10 Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri Mengikut Sunnah Nabi Yang Dikongsi Oleh JAKIM

Amalan sunat hari raya Aidilfitri adalah 1)Menghidupkan Malam, 2) Mandi Sunat Hari Raya, 3) Mengemaskan Diri, 4) Membanyakkan Takbir

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Ia bukan sahaja disambut dengan penuh kegembiraan, tetapi juga merupakan peluang untuk mengamalkan sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Ada 10 amalan sunat hari raya yang boleh anda lakukan bagi mendapatkan keberkatan dan pahala.

10 Amalan Sunat Hari Raya Mengikut Sunnah Nabi

Berikut adalah 10 amalan sunat Hari Raya Aidilfitri mengikut JAKIM:

1. Menghidupkan Malam Hari Raya

Amalan sunat hari raya perlulah bermula dengan menghidupkan malam hari raya.

Umat Islam digalakkan untuk menghidupkan malam Hari Raya Aidilfitri dengan beribadah dan berdoa. Amalan ini boleh dilakukan melalui:

  • Solat sunat seperti solat sunat tahajud, tasbih, dan hajat

  • Membaca al-Quran bagi meningkatkan ketakwaan

  • Berzikir dan berselawat memuji kebesaran Allah SWT

  • Memohon keampunan dan berdoa agar diterima segala amal ibadah sepanjang Ramadan

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan

Amalan ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan beribadah, maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana hati-hati manusia akan mati.”- (Hadis Riwayat Ibn Majah)

2. Mandi Sunat Hari Raya

Mandi sunat Aidilfitri selalu dilakukan pada pagi rayasebelum solat Hari Raya. Tujuan mandi sunat ini adalah untuk membersihkan diri dan menyambut Aidilfitri dalam keadaan suci serta bersiap sedia untuk menghadiri solat Hari Raya.

Berikut niat mandi sunat hari raya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِعِيْدِ اْلفِطْرِ سُنَّةً لِلهِ تَعَالَى

“Sahaja aku mandi sunat Aidilfitri kerana Allah Taala”. Cara mandi pula adalah seperti biasa. Ratakan air ke seluruh anggota badan.

3. Mengemaskan Diri

Amalan sunat hari raya seterusnya adalah mengemaskan diri. Islam amat menekankan aspek kebersihan dan kekemasan. Pada Hari Raya Aidilfitri, umat Islam dianjurkan untuk:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Mencukur bulu-bulu yang perlu seperti bulu ketiak dan bulu kemaluan

  • Mengetip kuku agar sentiasa kelihatan kemas dan bersih

  • Merapikan janggut dan rambut bagi lelaki agar kelihatan lebih terurus

Ini selaras dengan hadis Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan.”- (Hadis Riwayat Muslim)

4. Memperbanyakkan Takbir

Takbir Hari Raya adalah tanda kesyukuran kepada Allah SWT setelah sebulan menjalani ibadah puasa. Ia bermula dari terbenam matahari pada malam terakhir Ramadan sehingga sebelum solat sunat Hari Raya. Umat Islam digalakkan memperbanyakkan takbir sebagai tanda kebesaran Allah SWT.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bacaan takbir Hari Raya: “Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illallah, Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa lillahil hamd.”

5. Memakai Pakaian Yang Terbaik

Amalan sunat hari raya adalah mengenakan pakaian terbaik.  Rasulullah SAW menganjurkan umat Islam untuk memakai pakaian terbaik pada Hari Raya, walaupun tidak semestinya pakaian baharu. Pakaian yang dipilih haruslah bersih, sopan dan menutup aurat.

Sabda Rasulullah SAW:

“Pakailah pakaian terbaik yang kamu miliki pada dua hari raya.”- (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

6. Berwangi-wangian dan Berhias

Amalan memakai wangian dan berhias dianjurkan kepada lelaki dan wanita. Namun, bagi wanita, pemakaian wangi-wangian hendaklah dilakukan dengan sederhana dan tidak berlebihan, terutama jika akan berada di tempat awam.

7. Menjamah Makanan Sebelum Solat Hari Raya

Amalan sunat hari raya seterusnya adalah menjamah makanan sebelum solat hari raya. Rasulullah SAW sendiri mengamalkan memakan beberapa biji kurma dalam jumlah ganjil sebelum solat sebagai tanda telah berbuka puasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hadis Rasulullah SAW:

“Nabi SAW tidak keluar untuk solat Aidilfitri sehingga Baginda makan beberapa biji kurma dalam bilangan yang ganjil.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

8. Menunaikan Solat Hari Raya

Solat sunat Hari Raya Aidilfitri boleh dilakukan sama ada di masjid, surau, atau di rumah sekiranya terdapat halangan seperti wabak atau uzur syarie. Solat ini dilaksanakan secara berjemaah dan diikuti dengan khutbah Hari Raya.

9. Pergi dan Pulang Masjid Menggunakan Jalan Berbeza

Sekiranya menunaikan solat Hari Raya di masjid atau surau, disunatkan untuk pergi dan pulang melalui jalan yang berbeza. Amalan ini bertujuan untuk:

  • Bertemu dan memberi salam kepada lebih ramai orang

  • Meluaskan lagi hubungan silaturahim

  • Mendapat lebih banyak keberkatan dalam perjalanan

Hadis Rasulullah SAW:

“Nabi SAW apabila pergi solat Hari Raya, Baginda melalui jalan yang berbeza ketika pulang.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

10. Mengucapkan Tahniah dan Mendoakan Kebaikan

Amalan sunat hari raya yang terakhir adalah mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan antara satu sama lain.

Ucapan raya yang disarankan:

  • Taqabbalallahu minna wa minkum (Semoga Allah menerima amal ibadah kita dan kamu).

  • Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

  • Eid Mubarak!

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri bukan sekadar untuk bergembira, namun juga satu kesempatan untuk meningkatkan amal ibadah dan menyempurnakan amalan sunnah. Dengan mengamalkan 10 amalan sunat Hari Raya Aidilfitri ini, umat Islam dapat menyambut hari kemenangan dengan lebih bermakna, penuh keberkatan, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 8 Produk Terbaik Setiap Ibu Wajib Ada Untuk Memeriahkan Hari Raya Aidilfitri Anda Tahun Ini!

Baca juga: Variasi Kek Sedap & Mudah Untuk Santapan Di Hari Raya, Buat Last Minute Pun Sempat!

Baca juga: Ingat Tak Lagi 5 Tradisi Hari Raya Ini? Bila Teringat Balik, Pasti Menggamit Memori!