulut mereka.
Ini adalah latihan penting untuk perkembangan kemahiran bercakap dan makan. Ia juga tanda anak nak tumbuh gigi.
Manfaat Bayi Main Air Liur Untuk Perkembangan Bayi
Majoriti bayi suka sembur air liur. Nampak seperti sedang bermain tetapi ada manfaatnya.
1. Melatih Otot Muka
Apabila bayi main air liur, dia mungkin mengeluarkan bunyi yang comel dan menegangkan otot mukanya sambil menumpukan perhatian. Ini membantu si manja mengembangkan kawalan ke atas lidah, bibir, dan pipinya secara serentak.
2. Membebel
Meniup buih juga membantu perkembangan bahasa dan kemahiran bercakap bayi. Babbling mula berbunyi seperti huruf abjad yang berbeza, seperti m, d, dan a.
3. Membantu Pertumbuhan Gigi
Tingkah laku ini juga menyokong pertumbuhan gigi. Lebihan air liur yang dihasilkan apabila bayi anda menyembur sebenarnya membantu melembutkan gusi sebagai persediaan si kecil untuk mendapat gigi pertamanya.
Tips Untuk Ibu Ayah Bila Bayi Main Air Liur
Apa yang ibu ayah boleh lakukan sekiranya mendapati bayi sedang main air liur adalah:
- Buat ‘sembur’ balik kerana ini juga merupakan salah satu bentuk komunikasi antara bayi dengan orang yang terdekat.
- Galakkan bayi anda membebel dan biarkan bayi mengulang perkataan mudah seperti ‘mama’, ‘dada’.
- Nyanyi bersama-sama dengan lagu biasa dan biarkan bayi memperhatikan bibir ibu bapa semasa sedang bergerak.
- Berpura-pura bermain dengan bayi, jika perlu gunakan telefon mainan untuk membantunya membebel atau bercakap.
- Biarkan anak kecil anda mendengar suara ibu bapa dan bercakap dengannya sekerap mungkin seperti orang dewasa.
Bayi Main Liur Penyebab Rambut Ibu Gugur?
Kata orang tua kalau anak suka main air liur nanti rambut ibu akan selalu gugur?
” Aduh, rambut aku hari-hari gugur, bersepah sana sini dalam rumah. Bila sapu dapat segumpal juga”.
“Oh orang tua-tua kata bila anak suka main air liur rambut ibu akan gugur. Sebab itu rambut kau gugur”.
Anda biasakan dengan dengan ayat-ayat seperti di atas ini? Malah penulis juga pernah mengalami masalah yang sama dan rupanya ia tiada kaitan pun dengan bayi menyembur air liur.
Bahkan, ia hanyalah perumpaan daripada orang tua-tua dahulu tapi malangnya tiada bukti dari kajian saintifik di atas mitos tersebut.
Jadi biasanya, yang paling dekat nak atasi masalah ini adalah dengan cara ibu menggunting rambut sehingga ke paras pendek. Sekaligus dapat mengelak rumah bersepah dengan rambut yang gugur itu.
Malah ia boleh mendatangkan bahaya bila anak mula pandai mengutip benda-benda yang berada di sekelilingnya dan takut juga kalau si kecil makan rambut ibu yang gugur itu.
Sebenarnya, kalau anak suka main air liur ia sangat berkait rapat dengan perkembangan mereka. Jadi, kalau mereka dilihat tak suka main air liur ditakuti perkembangan mereka ada masalah.
Kalau anda perasan semasa hamil, rambut kita kelihatan lebat dan kurang gugur?
Hal ini kerana, semasa itu ibu memiliki hormon estrogen yang tiggi yang boleh mengawet rambut daripada membesar.
Maknanya di sini tiada proses tumbesaran rambut berlaku sekitar waktu terebut. Ia akan kekal seperti mana keadannya semasa itu, jadi rambut tak gugur dan tidak menua.
Namun perubahan akan berlaku selepas ibu selamat melahirkan anak, di mana paras estrogen dalam badan mulai menurun.
Jadi, semua rambut yang tadi dalam fasa berehat mulai gugur satu persatu. Ia selalunya berlaku setelah menjelang 3 ke 4 bulan selepas bersalin. Namun, ia akan berkurang apabila anak mencecah ke umur 6 ke 12 bulan.
Atas sebab itulah, ramai ibu akan bimbang terutama bila si kecil sudah pandai menyembur dalam umur 3 hinga 4 bulan. Sampai rasa kepala macam nak botak!
Namun kini, ibu tak perlu berasa bimbang lagi kerana anda boleh cuba tips seperti di bawah ini:
Tips Rambut Kekal Sihat Selepas Bersalin
Terdapat beberapa cara yang boleh ibu amalkan jika mengalami keguguran rambut yang banyak setiap bulan.
Jadi, anda perlu selalu berdisiplin dengan tips yang dikongsikan di bawah ini agar kesihatan rambut kembali pulih seperti sedia kala.
- Semasa syampu dan sikat rambut, lakukan ia dengan penuh lemah gemalai. Kemudian gunakan sikat yang bergigi jarang dan syampu hanya semasa diperlukan sahaja.
- Elakkan mengikat rambut terlalu ketat dan jangan guna gelang getah yang selalu orang buat untuk membungkus makanan itu.
- Memakai getah rambut yang khusus untuk rambut.
- Selain itu, elakkan menggunakan pengering rambut.
- Elakkan juga proses yang melibatkan bahan kimia seperti mewarna rambut atau yang menggunakan haba iaitu proses rebonding atau keringtingkan rambut.
- Mengekalkan pemakanan yang sihat dan pengambilan supplement selepas melahirkan anak.
- Sekiranya rambut gugur anda semakin teruk adalah lebih baik berjumpa dengan pakar untuk mengatasi masalah ini atau mungkin anda menghidap penyakit yang lain.
Kesimpulannya, bila orang selalu kata rambut gugur itu disebabkan anak menyembur air liur adalah tidak benar sama sekali.
Dan, jangan sesekali melarang bayi menyembur air liur kerana mendatangkan banyak kebaikan untuk perkembangan semasa seiring dengan usia.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Ibu Zarith.com, id.theAsianparent
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Tidur Menonggeng Petanda Dia Mahu Adik Baru, Betul Ke Ni?
Baca juga: Bayi Tidur Berdengkur Dan Mendengus Buat Ibu Risau, 6 Perkara Ini Sering Jadi Puncanya
Baca juga: Anak Tantrum Bukan Salah Parents, Doktor Kongsi Cara Atasi Tantrum Dengan Berkesan