Anda tahu tak, alergi bayi pada makanan ada kena mengena dengan tisu basah? Seperti yang kita nampak, penggunaan tisu basah ini bukan hanya untuk lap punggung bayi dari kotoran tapi ia juga ada kegunaan lain yang kita tak perasan.
Tapi ada satu kajian menyatakan tisu basah dan alergi bayi pada makanan berkait rapat. Betul ke?
Malah, bertahun lamanya, kenaikan jumlah alahan pada makanan semakin membimbangkan.
Bagaimana alergi bayi pada makanan ini bermula dan apakah cara berkesan untuk merawat penyakit alahan ini?
Apakah kaitan alergi bayi pada makanan dan tisu basah?
Seorang penyelidik dari Universiti Northwestern mendapati dalam kajiannya, dia sudah menemui penyebab alahan pada makanan!
Dalam kajiannya itu, dia menggunakan bahan seperti habuk, genetik, makanan dan tisu basah atau kain lap bayi.
Kita sedia maklum, ibu perlukan tisu basah atau kain lap bayi bagi pastikan anak bersih daripada sebarang kotoran. Tapi biasanya ibu tak nampak kesan negatif tisu basah ini pada bayi.
Dalam kajiannya itu, tisu basah dibuktikan adalah salah satu penyumbang terhadap alergi bayi yang teruk!
Terkejut tak anda bila kajian ini didedahkan?
Kajian terhadap alahan bayi, bagaimana ia dilakukan?
- Penyelidik terbabit melakukannya pada seekor tikus.
- Seperti yang kita tahu, kacang adalah salah satu makanan alergi. Jadi dia beri tikus itu makan kacang, tapi tak ada apa-apa tindak balas.
- Kemudian, dia mengubah lapisan atas kulit tikus dengan bahan yang terdapat dalam tisu basah. Selain itu, dia juga mengubah gen mereka supaya mengalami disfungsi penghalang kulit.
- Selepas itu, penyelidik mendedah kulit tikus dengan makanan dan habuk selama 40 minit dalam tempoh masa 2 minggu.
- Akhirnya, penyelidik mendapati, tikus tersebut mengalami alergi kulit, alergi usus dan anaphylaxis.
- Alahan boleh berlaku dalam persekitaran di rumah kerana habuk – Bayi kan masih kecil, mustahil punca alahan mereka pada makanan disebabkan kacang atau pemakanan lain.
- Penyelidik menyatakan alergi bayi pada makanan juga turut menghidap atopic dermatitis berpunca dari genetik kulit yang lemah. Berkemungkinan datang dari ibu atau ayahnya.
Bahan-bahan yang kerap ‘trigger’ alahan
Wangian dan pengawet adalah bahan yang paling kerap menyebabkan alahan pada tisu basah; namun, semua bahan kimia harus dianggap sebagai bahan alergi yang berpotensi.
Walau bagaimanapun, ini tidak berlaku sekiranya anda memilih tisu bayi bebas bahan-bahan seperti pengawet dan pewangi. Bermaksud kulit bayi anda mampu dijaga dengan baik. Malah tisu lembap jenis ini sesuai untuk bayi pramatang, yang kulitnya lebih lembut daripada bayi baru lahir.
Bahan pengawet yang digunakan pada tisu basah biasanya menyebabkan reaksi alergi dengan ruam gatal di sekitar kawasan lampin. Bahan pengawet yang disebut methylchloroisothiazolinone / methylisothiazolinone, atau MCI / MI telah dilaporkan menyebabkan dermatitis kontak alahan dari tisu basah.
Menurut kata pakar, alahan biasa lain yang terdapat pada tisu basah tidak terhad kepada, tokoferil asetat, propilena glikol berasaskan petrol, pewangi, 2-bromo-2-nitropropane-1, 3-diol, dan paraben.
Dermatitis adalah alahan dari tisu basah yang paling biasa muncul di bahagian punggung bayi yang berwarna merah bintik-bintik pada bayi baru lahir.
“Ia boleh berlaku di mana sahaja tisu basah digunakan, pada bayi dan orang dewasa. Beberapa contoh termasuk dermatitis di sekitar mata orang dewasa jika tisu basah digunakan untuk menghilangkan solek, dermatitis tangan pada ibu anak kecil yang menggunakan tisu basah, ini biasanya menetap di hujung jari seperti hujung jari yang kering, merekah, terkupas. “
Langkah pencegahan alahan
- Basuh tangan hingga bersih sebelum dukung atau pegang bayi
- Jangan guna kain lap atau tisu basah terlalu kerap
- Elakkan guna tisu basah dengan bahan kimia
- Kurangkan penggunaan tis
- Bila sudah sabun kulit bayi bersihkan terus dengan air bersih
- Sentiasa pastikan rumah bersih dari habuk atau punca alergi lain.
- Elakkan makanan yang jadi penyebab alergi dan dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum ambil makanan itu.
Simptom alahan bayi pada makanan dan produk
- Muka merah-merah dan gatal dalam mulut
- Ekzema
- Bengkak bibir, muka, lidah, tekak atau bahagian badan yang lain
- Hidung tersumbat
- Sukar bernafas
- Pening keterlaluan dan pengsan
- Sakit perut
- Cirit birit, muntah dan mual
Adakah ibu ada pengalaman yang sama? Jika ya, cepat-cepat bawa anak jumpa pakar pediatrik atau doktor untuk dirawat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Singapore
Baca juga: Lakukan Langkah Ini Setiap Hari Jika Anak Hidap Ekzema