Masalah Diabetes Ketika Hamil? Ibu, Sediakan Alat Ini Di Rumah Untuk Mengawalnya

Diabetes ketika hamil membahayakan bayi dalam kandungan. Oleh itu, ibu dinasihatkan menyediakan alat periksa gula darah di rumah bagi mengawal masalah ini.

Diabetes yang berlaku ketika hamil boleh menjejaskan bayi dalam kandungan. Bagi memudahkan anda mengawalnya, adalah sangat penting menyediakan alat periksa gula darah di rumah.

Sebenarnya terlalu banyak gula dalam darah akan merentasi plasenta yang mendorong bayi besar, masalah kuning atau kerosakan otak. 

Namun dengan adanya alat periksa gula darah, anda boleh semak sendiri bacaan tahap gula di rumah. Selain itu, semestinya ibu turut dinasihati untuk menjaga diet yang seimbang serta kerap melakukan senaman ringan.

Bagi memudahkan urusan mengawal tahap gula dalam darah ini, apa kata anda semak sahaja di sini alat cek gula dalam darah yang berkualiti dengan harga mampu miliki? Selepas ini tidaklah perlu ibu bersusah payah keluar rumah untuk ke klinik dan sekaligus menjimatkan tenaga.

Memilih Meter Glukosa Darah

Kredit gambar: iStock

Apabila memilih meter glukosa darah, berikut adalah antara ciri-ciri yang anda patut masukkan dalam pemilihan alat cek gula darah:

  • Ketepatan
  • Mudah untuk digunakan
  • Saiz sepenuhnya
  • Masa ujian
  • Amaun darah yang diperlukan untuk setiap ujian
  • Kemudahan untuk menyimpan keputusan ujian di dalam memori
  • Kadar kesakitan dengan menggunakan produk tersebut
  • Sebarang kemungkinan gangguan
  • Kebolehan dalam transmit data ke komputer
  • Kos meter dan strip ujian
  • Bantuan teknikal daripada pengeluar
  • Ciri-ciri istimewa seperti pemasa automatik, skrin paparan besar, panduan atau keputusan bersuara

Siapakah Golongan Berisiko Untuk Diabetes Ketika Hamil?

Kredit gambar: Healthline

Faktor risiko untuk diabetes dalam kehamilan bergantung pada jenis diabetes:

  1. Diabetes Type 1 selalu berlaku dalam kalangan kanak-kanak atau orang muda dewasa, tetapi ia boleh bermula tidak kira usia berapa
  2. Wanita berlebihan berat badan selalunya mudah untuk mendapat diabetes Type 2
  3. Wanita berlebihan berat badan biasanya mudah mendapat diabetes gestational. Ia juga lebih biasa di kalangan wanita yang pernah mempunyai diabetes gestational sebelum ini. Dan ia lebih biasa di dalam wanita yang mempunyai ahli keluarga dengan diabetes Type 2. Wanita dengan kembar juga mudah untuk mendapatnya.

Jadi, dalam mencegah penyakit diabetes di dalam kalangan wanita hamil, adalah sangat digalakkan untuk ibu-ibu memeriksa gula dalam darah menggunakan alat check gula ini.

7 Alat Periksa Gula Dalam Darah Di Rumah Terbaik Di Pasaran

Alat Periksa Gula Darah Terbaik
Accu-Chek Fastclix Lancets
Alat Periksa Gula Darah Terbaik Yang Pantas
Beli di Lazada
Blood Glucose Monitor System With 25s Strips And 25s Lancet BG-102
Beli di Shopee
One Touch Select Blood Glucose Monitor Kit
Beli di Shopee
Sinocare Safe AQ Smart Blood Glucose Meter
Beli di Lazada
Avometer Blood Glucose
pgmall
On Call Vivid Blood Glucose Test Strip
shopee

Accu-Chek Fastclix Lancets

Alat Periksa Gula Darah Terbaik Yang Pantas

Hanya klik sahaja diperlukan. Proses penyebuan dan perlepasan kini digabungkan dalam satu tindakan klik sahaja. Teknologi Clixmotion ini telah diintegrasikan ke dalam peranti Accu-Check FastClix untuk membuatkan proses mencucuk atau dipanggil lancing dengan cepat, mudah dan tidak menyakitkan.

Penutupnya yang boleh pusing menawarkan 11 tetapan kedalaman yang membolehkan anda untuk laraskan peranti tersebut mengikut jenis kulit anda. Peranti lancing menggunakan satu drum dengan 6 lancet preloaded, jadi anda tidak perlu menguruskan lancet secara individual.

