Amalan berpantang dikenali sebagai tempoh selepas bersalin bagi wanita. Berpantang ini merupakan amalan tradisional di mana wanita lepas bersalin akan dikuarantin atau ‘dikurung’ di dalam rumah sehingga mencukupi satu tempoh bagi berehat dan memulihkan kembali tubuh selepas melahirkan anak.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Amalan berpantang di luar negara yang unik dan istimewa
- Cuti bersalin di negara-negara maju
- Amalan berpantang bagi ibu selepas bersalin di Malaysia
- Cara berpantang mengikut kaum
Penjagaan diri selepas bersalin dikatakan amat penting bagi memastikan tubuh ibu benar-benar sihat. Jika dahulu tempoh berpantang sehingga 100 hari, namun kini ramai wanita pantang moden kerana tidak sanggup melaluinya dengan begitu lama.
Amalan berpantang di luar negara yang unik dan istimewa
#1. India
– 40-60 hari bergantung pada kawasan
– Pengunjung tidak digalakkan
– Urutan harian menggunakan minyak biji sawi
#2. Afrika
– Kuarantin untuk 10-40 hari
– Dibantu oleh kaum keluarga dan rakan-rakan dalam tempoh pantang
– Menerima makanan istimewa dari keluarga, jiran dan lain-lain
#3. Jepun
– Ibu baru dilayan seperti bayi
– Tidak dibenarkan bergerak dengan banyak
– Pemakanan yang sihat
#4. Korea
– Perlu sentiasa berada di bilik yang bersuhu panas sedikit
– Tidak dibenarkan keluar dari rumah
– Sup rumpai laut tiga kali sehari
#5. China
– Rehat secukup-cukupnya (sebulan)
– Tidak digalakkan mencuci rambut untuk sebulan
– Tidak boleh mengambil makanan yang bersifat sejuk
#6. Belanda (The Netherlands)
– Ramai yang bersalin di rumah
– Dijaga oleh jururawat materniti selama lapan hingga 10 hari
#7. Amerika Latin
– Dikuarantin selama 40 hari
– Dibantu oleh saudara mara
– Penjagaan dan pantang bertujuan untuk mengelak daripada masalah seperti sakit kepala kronik
Wah, pelbagai jenis cara berpantang ya di negara luar. Menarik juga jika kita lihat kembali amalan berpantang mereka.
Cuti bersalin di negara-negara maju
Amerika Syarikat merupakan salah satu negara maju yang tidak mempunyai program cuti bergaji. Berlainan cerita pula dengan negara Sweden, di mana ibu dan juga bapa baru layak menerima 48 minggu cuti bergaji selepas mendapat kelahiran bayi mereka.
Di UK, mereka mendapat 38 minggu manakala di Russia, 28 minggu (cuti bergaji). Malaysia dan negara India juga tidak ketinggalan menawarkan cuti bergaji selama 12 minggu kepada ibu baru.
Lain orang, lain caranya. Ada ibu berpantang sudah berani keluar rumah bagi melakukan tugasan meskipun belum masuk minggu ketiga berpantang. Bukan itu sahaja, bayi yang terkena penyakit kuning juga memerlukan ibu ulang alik ke klinik pada setiap minggu.
Amalan berpantang bagi ibu selepas bersalin di Malaysia
Umum sedia maklum bahawa di Malaysia terdapat tiga etnik utama iaitu:
- Melayu
- Cina
- India
Ketiga-tiga bangsa ini mempunyai amalan berpantang tradisional yang tersendiri. Meskipun amalan berpantang ketiga-tiga bangsa ini berbeza, namun matlamat utamanya adalah untuk menyokong ibu baru supaya lebih cepat pulih selepas melahirkan anak.
Mana tidaknya, tubuh badan seorang ibu selepas bersalin adalah sangat lemah, dipenuhi darah beku, luka berjahit dan sebagainya. Inilah masanya untuk ‘recover’ kembali.
Suatu masa dahulu, ada ketika di mana ibu baru bersalin tidak boleh berjumpa atau menerima kedatangan tetamu semasa tempoh dalam berpantang.
Amalan ini bertujuan untuk membolehkan ibu baharu berehat dengan sepuas-puasnya tanpa gangguan daripada orang luar.
Walau bagaimanapun, kini pada zaman moden, keadaan kian berubah. Terdapat langkah-langkah tertentu yang tidak diamalkan lagi, namun kebanyakan langkah yang utama masih tetap diteruskan.
Cara berpantang mengikut kaum
Secara puratanya, tempoh berpantang bagi orang Asia adalah sebulan atau lebih, bergantung kepada amalan setiap kaum.
- Bagi masyarakat Cina Malaysia, tempoh berpantang adalah selama sebulan dari tarikh selepas bayi lahir.
- Bagi wanita Melayu pula, tempoh berpantang selalunya berakhir pada hari ke-44 selepas bersalin dan ada juga yang lebih lama daripada tempoh tersebut.
- Wanita India Malaysia juga menjalani tempoh berpantang selama 30 hari hingga 40 hari.
Walau bagaimana pun, jika seseorang memerlukan lebih penjagaan, contohnya ibu yang menjalani kelahiran pembedahan – maka tempoh berpantang akan dipanjangkan sehingga benar-benar pulih.
Baby Talk Malaysia.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Elak Terlalu Aktif Selepas Bersalin, Bentan Ketika Berpantang Boleh Mengundang Maut
Baca Juga: “Tak Reti Duduk Saja” Agak Mustahil Untuk Berpantang Penuh Bagi Wanita Yang Bekerjaya -Vivy Yusof
Baca Juga: Doktor Kongsi Pengalaman Berpantang Cara Moden Yang Betul Agar Luka Bersalin Cepat Sembuh