9 Akaun Bank Untuk Anak Yang Terbaik Bagi Tujuan Pelaburan & Simpanan, Daftar Online Pun Boleh!

undefined

Akaun bank untuk anak boleh dibuat seawal beberapa bulan selepas kelahiran. Ada beberapa yang terbaik dan memberikan pulangan menguntungkan

Pembukaan akaun bank untuk anak sebenarnya tidak perlu tunggu anak mula persekolahan atau menerima tawaran ke universiti dahulu. Tetapi ibu ayah disaran mulakannya sejak kecil terutama beberapa bulan selepas si manja dilahirkan!

Hal ini kerana, akaun bank untuk anak dapat menjadi pelaburan dan aset terbaik untuk mereka pada masa depan. Selain itu, ia juga dapat digunakan pada waktu kecemasan, kegunaan untuk membeli rumah pertama, sambung belajar atau membuat majlis perkahwinan mereka nanti. 

Akaun bank untuk anak yang terbaik di Malaysia

Bagi ibu ayah yang mempertimbangkan simpanan untuk anak, pastinya anda tercari-cari tempat manakah terbaik, selamat dan memberikan keuntungan pada hari akan datang.

Berikut beberapa jenis pelaburan atau simpanan untuk anak yang sangat berbaloi untuk masa depannya kelak: 

#1. Akaun Tabung Haji 

akaun tabung haji untuk anak

Tabung Haji adalah satu bentuk simpanan yang menguntungkan. Malah nilai dividen dan bonus juga berbaloi setiap tahun!

Sebelum buka akaun Tabung Haji anak, ibu atau ayah hendaklah memiliki akaun sendiri terlebih dahulu. Deposit yang diperlukan hanya serendah RM10 sahaja.

Kemudian petugas akan membantu anda untuk buka akaun Tabung Haji anak secara online iaitu:

  1. Log masuk aplikasi Thijari.com.my
  2. Pilih ‘pembukaan akaun kanak-kanak’
  3. Isi maklumat lengkap dan hantar
  4. Apabila sudah siap, akan terima emel pengesahan
  5. Kemudian beberapa dokumen yang diperlukan ke kaunter. 

Antara dokumen yang diperlukan untuk buka akaun tabung haji anak adalah:

  • Sijil lahir anak yang asal dan salinan
  • MyKid kanak-kanak tersebut
  • MyKad ibu bapa/penjaga 
  • Sijil nikah ibubapa/penjaga 

Selepas membuka akaun kanak-kanak, anda juga boleh terus mendaftar haji untuk si kecil kerana menunggu giliran amatlah penting. Tabung Haji menjadi pilihan utama kerana terdapat subsidi yang diberikan serta khidmat pengurusan yang dipercayai. 

Untuk mendaftar Haji, pendeposit perlu cukupkan wang simpanan sebanyak RM1300 dalam akaun Tabung Haji. Sekiranya ibu ayah ingin membuat semakan atau penyata pada akaun sendiri atau anak, anda disarankan untuk muat turun aplikasi  Tabung Haji (THiJARI).

#2. Akaun Remaja ASB 

cara buka akaun asb anak

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah antara simpanan terbaik untuk anak yang sangat popular. Ia juga pelaburan jangka panjang yang sangat sesuai dan berisiko rendah serta kadar keuntungan yang tinggi dengan nilai kompetitif pasaran. 

Sejak tahun 2000, Permodalan Nasional Berhad, PNB telah memperkenalkan skim amanah saham bagi membolehkan pelaburan dibuat bagi bayi berumur enam bulan ke atas iaitu dalam Akaun Remaja. 

Tahukah anda kini boleh buka akaun asb untuk sendiri ataupun untuk kanak kanak (anak sendiri) dengan lebih mudah tanpa perlu ke kaunter amanah saham bumiputera.

Berikut panduan dan cara buka akaun ASB:

  1. Sila download aplikasi myasnb pada link pautan ini, play.google.com atau apps.apple.com
  2. Klik pada butang daftar
  3. Pilih jenis ID, jika anda pilih nombor kad pengenalan, masukkan no IC anda bersama-sama dengan phone number anda
  4. Masukkan no OTP yang diberikan untuk tujuan pengesahan
  5. Lengkapkan maklumat peribadi, akaun berkaunan, maklumat pekerjaan dan pengesahan identiti

Untuk buka akaun ASB anak, syaratnya adalah pastikan ibu atau ayah memiliki akaun ASB terlebih dahulu.

Syarat buka akaun asb anak yang masih bayi (Akaun Remaja/ Bijak)

  • Status bumiputera sahaja
  • Seawal usia kelahiran
  • Memiliki sijil kelahiran atau Mykid
  • Pemegang unit mempunyai Penjaga Berdaftar warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas

#3. Akaun bank untuk anak SSPN-i 

akaun sspni plus untuk anak

Ramai anak muda kini terbeban dek kerana hutang pendidikan walaupun belum dapat kerja.

Oleh itu, jika ibu ayah ingin mengelakkan perkara ini berlaku kepada anak setelah mereka tamat belajar nanti, maka sediakan tabung pendidikan iaitu akaun SSPN-i (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) sejak dari awal.

Inisiatif ini dilakukan oleh pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Ia ditambah baik dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif terhadap pendeposit.

Menariknya, SSPNI Plus mengguna pakai konsep simpanan bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih

Cara buka akaun SSPNI Plus secara online

1. Pilih Produk SSPN

Layari bit.ly/BukaDanTambahAkaunSSPN

Pilih sama ada anda ingin memilih akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus.

2. Isi Maklumat

Isi maklumat yang diperlukan dalam borang yang disediakan.

3. Persetujuan Terma Syarat

Fahami terma dan syarat yang ditetapkan.

4. Masukkan Minima Deposit

Masukkan minima deposit ke dalam akaun tersebut.

(Untuk SSPNi penambahan minimum RM20 tanpa komitmen manakala untuk SSPNi Plus mengikut pakej serendah RM30 sebulan)

5. Siap! Lepas dah ada akaun ni, ibu ayah dah boleh buat penambahan deposit, pengeluaran deposit, semakan penyata atau penyata pelepasan cukai secara online pada bila-bila masa sahaja.

Kelebihan akaun SSPNI Plus untuk anak

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.

SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

SSPNi Plus mempunyai pelbagai keistimewaan iaitu:

  • Patuh syariah.
  • Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM15,000.00 setahun.
  • Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
  • Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal( kemalangan) sehingga RM1,000,000.00.
  • Tiada pemeriksaan kesihatan.
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  • Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak.
  • Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal.
  • Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
  • Layak memohon pinjaman PTPTN.
  • Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
  • Simpanan dijamin kerajaan.

#4. Akaun junior Hong Leong Bank 

9 Akaun Bank Untuk Anak Yang Terbaik Bagi Tujuan Pelaburan & Simpanan, Daftar Online Pun Boleh!

Hong Leong Bank juga antara bank terbaik untuk simpanan anak-anak. Ini antara kelebihan yang ditawarkan:

  • Tempoh deposit sehingga 60 bulan
  • Mendapat akaun simpanan, deposit tetap dan kad debit
  • Kadar faedah dikira setiap hari dan dibayar bulanan
  • Hanya perlu RM1 untuk membuka akaun
  • Kadar faedah tahunan untuk RM 50,000 pertama adalah sebanyak 2.5% dan jika lebih RM 50,000 ke atas sebanyak 0.8%. 

#5. Akaun simpanan Maybank Yippie 

Ada sesetengah ibu dan ayah juga lebih selesa untuk buka akaun Maybank untuk anak kerana mesin wang bank ini ada di mana-mana sahaja!

Ini pula antara kelebihan perbankan ini:

  • RM 1 untuk membuka akaun (deposit minimum) 
  • Ganjaran tunai untuk keputusan cemerlang dalam PT3, SPM, STPM dan peringkat kolej serta universiti.
  • Insuran perlindungan kemalangan peribadi percuma untuk ibu bapa dan anak berjumlah RM70,000.
  • Setelah buka akaun Maybank untuk anak, ia perlu dikekalkan sekurang-kurangnya enam bulan sehingga setahun bagi menikmati kadar faedah yang kompetitif. 
  • Kadar faedah untuk RM 50,000 pertama adalah 2.95% (kadar faedah nominal) dan 2.97% (kadar faedah efektif).
  • Manakala jika lebih RM 50,000 ke atas 1.30% (kadar faedah nominal) dan 1.30% (kadar faedah efektif)

#6. Buka akaun bank untuk anak: Wise Public Bank 

9 Akaun Bank Untuk Anak Yang Terbaik Bagi Tujuan Pelaburan & Simpanan, Daftar Online Pun Boleh!

  • Sekurang-kurangnya RM1 untuk membuka akaun dan ada baki RM 20 bagi mengekalkan akaun.
  • Kadar faedah menarik dikira setiap hari dan dikreditkan secara bulanan
  • Bonus 5% sekiranya tiada pengeluaran tunai dilakukan.
  • Kad ATM untuk simpanan 12 tahun dan ke atas.

