X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Air Tebu Untuk Ibu Mengandung, Rasanya Manis Memang Sedap, Tapi Awas Tinggi Kandungan Gula

4 min bacaan
Air Tebu Untuk Ibu Mengandung, Rasanya Manis Memang Sedap, Tapi Awas Tinggi Kandungan Gula

Air tebu untuk ibu mengandung boleh diambil sedikit sahaja kerana kandungan gula yang amat tinggi. Anda disaran minum bersama perahan lemon

Ramai orang mungkin tertanya-tanya sama ada selamat air tebu untuk ibu mengandung. Sebenarnya wanita yang hamil tidak digalakkan minum air tebu atas faktor kebersihan dan tahap gula yang tinggi.

Rasanya yang manis boleh menyebabkan masalah diabetes ketika mengandung. Jika pengambilan gula tidak dikawal, ia boleh menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan juga. 

Khasiat tebu untuk ibu hamil

ibu mengandung minum air tebu

Tebu adalah spesies rumput tinggi yang biasa ditemui di iklim panas, seperti di Asia Tenggara dan digunakan sebagai bahan mentah untuk gula. Jus tebu yang segar dan manis sangat baik untuk kesihatan.

Khasiat tebu untuk ibu hamil adalah mengandungi  nutrien dan vitamin termasuk B6, B5, B3, B2, A, C dan B1. Minuman menakjubkan ini juga mengandungi magnesium, zat besi dan kalsium.

Berikut khasiat tebu untuk ibu hamil yang lain:

  • Kebaikan air tebu: Kaya dengan protein. Tebu kaya dengan protein, yang merupakan bahan yang sangat penting untuk bayi dan ibu semasa mengandung.
  • Mengatasi masalah sembelit. Sembelit adalah antara perkara yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil. Berita baiknya ialah tebu sangat sesuai untuk membantu anda meningkatkan penghadaman. Selain itu, tebu juga telah terbukti cukup baik dalam mencegah jangkitan perut
  • Kebaikan air tebu: Membantu mengimbangi paras bilirubin. Tebu sesuai untuk mengekalkan kesihatan hati, akibatnya hati akan menghasilkan paras bilirubin yang kekal terkawal
  • Khasiat air tebu: Tingkatkan imuniti. Tebu juga mengandungi anti-oksida yang berguna untuk mencegah jangkitan yang tidak diingini, seterusnya menguatkan sistem imun ibu
  • Kebaikan air tebu: Mengatasi jangkitan tekak dan selsema. Air tebu telah lama digunakan untuk merawat selsema dan sakit tekak.
  • Membantu mengekalkan berat badan di bawah kawalan. Salah satu kebimbangan yang paling biasa di kalangan wanita hamil adalah berat badan berlebihan. Tebu mengandungipolifenolyang membantu mempercepatkan kadar metabolisme membantu mengekalkan peningkatan berat badan semasa kehamilan.
  • Mencegah morning sickness. Pengambilan segelas jus tebu segar yang dicampur dengan sedikit halia terbukti sangat berkesan untuk mencegah mual pagi (morning sickness).
  • Kebaikan air tebu: Mencegah jangkitan saluran kencing. Kebanyakan ibu mengandung sangat terdedah kepada jangkitan saluran kencing. Pengambilan air tebu boleh membantu mencegah perkara ini
  • Baik untuk kulit dan rambut. Jus tebu mengandungi riboflavin yang sangat baik untuk kulit dan rambut.

Panduan keselamatan ibu mengandung minum air tebu

Kebaikan air tebu

Menurut perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad, selalunya batang tebu dihimpunkan dan disimpan di satu tempat. Kita bimbang ada haiwan seperti tikus yang makan dan kencing di situ.

Jika tebu tidak dibersihkan dengan sempurna sebelum diperah menggunakan mesin, bimbang ia menjadi punca jangkitan kuman dan penyakit terutama penyakit yang berkaitan dengan tikus seperti penyakit kencing tikus.

Jadi pastikan air tebu untuk ibu hamil datang dari sumber yang bersih (dibersihkan dulu dengan sempurna oleh penjual) sebelum diminum. Jika ia bersih, tiada masalah untuk meminumnya.

Bagi wanita yang ada masalah diabetes atau diabetes semasa hamil (GDM), perlu berhati-hati kerana nilai kalorinya yang agak tinggi.

Kandungan karbohidrat air tebu dalam 100ml adalah 73g dan nilai kalorinya 269 kcal. Ia pasti meningkatkan gula dalam darah.

Jika teringin sangat mahu minum, boleh ambil segelas kecil gelas air tebu yang diperahkan lemon atau limau. Tidak boleh selalu mengamalkannya.

Wanita hamil mempunyai sistem daya tahan yang lebih rendah berbanding dengan wanita yang tidak hamil. Mereka lebih mudah mendapat penyakit berjangkit, jadi berhati-hati mengambil makanan atau minuman yang yang tidak dimasak.

Benarkah air tebu boleh gugurkan kandungan?

Khasiat tebu untuk ibu hamil

Ramai yang berpendapat bahawa air tebu boleh gugurkan kandungan dan membahayakan ibu mengandung. Namun ini hanyalah mitos sahaja.

Sebenarnya, dalam cuaca yang panas air tebu sangat bagus untuk diminum kerana ia merupakan pelepas dahaga yang baik. Air tebu adalah bersifat sejuk bukanlah ‘tajam’ untuk ibu hamil. Ia mengandungi gula yang tidak sebanyak durian, tinggi serat, zat besi, vitamin B kompleks dan vitamin C.

Namun perlulah diambil dalam kuantiti yang sederhana supaya tidak memudaratkan kesihatan ibu dan janin dalam kandungan.

theAsianparent Indonesia, Dr Zubaidi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selalu Amal Surah Yusuf Untuk Ibu Hamil, Anak Lahir Mudah & Cantik Rupa Paras

Baca juga: Posisi Tidur Ibu Hamil Yang Paling Selesa, Elak Rasa Sakit Belakang & Pinggang

Baca juga: Minum Air Gula Ketika Mengandung, Ini Tips Untuk Ibu Berjaya & Elak Kena Repeat

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Air Tebu Untuk Ibu Mengandung, Rasanya Manis Memang Sedap, Tapi Awas Tinggi Kandungan Gula
Kongsikan:
  • Scan Kehamilan Penting Untuk Pantau Perkembangan Janin, Bilakah Waktu Yang Sesuai?

    Scan Kehamilan Penting Untuk Pantau Perkembangan Janin, Bilakah Waktu Yang Sesuai?

  • Bersalin Di Hospital Kerajaan Atau Swasta? Ini Info Lengkap Untuk Ibu Buat Pilihan

    Bersalin Di Hospital Kerajaan Atau Swasta? Ini Info Lengkap Untuk Ibu Buat Pilihan

  • Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan, Ramai Tak Tahu 10+ Rahsia Ini!

    Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan, Ramai Tak Tahu 10+ Rahsia Ini!

  • Scan Kehamilan Penting Untuk Pantau Perkembangan Janin, Bilakah Waktu Yang Sesuai?

    Scan Kehamilan Penting Untuk Pantau Perkembangan Janin, Bilakah Waktu Yang Sesuai?

  • Bersalin Di Hospital Kerajaan Atau Swasta? Ini Info Lengkap Untuk Ibu Buat Pilihan

    Bersalin Di Hospital Kerajaan Atau Swasta? Ini Info Lengkap Untuk Ibu Buat Pilihan

  • Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan, Ramai Tak Tahu 10+ Rahsia Ini!

    Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan, Ramai Tak Tahu 10+ Rahsia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.