TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Dr Amalina Kongsi Tips Pupuk Amalan Membaca Sejak Kecil Tanpa Paksaan

3 min bacaan
Dr Amalina Kongsi Tips Pupuk Amalan Membaca Sejak Kecil Tanpa Paksaan

Amalan membaca seawal usia merangsang perkembangan bahasa yang merupakan kemahiran asas sebelum mahir membaca dan menulis

Ketagihan anak terhadap gajet yang terlampau menyebabkan mereka tidak berminat dengan aktiviti lain, termasuklah amalan membaca. Anak ibarat kain putih, kitalah yang mencorakkannya. Mereka adalah pemimpin masa depan yang perlu dibekalkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan.

Disini jelas menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab ibu ayah dalam mendidik amalan membaca dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. 

Cabaran yang paling utama sekali buat ibu ayah bukanlah bila anak boleh membaca tetapi sampai bilakah anak-anak suka membaca?

Cara untuk menarik minat anak kecil membaca 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

 

Menyedari hal itu, ikuti perkongsian oleh Dr Nur Amalina Che Bakri tentang tips bagaimana dan apa yang anda boleh bacakan untuk si manja supaya minat membaca. Menerusi satu video yang dikongsinya, Dr. Amalina menekankan bahawa amalan membaca untuk bayi boleh membantu perkembangan bahasa, pembelajaran emosi, mengeratkan ikatan antara ibu dan anak serta membantu ke arah pencapaian akademik yang cemerlang.  

Menurutnya lagi, dengan amalan membaca dapat mendidik anak lebih berdikari dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan yang meluas.

Malah, ada satu kajian menyatakan bahawa kanak-kanak yang yang menerima pendedahan tabiat membaca sejak bayi mempunyai lebih banyak perbendaharaan kata dan menguasai kemahiran matematik yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lain seusia mereka.

Dalam perkongsian tersebut, Dr Amalina turut berkongsi beberapa tips yang berkesan membacakan buku untuk si manja!

amalan membaca

Antara tips yang dikongsikan adalah membaca buku setiap hari. Contohnya, menjadikan tabiat membaca sebagai sebahagian daripada rutin tidur anak. Selain itu, bersedia untuk membaca buku berulang kali. Tidak salah sekiranya anda mengulangi bahan bacaan yang sama walaupun untuk yang ke seribu kali! 

Seterusnya, sebagai ibu ayah, anda tidak boleh mengharapkan anak sentiasa ‘perfect‘. Adakalanya, sampai mood mereka, mereka mungkin tak mahu duduk diam.

Apa yang paling penting, pilih buku yang betul. Bayi sukakan buku jenis buku board tebal yang mereka boleh pegang dan menggigitnya dalam diam. Dalam fasa anak sedang membesar, ketika ini mereka suka melihat kepada visual dengan warna yang besar dan terang. 

Apabila anak semakin membesar, anda boleh berikan mereka buku yang mengandungi lebih banyak perkataan untuk membantu meningkatkan kemahiran bahasa. Anda perlu mengikuti setiap arahan mereka, jadi jika anak anda mahu kembali ke halaman pertama kembali? Ikut saja, katanya lagi.

Anda boleh biarkan mereka meneroka bahan bacaan walaupun mereka memegangnya secara terbalik. Akhir sekali, sentiasa melibatkan anak anda dengan selalu bertanyakan soalan dan menunjukkan gambar supaya mereka dapat belajar dengan cepat. 

amalan membaca

Namun begitu, benarlah kata pepatah, kemana tumpah kuah kalau tak ke nasi. Penglibatan usaha ibu ayah dalam mewujudkan suasana membaca di rumah memudahkan amalan membaca dapat dipupuk dalam jiwa anak-anak. Sejujurnya, otak anak belum memahami apa yang baik dan apa yang buruk. Sebagai ibu bapa, kitalah yang perlu membantu mereka memilih apa yang terbaik buat diri mereka sendiri. 

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Instagram: Dr. Amalina Bakri

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Stres Bila Anak Suka Conteng & Koyak Buku, Ia Proses Pupuk Minat Membaca!

Baca juga: 5 Teknik Ajar Anak Suka Membaca Melalui Aktiviti Harian, Boleh Dipraktikkan Sejak Kecil!

Baca juga: Hobi Membaca Buku Membolehkan Anak Kenal 1.8 Juta Perkataan Dalam 20 Minit!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Dr Amalina Kongsi Tips Pupuk Amalan Membaca Sejak Kecil Tanpa Paksaan
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham