X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Baru Setahun Lebih Kahwin, Suami Tiba-Tiba 'Pergi' Tinggalkan Wanita Ini Selepas...

13 Jul, 2020
Baru Setahun Lebih Kahwin, Suami Tiba-Tiba 'Pergi' Tinggalkan Wanita Ini Selepas...

Ajal tiba tak lewat sesaat. Tabahnya wanita ini dia masih boleh berkongsi saat akhir bersama suaminya di laman media sosial.

Sungguhlah jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan. Memang tiada siapa yang tahu, bila ajal tiba tak lewat walau sesaat pun. 

Dugaan besar buat wanita ini apabila suami tercinta pergi di jemput ilahi di depan mata sendiri selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kuantan, Pahang.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, tabahnya wanita ini dia masih boleh berkongsi saat akhir bersama suaminya di laman media sosial.

Mungkin niatnya hanya satu, pengajaran dan peringatan buat semua yang bergelar suami isteri agar sentiasa menghargai pasangan masing-masing kerana tidak tahu bila ajal akan menjemput.

Ajal tiba tak lewat sesaat, hargai pasangan

ajal tiba tak lewat

Kredit foto: Facebook Dalila Zolkofli

Pemilik akaun Facebook, Dalila Zolkofli ini berkongsi pada hari kejadian beliau menemani suaminya, Allahyarham Faizal Gani untuk membeli motosikal yang sudah lama diidamkan arwah.

Beliau berkongsi Allahyarham Faizal ada berkata kepadanya bahawa jika dapat motosikal itu, hidupnya sudah cukup lengkap. Ketika dalam perjalanan pulang, beliau sempat mengambil gambar Allahyarham yang menunggang motosikal barunya dari belakang.

Katanya, memang Allahyarham tidak menunggang laju. Tiba di satu selekoh, trafik perlahan dan tiba-tiba terus terhenti kerana ada kemalangan. Beliau nampak motosikal seakan-akan milik suaminya diangkat individu lain, tetapi masih cuba menafikan.

Bagaimanapun, bila nampak saja suaminya terbaring di atas jalan dipenuhi darah, beliau terus hilang arah. Bagaikan dalam drama katanya.

Dugaan berat tak tertanggung

Beliau jujur mengakui, dugaan itu berat seakan tidak tertanggung. Lebih perit, beliau menyalahkan diri kerana terpaksa menandatangani surat kebenaran untuk menghentikan mesin bantuan pernafasan.

“to be honest, dugaan ni sangat berat tak tertanggung. Tak pernah rasa sesakit ini, rasa macam tak mampu nak terus hidup lagi. And I blame myself sebab i’m the one yang sign consent to stop his ventilation. Cause i strongly mengharap pada 0.000001% chances. and i know he’s strong, but still i decide to let him go.”

Wanita itu juga sempat berpesan:

“Hargailan pasangan masing-masing. Kita atak pernah tahu bila kali terakhir bergelak ketawa dengan dia. In my case, 20 minit sebelum dia accident and 24 jam sebelum dia bertemu pencipta.

Isteri perlu ambil tahu apa perlu buat lepas kematian suami

Memang tanah kubur masih merah, ada kata tunggu dulu. Tapi siapa lagi lebih berhak menguruskan perihal suami selepas di meninggal selain isteri.

Bila tiba-tiba kebahagiaan dalam rumah tangga ‘direntap’ sekelip mata, siapa saja tidak terduduk, tetapi masa depan harus juga difikirkan. Lagi-lagi jika punyai anak yang harus disuap dan dibelai.

Isteri jangan terlalu tenggelam dengan kesedihan, cepat bertindak supaya tiada yang terus merana. Lebih baik persediaan ini dibuat ketika masing-masing masih hidup pun.

#1. Suami isteri harus saling berkongsi maklumat penting

ajal tiba tak lewat

Semasa hidup, suami isteri harus saling berkongsi perkara penting yang membabitkan kewangan supaya mudah apabila situasi tertentu berlaku kelak.

  • Maklumkan kepada pasangan kata laluan telefon, email, kata laluan perbankan atas talian dan no pin ATM.
  • No pin ATM perlu diketahui supaya anda boleh keluarkan duit yang ada ini penting untuk pengurusan jenazah dan sebagainya. Malah perbelanjaan isteri juga di sini. 

#2. Apa saja tanggungan, maklumkan pasangan anda

ajal tiba tak lewat

  • Maklumkan kepada pasangan semua tanggungan seperti bil bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang, takaful dan lain-lain.
  • Perkara ini sangat penting bagi memudahkan urusan hutang dan faraid harta selepas kematian pasangan.

#3. Isteri buat salinan semua dokumen penting

Stories Rakan Kongsi
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Childhood Vaccinations Saw A Significant Drop in 2020(1), Now Doctors Are Pleading With Families To Return To Them
Childhood Vaccinations Saw A Significant Drop in 2020(1), Now Doctors Are Pleading With Families To Return To Them
My Child Is Not Gaining Weight - What Should I Do?
My Child Is Not Gaining Weight - What Should I Do?
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
  • Buat salinan kad pengenalan pasangan, sijil kematian, surat permit pengkebumian, laporan doktor, sijil nikah, surat beranak dan kad pengenalan anak-anak.
  • Semua dokumen penting ini perlu disahkan.
  • Simpan dalam satu fail beserta salinan original. Bawa semua dokumen itu ketika membuat urusan berkaitan. 

#4. Hubungi bank berkaitan hutang dan sebagainya

  • Boleh claim khairat kematian daripada bank, insurans, socso, KWSP dan sebagainya.
  • KWSP boleh diminta dalam tempoh enam bulan manakala Bank Rakyat hanya tiga bulan saja.
  • Pastikan juga semua akaun di atas ada penama supaya memudahkan urusan faraid harta suami tanpa perlu surat urus tadbir.
  • SOCSO/PERKESO ada pencem bulanan untuk waris.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Solah Hiyah Mohd Idris, Dalila Zolkofli

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comprasangka-dalam-berpasangan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Baru Setahun Lebih Kahwin, Suami Tiba-Tiba 'Pergi' Tinggalkan Wanita Ini Selepas...
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham