TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kenapa Anak Boleh Jadi Biadap & Degil? Ini 5 Sebab Yang Parent Perlu Tahu!

4 min bacaan
Kenapa Anak Boleh Jadi Biadap & Degil? Ini 5 Sebab Yang Parent Perlu Tahu!

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana anak yang masih terlalu kecil boleh jadi biadap dan degil. Dari mana dia adaptasi perkara itu?

Mungkin zaman dulu ramai saja budak-budak yang bertindak luar kawalan tetapi tidak ditularkan. Tetapi zaman kini kita lihat semakin ramai budak yang tingkah lakunya biadap walaupun pada usia yang masih kecil.

Adakah salah anak ini ia jadi begitu? Apakah sebabnya walaupun masih kecil, tetapi sudah jadi sangat biadap malah perbuatannya itu seolah-olah tidak sesuai dengan usianya yang masih terlalu kecil.

Siapa saja yang tidak rasa penat terpaksa memekik dan menjerit kepada anak setiap kali dia buat salah. Kadang-kadang bukan sengaja tetapi sudah tidak mampu tahan diri daripada buat perkara sedemikian. Tetapi apa pun, sebenarnya tindakan ibu ayah itu yang akan menentukan sama ada anak itu semakin elok perangainya atau sebaliknya.

Anak jadi biadap & degil? Ini sebab yang parent perlu tahu

biadap

Mahu tidak mahu, kita sebagai ibu bapa perlu juga menghadap perangai anak sendiri yang ternyata menguji kesabaran. Mustahil boleh dibiarkan saja perangai anak itu kerana semakin mereka dewasa semakin susah untuk dilentur.

Jadi, adalah lebih baik kita tahu sebabnya supaya mudah untuk dibentuk dan dilentur kembali dan dia tidak tersasar jauh dalam perangai atau kelakuan yang sudah pasti tidak digemari ramai.

Adakah anda mahu anak tidak digemari ramai kerana perangainya yang dia sendiri mungkin tidak sedar pun?

#1. Dia dalam fasa egocentric

Dalam umur 2-4 tahun ni anak kita dalam fasa egocentric iaitu masih mendapat perhatian ramai lagi. Pada usia ini masih boleh dipertimbangkan lagi. Pada taha ini mungkin dia nampak macam biadap, tetapi sebenarnya anak ini sedang membina karakter diri.

Kita perlu bersabar dan tenang tetapi jangan pula sampai tidak tegur.

Kalau anak biadap, pastikan anda ada sebab kenapa perbuatan dia itu salah. Jangan tegur tanpa beritahu kenapa perbuatan itu salah. Dia akan lebih tertanya-tanya dan terus buat perangai sama jika dia rasa dia betul. 

#2. Dia rasa tak selamat

biadap

Ada kemungkinan bila anda teremosi lebih sehingga buat anak rasa tidak selamat. Itulah yan menjadi punca trust atau kepercayaan anak pada kita jadi hancur.

Semasa anak kecil, inilah masa yang perlu untuk dia ada seseorang yang dia percaya. Bila dia rasa tidak selamat saja, otak anak akan bertindak balas dengan 3F iaitu:

Fight (melawan) : ini adalah antara punca biadap

Flight: dia akan jadi penakut dan pasif

Freeze : anak jadi keliru dan pendiam

#3. Pengaruh luaran

Ibu ayah sebenarnya tempat paling mudah anak terpengaruh. Tetapi apabila kita kurang masa bersama anak, selalu sibuk dan mungkin hanya menghadap handphone setiap masa, maka anak akan cari sumber lain untuk dia ikuti.

Itulah yang membuatkan anak mudah terpengaruh dengan anasir luar yang tidak baik malah dia boleh juga terpengaruh dengan Youtube atau apa juga video tidak baik yang dia boleh tonton di internet. 

#4. Ibu ayah pendengar yang teruk

Boleh jadi anda sebenarnya adalah pendengar yang teruk. Anak ini jadi biadap kerana kadang kala sebab dia rasa dia tidak didengari. Jadi itu sajalah salah satu cara anak untuk berkomunikasi dengan kita dan mahu beritahu kita sesuatu walaupun sebenarnya cara itu salah. 

Salah kita juga sebab tidak tahu baca emosi anak. Adakalanya dia perlukan penghargaan kita dan ada masanya dia mahu kita puji pencapaian dia. Tapi kita tidak cuba dengar dan hanya sibuk dengan diri kita saja. 

#5. Mirroring

biadap

Anak kecil adalah peniru yang sangat hebat. Bila dia mungkin pernah nampak kita biadap dengan orang lain, dia akan tiru! Bila dia nampak kita kurang hormat pada suami, dia akan tiru.

Bila dia nampak ayahnya kurang hormat pada ibu, dia rasa tak salah dan tiru. Jadii hati-hatilah dengan setiap perlakuan anda di depan anak kerana mereka adalah peniru yang sangat hebat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Didik Anak Menjadi Lelaki Sejati – Bakal Menantu Anda akan Berterima Kasih!

Baca juga: Ibu Berjaya Didik Anak Jadi CEO & Doktor, Dan Dedahkan Kesilapan Terbesar Parents Dalam Didik Anak!

Baca juga: 7 Tabiat Yang MEROSAKKAN Anak, Ibu Ayah Jangan Salah Didik Anak Ya!

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Kenapa Anak Boleh Jadi Biadap & Degil? Ini 5 Sebab Yang Parent Perlu Tahu!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham