Anda menyediakan makanan lazat untuk seisi keluarga, namun tanpa diduga, anak anda mula mengadu dia rasa kurang selesa. Anda gusar dia menunjukkan petanda keracunan makanan, tetapi bagaimana jika ia sebenarnya tanda bayi alahan makanan?
Pastinya hati ini akan rasa sedih kerana anda tidak sangka pula hidangan yang anda sediakan selama ini menyebabkan anak rasa kurang selesa. Jangan begitu ibu, anda telah lakukan yang terbaik. Cuma kadang kala setiap anak berbeza, tidak semestinya apa yang baik untuk anak sulung akan bagus untuk anak bongsu.
Bahkan amat penting buat ibu bapa untuk mengetahui simptom alergi terhadap makanan kerana ia seakan-akan juga sama dengan intoleransi laktosa. Jika tersalah rawatan, ini boleh membawa ketidakselesaan dan kemudaratan.
4 Tanda Bayi Alahan Makanan Yang Anda Perlu Tahu
Ya benar, agak mencabar sebenarnya untuk mengetahui sama ada anak anda alah pada makanan tertentu atau tidak. Oleh sebab itu, kami cadangkan untuk berjumpa dengan doktor yang boleh melakukan ujian darah bagi mengenal pasti jenis-jenis makanan yang tidak sesuai dengan mereka.
Selain itu, ibu juga perlu lebih berhati-hati dengan pemakanan yang mereka ambil. Bagi memudahkan anda, kami cadangkan untuk catat setiap pemakanan mereka. Sebagai contoh, untuk sarapan, anak makan penkek yang diperbuat daripada telur, gandum dan esen vanila.
Baca juga: Kematian Kanak-Kanak Ini Mengingatkan Kita Tentang Bahaya Alergi Makanan
Sekiranya anak mempunyai tindakbalas terhadap makanan itu, cuba masak penkek tanpa salah satu bahan tadi. Eksperimen ini dapat membantu mengenalpasti satu per satu jenis makanan yang mereka perlu elak.
Cara lain juga termasuk:
1# Melihat reaksi kulit
Alahan makanan boleh menyebabkan ruam kulit, seperti kegatalan. Satu lagi reaksi kulit adalah ekzema, ruam bersisik, gatal yang boleh melepuh atau mengelupas.
Adalah biasa jika anda melihat bengkak pada kulit, terutamanya di sekitar mata dan bibir jika mereka mengalami alahan makanan.
Banyak kegatalan di seluruh badan anak anda, bengkak yang ketara, atau memburuknya gatal dari semasa ke semasa adalah keadaan yang serius dan memerlukan rawatan perubatan.
2# Awasi simptom perut dan saluran pencernaan
Simptom perut dan saluran pencernaan, seperti muntah-muntah dan cirit-birit juga salah satu tanda yang menunjukkan anak anda telah terkena alahan makanan.
Ia selalunya cara paling cepat badan boleh menyingkirkan alergen makanan. Antara simptom umum yang menunjukkan reaksi alergi makanan termasuk:
- Sakit perut atau rasa seperti membuang
- Sakit perut
- Muntah
- Cirit-birit
3# Perhatikan pernafasan anak
Alahan makanan boleh menjejaskan paru-paru, tekak, atau keupayaan anak anda untuk bernafas. Simptom ini termasuk:
- Berdehit (wheezing)
- Batuk
- Hidung berair
- Bengkak bibir, lidah, mata, atau muka
Bengkak saluran pernafasan menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah bernafas, mempunyai batuk yang pendek, atau mengalami masalah menelan adalah tanda anafilaksii dan memerlukan rawatan kecemasan.
4# Lihat seluruh badan (Anafilaksis)
Anafilaksis adalah tindak balas yang melibatkan pelbagai sistem organ dan menyebabkan penurunan tekanan darah.
Ia biasanya bermula dalam tempoh dua jam selepas makan alergen dan sering bermula dalam beberapa minit.
Ia mungkin melibatkan mana-mana gejala di atas atau kombinasi di atas dan mana-mana yang berikut:
- Perasaan azab yang akan datang
- Kesukaran bernafas
- Kulit pucat
- Pening
- Tidak sedar
Jika anak anda mengalaminya, segera berjumpa doktor untuk rawatan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Selain Naik Ruam & Gatal-Gatal, Ini Tanda Bayi Alergi Makanan Yang Ibu Kena Waspada