Faedah yang diterima:

  • RM 50,000 pertama : 2.95% (Kadar faedah efektif) 2.77% (kadar faedah nominal 
  • Lebih RM 50,000 : 0.56% (Kadar faedah efektif) 0.53% (kadar faedah nominal) 

#7. Akaun Simpanan Junior RHB

  • Pengeluaran wang dihadkan kepada sebulan sekali
  • Kadar faedah dikira setiap hari dan dikreditkan pada pertengahan tahun
  • Insuran perlindungan percuma dengan baki minima RM 500. 
  • Jika membuat simpanan lebih tinggi, nilai perlindungan insuran mencecah RM 50,000. 

Faedah yang diterima: 

  • RM 1- RM 50,000 : 3.00% 
  • RM 50,000 – RM 100,000 : 3.00%
  • RM 100,000 dan ke atas : 1.25% 

#8. Buka akaun BSN untuk anak

Mulakan perjalanan kewangan anak anda lebih awal dengan BSN MyFirst!

Ciri-ciri dan kelayakan

  • Terbuka untuk Akaun Amanah sahaja.
  • Kanak-kanak berumur satu (1) hari sehingga di bawah tujuh (7) tahun.
  • Ibu bapa/ penjaga yang sah yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Terbuka untuk Warganegara Malaysia.
  • Jumlah amaun simpanan permulaan minimum RM50.
  • Kekalkan RM10 baki minimum di dalam akaun sepanjang masa.

Cara untuk buka akaun ini adalah ibu ayah perlu melengkapkan borang permohonan BSN MyFirst yang disediakan di cawangan-cawangan BSN.

  • Keuntungan akan dikreditkan ke akaun anda secara tahunan.
  • Sekiranya terdapat lebih daripada satu transaksi pengeluaran dalam bulan yang sama, kadar keuntungan BSN MyFirst akan dikira berdasarkan kadar semasa BSN GIRO-i.

#9. Buka akaun Bank Islam untuk anak

Hanya individu yang mempunyai kad pengenalan boleh membuka akaun di Bank Islam:

  • Individu berumur 12 tahun ke atas untuk Akaun Simpanan Asas Bank Islam dan Akaun Simpanan Qard
  • Individu berumur 18 tahun ke atasu untuk Akaun Pelaburan Al-Awfar

Berikut adalah langkah-langkah cara buka akaun Bank Islam untuk anak secara online.

  1. Buka pautan vao.bankislam.com.my/sales
  2. Masukkan maklumat seperti: Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Tarikh Lahir, Status student/ bukan student, Jenis Akaun, Negeri dan Cawangan Pilihan.
  3. Selepas itu tekan butang Next.
  4. Kemudian masukkan maklumat berikut: Alamat, Emel, Nombor Telefon, Bangsa & Agama, Status Perkahwinan, Nama Ibu, Maklumat Pekerjaan
  5. Tekan butang Next.
  6. Anda perlu membuat declaration, hantar permohonan dan membuat pengesahan.
  7. Print borang permohonan Anda.
  8. Selepas itu sila membawa borang permohonan ke Bank Islam terdekat untuk pengesahan dan mendapatkan nombor akaun dalam masa 30 hari selepas Anda mendaftar.

Sekiranya pautan VAO atau Virtual Account Opening tak dapat nak capai (problem: site can’t be reached). Kami nasihatkan Anda untuk buka akaun Bank Islam di cawangan terdekat.

Sediakan simpanan untuk anak seawal usia mereka

Seronoknya bila dapat membina kewangan anak sejak mereka kecil sekaligus membantu anak menabung dan menyimpan duit kerana kita tidak tahu keadaan ekonomi di masa hadapan jadi sebaiknya lakukan pelaburan ini sedari awal. 

Secara tidak langsung, anak-anak juga seronok bila tahu wang mereka banyak di dalam bank dan gunalah ia secara bermanfaat apabila tiba masa yang sesuai.

Jadi apa lagi yang anda tunggu! Buka akaun bank untuk anak sekarang agar mereka dapat belajar tentang kewangan mereka agar masa depan lebih cerah.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Terguna Duit Raya Anak, Ibu Ayah Kena Ganti Balik, Duit Anak Tak Boleh Guna Sewenangnya

Baca juga: Simpanan Pendidikan Penting Untuk Elakkan Berhutang. Jom Daftar Plan Simpanan Yang Terbaik Untuk Pendidikan Anak

Baca juga: Sengsara Bila Kematian Suami, Ini Yang Isteri Wajib TAHU Tentang KWSP Bila Suami Tiada

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!