Apa yang kami suka:

  • 1 aksi klik menjadikan proses lancing mudah dan cepat
  • Tuas memudahkan untuk menolak keluar lancet baharu
  • Penutup boleh pusing dengan 11 tetapan kedalaman untuk jenis kulit yang berbeza
  • Drum lancet datang dengan preloaded 6 lancet. Jadi tidak perlu menguruskan lancet
  • Tetingkap bersebelahan dengan tuas menunjukkan angka akan baki lancet di dalam drum
  • Mengurangkan risiko kecelakaan stik
  • Teknologi Clixmotion adalah prinsip panduan gerakan lancet dengan gegaran yang minima serta ayunan yang mana kunci kepada lancing lembut

Dalam kotak:

  • ACCU-CHEK FASTCLIX dengan 102 lancet

Blood Glucose Monitor System With 25s Strips And 25s Lancet BG-102

Alat Periksa Gula Darah Terbaik Tidak Sakit

Pesakit diabetik boleh menggunakan sistem pemantauan ini untuk memeriksa tahap glukosa dalam darah, dan ikuti panduan doktor untuk melaraskan insulin dan ubatan lain, diet dan terapi senaman. Walaubagaimanapun, sistem ujian ini tidak boleh digunakan untuk mendiagnos diabetes dan ujian neonatal diabetes.

Apa yang kami suka:

  • Pengumpulan darah sihat mengurangkan kesakitan
  • Keputusan boleh dibaca dalam masa 5 saat
  • Menyimpan 360 set rekod memori
  • Penggera masa untuk waktu memeriksa
  • Tukaran unit dual boleh ditukar di antara mg/dl dan mmol/l
  • Purata secara automatik mengukur purata ukuran 7 hari, 14 hari dan 28 hari
  • Kotak penyimpanan mudah di bawa
  • Skrin paparan yang besar untuk mudah dibaca
  • Tutupan automatik untuk meningkatkan hayat bateri
  • Penguji glukosa darah dengan ketepatan yang tinggi
  • Keputusan yang sangat tepat
  • Memantau diabetes dengan mudah dan cepat untuk memeriksa tahap gula dalam darah tanpa coding

Dalam kotak:

  • 1 x meter glukosa darah (termasuk bateri)
  • 1 x lancet steril
  • 1 x pengumpul darah
  • 1 x pengawal cecair
  • 1 x kotak penyimpanan
  • 1 x panduan

One Touch Select Blood Glucose Monitor Kit

Alat Periksa Gula Darah Terbaik Dengan Penggera

ONETOUCH Select SimpleTM merupakan pemantau glukosa darah dengan ciri-ciri baru dan kelebihan yang membuatkan pemantau gula dalam darah anda mudah dan cepat. Dengan penggera warna dan  audio, anda akan mengenal pasti bila tahap gula dalam darah anda rendah, tinggi atau sangat tinggi.

Dengan interface ikon dan tanpa coding, setup atau butang, apa yang anda perlukan hanyalah masukkan strip untuk memulakan, ambil darah, dan keputusan boleh didapati dalam masa beberapa saat sahaja.

Apa yang kami suka:

  • Penggera warna dan audio memaparkan tinggi dan rendah
  • Kad rujukan penggera tinggi rendah
  • Penjagaan kualiti daripada Johnson and Johnson Ltd
  • Keputusan yang secara konsisten tepat
  • Tanpa coding, tanpa perlu setup dan tiada butang
  • Harga berpatutan

Dalam kotak:

  • 1 x One Touch Select Meter
  • 1 x One Touch Lancing Device

Sinocare Safe AQ Smart Blood Glucose Meter

Alat Periksa Gula Darah Terbaik Mudah Dibawa

Ia hadir dalam 3 jenis pakej iaitu 25, 50, dan 100 strip ujian dengan jarum lancet untuk meter pengesanan gula dalam darah pesakit diabetes.  

Apa yang kami suka:

  • Mudah dan tepat untuk digunakan
  • Kit ujian glukosa darah
  • Peranti lancing Sinodrew tidak menyakitkan
  • Mudah untuk dibawa ke mana sahaja
  • Bebas coding 
  • Strip ujian yang berpatutan

Dalam kotak:

  • 1 x Lancing Device
  • 1 x Glucometer-mg/dL (No Battery) /
  • 1 x Glucometer-mmol/L (No Battery)
  • 1 x PU Bag/ 25 x Botol Strip Ujian + 25 x Lancets
  • 1 x buku manual

Freestyle Optium Strips

Alat Periksa Gula Darah Terbaik Tanpa Coding

Strip ujian FreeStyle Optium Blood Glucose tersedia untuk pemeriksaan glukosa dalam darah sendiri dan boleh digunakan dengan FreeStyle Optium Neo, FreeStyle Optium, Optium Xceed, Optium dan meter TrueSense. Ia tidak perlukan coding. 

Apa yang kami suka:

  • Tiada coding
  • Strip dibalut dengan foil untuk melindunginya daripada udara dan lembapan
  • Top dan hujung akan dipenuhi dengan pengesahan visual
  • Trigger yang penuh akan mula pemeriksaan hanya apabila sample darah telah cukup 

Dalam kotak:

  • 25 atau 50 strip

Avometer Blood Glucose

Alat Periksa Gula Darah Terbaik Hanya Perlukan 0.5 mikroliter Sample Darah

Glucose Test Strip untuk Avometer Atlas dan Avometer Vantage ini boleh memberikan hasil keputusan dalam masa 26 saat sahaja.

Ia boleh digunakan individu dengan penyakit diabetes di rumah dan pusat penjagaan kesihatan profesional di dalam tetapan klinikal, dalam membantu memantau kadar keberkesanan kawalan diabetes. 

Apa yang kami suka:

  • Memerlukan o.5 mikroliter sample darah
  • Keputusan cepat dalam masa 26 saat
  • Strip ujian untuk Avometer Atlas dan Avometer Vantage

Dalam kotak:

  • 1 x strip glukosa avometer 
  • 2 x 25 strip (Atlast, Vantage, Avant)
  • 50 x pad alkohol

On Call Vivid Blood Glucose Test Strip

Alat Periksa Gula Darah Terbaik Dengan Keputusan Sangat Tepat

On Call Vivid Blood Glucose Test Strip ini adalah strip nipis dengan sistem reagen dengan bahan kimia. Ia berfungsi dengan On Call Vivid atau On Call Vivid Blood Glucose Test Meters untuk mengukur konsentrasi glukosa dalam darah. 

Darah akan diletakkan pada hujung tip strip ujian. Darah tersebut akan kemudiannya secara automatik terserap masuk ke dalam sel reaksi di mana reaksi akan mengambil tempat.

Arus elektrik sementara terbentuk semasa tindak balas yang dikesan oleh meter. Keputusannya akan dipaparkan pada skrin meter. Meter ditentukur untuk memaparkan keputusan setara plasma.

Apa yang kami suka:

  • Strip yang nipis dengan sistem reagen berkimia
  • Berfungsi ke atas On Call Vivid atau On Call Vivid Pal Blood Glucose Meters
  • Untuk kegunaan vitro diagnostik
  • Kadar bacaan keputusan yang sangat tepat

Dalam kotak:

  • 25 x Strip ujian dengan bahan kimia reaktif

Perbandingan Harga Alat Periksa Gula Darah Terbaik

Jenama Kandungan (strip/lancet) Harga (RM)

Accu-Chek Fastclix Lancets

102 RM49.00

Blood Glucose Monitor System

50 (strip) 50 (lancet BG-102) RM39.90

One Touch Select Blood Glucose Monitor Kit

25 (strip) 100 (lancet) RM89.88

Sinocare Safe AQ Smart Blood Glucose Meter

25 RM105.50

FREESTYLE OPTIUM STRIPS

50 RM69.90

AVOMETER BLOOD GLUCOSE 

25  RM75.98

On Call Vivid Blood Glucose Test Strip

25

RM38.00

Cara Memeriksa Gula Dalam Darah Dengan Jayanya

Sama ada anda melakukan ujian berkali-kali dalam sehari atau hanya sekali, ikuti rutin ujian ini akan membantu anda untuk mencegah jangkitan, keputusan yang tepat, dan lebih baik pantau gula darah anda.

Jadi di sini kami kongsikan beberapa langkah untuk anda lakukan:

  1. Cuci tangan dengan air suam, bersabun. Kemudian keringkan dengan tuala bersih. Jika anda menggunakan swab alkohol, pastikan untuk kawasan jari tersebut kering sepenuhnya sebelum melakukan ujian.
  2. Keluarkan satu stip dari dalam botol atau kotak strip. Pastikan untuk menutup botol atau kotak tersebut dengan sepenuhnya untuk mengelakkan strip lain tercemar dengan habuk atau lembapan.
  3. Semua meter moden memerlukan anda untuk memasukkan strip ke dalam meter sebelum mengambil darah, jadi anda boleh tambah sample darah ke atas strip apabila ia berada di dalam meter. Dengan meter jenis lama, anda perlu meletakkan darah di atas strip terlebih dahulu dan kemudian meletakkan strip ke dalam meter.
  4. Rapatkan bahagian sisi hujung jari anda dengan lancet. Sesetengah mesin gula darah membolehkan untuk menguji daripada sisi yang berbeza pada tubuh, seperti lengan. Baca buku panduan peranti anda untuk memastikan yang anda mengambil sample darah dari tempat yang betul.
  5. Sapu bersih titisan darah pertama, dan kemudian ambil satu titis darah ke atas strip ujian, pastikan anda mempunyai amaun yang sepatutnya untuk bacaan. Hati-hati untuk pastikan hanya darah, bukan kulit yang disentuh pada strip. Sisa dari makanan atau ubatan pada jari mungkin boleh memberi impak pada keputusan ujian.
  6. Hentikan pendarah dengan memegang bebola kapas bersih atau pad gauze pada kawasan di mana anda gunakan lancet. Berikan sedikit tekanan sehingga pendarahan berhenti.

Semoga bermanfaat buat ibu hamil di luar sana.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Waspada Diabetes Ketika Hamil, Ini Senarai Makanan Kononnya “Sihat" Tapi Gula Tinggi!

Baca juga: Ibu-Ibu Yang Ada Kencing Manis Semasa Mengandung, Ini Yang Anda Perlu Lakukan!

Baca juga: Waspada Tanda Gula Tinggi Dalam Badan, Ini Cara Berkesan Untuk Mengawalnya!

Penulis

Farhana Fuad