Nak Anak Cepat Bercakap? Ayah, Jom Ajar Anak Cakap Lancar Dengan 6 Tips Ini!

Sebenarnya, ayah lebih banyak memainkan peranan dalam mengembangkan bahasa si kecil tau!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin anda pernah dengar tentang istilah “bahasa ibu”, yang secara umumnya bermaksud bahasa yang pertama kali kita ucapkan. Ungkapan ini menyatakan rata-ratanya golongan ibu yang bertanggungjawab ajar anak bercakap.

Namun, satu kajian terbaharu mengatakan, para ayah juga memainkan peranan yang sama pentingnya dalam perkembangan bahasa anak, terutama yang berkaitan dengan perbendaharaan kata mereka.

“Father tongue” Atau Bahasa Ayah

Pada tahun 1997, para ilmuwan berpendapat anak-anak memperoleh bahasa melalui bahasa ayah mereka, dan bukannya dari ibu mereka.

Satu kajian bertemakan“Father Tongue Hypothesis”di Universiti Jenewa yang diketuai Estella Poloni,  membincangkan hubungan variasi bahasa dan gen yang diwarisi oleh anak-anak dari kedua ibu dan ayah.

Hasil kajian Poloni menyimpulkan variasi bahasa dikaitkan dengan gen yang diwariskan hanya dari ayah. Malah, DNA khusus yang hanya dapat diwariskan oleh ibu nampaknya tidak berpengaruh pada kepelbagaian bahasa anak-anak!

Peranan Penting Ayah Untuk Ajar Anak Bercakap

Menghan Zhang di Laboratorium Antropologi Kontemporer di Universiti Fudan melakukan satu lagi kajian, di mana kajian bertujuan untuk mengenalpasti lebih banyak maklumat tentang penglibatan ibu ayah dalam ajar anak bercakap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hasil kajian sangat menarik ketika mengaitkan peranan ayah dalam perkembangan bahasa bayi!

Kesimpulan menunjukkan bayi “mewarisi” kosakata dari ayah mereka, dan beberapa lagi rangkaian gen ayah tertentu yang diwariskan. Sebaliknya, bayi belajar mengucapkan kata-kata dan suara dari ibu hasil mewarisi sekelompok gen lain.

Cara Ajar Anak Bercakap, Khusus Buat Ayah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu dan ayah sama-sama memiliki peranan penting untuk ajar anak bercakap dan yang menariknya apabila mengetahui yang perkara ini ternyata diwariskan kepada anak-anak.

Walaupun ramai yang mengfokuskan pentingnya peranan ibu dalam kebolehan anak bercakap, hakikatnya peranan ayah juga sama pentingnya.

Berikut beberapa tips untuk para ayah dalam membantu mempercepat perkembangan bahasa bayinya:

  1. Kerap Berkomunikasi Dengan Anak

Menurut pemerhatian, bayi yang sering menonton TV belajar kurang 6 perkataan berbanding bayi yang tidak menonton TV. Jadi ayah seeloknya kurangkan memberi anak gajet dan lebihkan bercakap dengan anak.

Anda boleh membacakan buku kepada anak, atau 'berborak' dengan anak tentang perkara yang menggembirakan.

  1. Bantu Anak Belajar Nama-Nama Objek

Pelabelan objek adalah cara penting bagi para ayah untuk membantu perkembangan bahasa anak mereka. Apa kata ayah tunjukkan objek kepada bayi, sambil menyebut nama objek tersebut?

Apabila melakukan aktiviti ini, lakukan pergerakan tangan yang boleh menarik perhatian si manja anda. Tindakan ini bukan sahaja boleh merangsang pendengaran bayi, malah visualnya juga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 Tips Tambahan Ajar Anak Bercakap

Jangan sia-siakan masa kecilnya, kerana masa ini adalah waktu emas untuk si manja anda belajar banyak perkara, dan paling baik untuk perkembangan bahasa!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Aulia Trisna dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga:  Anak Lambat Cakap Bukan Bermaksud Dia Menghidap Gangguan Autisme!

Baca juga: Kesan Screen Time Kepada Anak Mungkin Lebih Teruk Dari Lambat Bercakap, Ibu Bapa WAJIB Ambil Tahu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Tips bagaimana anda boleh kawal anak yang suka merengek dan melawan cakap

Penulis

Beto Rahman