X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

9 cara memberi sokongan pada ibu bapa yang baru tahu anak mereka autistik

4 min bacaan
9 cara memberi sokongan pada ibu bapa yang baru tahu anak mereka autistik

Jika anda mempunyai kawan atau keluarga yang baru menerima berita anak mereka anak autistik, ini antara 9 cara anda boleh memberi sokongan pada mereka. Mereka sebenarnya amat memerlukan sokongan ini...

Jika anda mempunyai kawan, saudara-mara atau keluarga dengan anak autistik, ini adalah 9 cara anda boleh memberi sokongan pada mereka. Percayalah, autisme bukan satu gangguan yang patut dimalukan. 

Jangan hiraukan kata-kata orang lain dan dapatkan sokongan yang sepatutnya. 

1. Suruh mereka dapatkan sokongan dari organisasi

anak autistik

Mari memberi sokongan kepada ibu bapa dengan anak autistik

Galakkan mereka untuk mendapatkan sumber maklumat, sokongan serta perkhidmatan sosial dari organisasi yang menyokong dan mendidik masyarakat tentang autisme.

Apabila ibu bapa berkerjasama dengan pendidik terlatih yang boleh mengendalikan anak autistik, semua orang akan mendapat faedah. Antara organisasi di Malaysia yang boleh dihubungi adalah:

  • NASOM
  • Parents’ Resource for Autism Malaysia
  • Autism Malaysia
  • Hua Ming

2. Beri sokongan positif pada mereka

Ibu bapa yang mempunyai anak autistik perlu mendengar kata-kata positif mengenai anak mereka.

Banyak kali guru-guru dan pakar perubatan akan memberitahu mereka apa yang anak tidak dapat melakukan sesuatu kerana gangguan autisme itu.

Ketahuilah, sebenarnya, ibu bapa ini amat memerlukan rakan yang tahu cabaran yang mereka harungi sekian lama ini dan anda patut terus memberi kata-kata dorongan.

3. Teman mereka ke pertemuan ibu bapa

anak autistik

Banyak nasihat boleh diperolehi daripada kumpulan ibu bapa autisme tempatan, di mana ibu bapa boleh berkongsi pengalaman dengan selesa.

Tetapi jika rakan anda berasa malu atau “segan” untuk memasuki dunia kanak-kanak berkeperluan khas, beri sokongan pada mereka dengan menemaninya ke pertemuan pertama.

Selepas itu, mungkin mereka tidak akan berasa segan lagi.

4. Bantu mereka apabila ada orang menghakimi anak autistik

Orang ramai cepat memberi komen jika anak tiba-tiba membuat perangai. Rakan anda mungkin sudah letih dengan perangai orang yang suka menghakimi tanpa mengetahui sama ada anak itu anak autistik atau tidak.

Jika anda bersamanya pada masa itu, anda boleh menjadi orang yang menawarkan penjelasan kepada mereka-mereka ini dengan cara yang tenang.

Semoga dengan bantuan anda tersebut, ibu bapa kepada anak autistik dapat merasakan yang ada orang “memahami” konsep sebenar autisme tanpa membuta-tuli menghukum.

5. Jaga anak mereka untuk seketika supaya mereka boleh tidur

anak autistik

Ibu bapa yang mempunyai anak autistik selalu kekurangan tidur dan rehat yang cukup.

Ini boleh menjejaskan kesihatan fizikal, mental dan emosi ibu bapa itu. Jika anak mereka rasa selesa dengan anda, anda boleh memberi bantuan dengan menjaga anak mereka buat seketika supaya mereka dapat rehat yang diperlukan.

6. Stimming (kelakuan anak autistik) adalah perkara biasa

Apabila anak autistik semakin besar, kelakuan mereka mungkin berubah dan akan lebih ketara. Kelakuan seperti rocking, flapping hands atau bouncing (lebih dikenali juga sebagai stimming) mungkin akan menarik perhatian orang ramai pada anak mereka.

Ibu bapa itu mungkin rasa malu dengan kelakuan anak mereka dan cuba memberhentikannya. Tapi stimming bukan tabiat yang tidak baik; ia boleh memberikan petunjuk emosi bagi anak autistik.

7. Sediakan beg mainan semasa aktiviti keluarga

memberi sokongan kepada ibu bapa dengan anak autistik

Ibu bapa mungkin akan menghadapi banyak cabaran apabila membawa anak autistik ke kenduri atau makan bersama-sama dengan rakan.

Anda boleh menghulurkan bantuan dengan menyediakan beg barang mainan seperti spinner, belon dan mainan regang untuk mengalih perhatian anak autistik.

Dengan adanya beg ini, rakan anda mungkin boleh menikmati masa bersama keluarga dengan lebih lama daripada terpaksa risau dengan keadaan anak mereka.

8. Jangan berhenti ajak ibu bapa dengan anak autistik keluar makan

Biarpun kehidupan seorang ibu dengan anak autistik sangat mencabar, tapi anda janganlah berhenti mengajak rakan anda itu keluar.

 Sentiasa ingatkan rakan anda yang dia adalah rakan yang bernilai, dan anda menghargai usaha dia untuk meluangkan masa dengan anda.

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Adakah Pertumbuhan Anak Anda Terbantut? Ini Yang Anda Perlu Tahu
Adakah Pertumbuhan Anak Anda Terbantut? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Kadang-kadang, setelah seharian dihukum dan tidak difahami kerana mempunyai anak autistik, ibu bapa ini hanya mahu rasa dihargai oleh seseorang.

9. Hidup untuk hari ini

memberi sokongan kepada ibu bapa dengan anak autistik

Galakkan rakan anda untuk menikmati masa bersama keluarga sekarang dan jangan terlalu bimbang tentang masa depan anak. Ini hanya akan menghabiskan tenaga mereka untuk hari itu saja.

Kita tidak boleh meramalkan masa depan. Anak-anak ini boleh mengejutkan kita dengan perkembangan mereka.

Ibu bapa yang akan melakukan apa saja dengan tenang dan dengan penuh kasih sayang adalah perkara yang paling penting untuk membesarkan anak autistik yang bahagia. 

Mari sama-sama kita memberi sokongan kepada ibu bapa dan anak-anak autisme, ya!

 

 

 

 

 

Sumber: The Guardian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

Anak Autisme Saya Beritahu Dia Lapar dengan Menunjukkan Lokasi Restoran Pada Google Street View

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan kanak-kanak
  • /
  • 9 cara memberi sokongan pada ibu bapa yang baru tahu anak mereka autistik
Kongsikan:
  • 7 Tips Bawa Anak Solat Tarawih Di Masjid, Ini Panduan Untuk Elak Ganggu Orang Lain

    7 Tips Bawa Anak Solat Tarawih Di Masjid, Ini Panduan Untuk Elak Ganggu Orang Lain

  • 8 perkara ibu bapa dengan anak autisme ingin anda tahu

    8 perkara ibu bapa dengan anak autisme ingin anda tahu

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • 7 Tips Bawa Anak Solat Tarawih Di Masjid, Ini Panduan Untuk Elak Ganggu Orang Lain

    7 Tips Bawa Anak Solat Tarawih Di Masjid, Ini Panduan Untuk Elak Ganggu Orang Lain

  • 8 perkara ibu bapa dengan anak autisme ingin anda tahu

    8 perkara ibu bapa dengan anak autisme ingin anda tahu

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.