Ramai ibu disaran selalu amalkan surah Yusuf untuk ibu hamil bagi memudahkan proses bersalin dan ada juga mempercayai sebagai ikhtiar mendapatkan anak yang cantik rupa paras.
Walaupun tiada rujukan khusus dalam hadis atau Al-Qur’an yang menyatakan Surah Yusuf dikhaskan untuk wanita hamil, membaca dan merenung ayat-ayat Al-Quran secara umum dapat memberikan ketenangan dan keberkatan.
Isi Kandungan
Surah Yusuf Untuk Ibu Hamil
Surah Yusuf adalah surah kedua belas dalam Al-Quran. Surat yang terdiri dari 112 ayat ini diturunkan di Makkah atau disebut surah Makkiyah. Apakah keistimewaan surah Yusuf yang membezakannya dengan surat-surat lain dalam Al-Quran?
Keistimewaan surat Yusuf adalah semua ayatnya membahas tentang biografi seorang nabi saja, yaitu Nabi Yusuf. Ini berbeza dengan surah lain dalam Al-Quran.
Maksud surah Yusuf ialah menceritakan perjalanan hidup Nabi Yusuf dalam melaksanakan dan melaksanakan amanat sebagai rasul Allah.
Dalam kisah perjalanan hidupnya, banyak pengajaran yang boleh kita ambil. Terutama ciri-ciri Nabi Yusuf yang mencerminkan kebaikan.
Jika tidak mampu hafal keseluruhan surah, ada beberapa surah Yusuf untuk ibu hamil yang boleh anda amalkan selalui iaitu:
Surah Yusuf Ayat 4
Sesiapa yang ingin dicintai dan disukai ramai orang, maka amalkan membaca surah yusuf ayat 4 sekurang-kurangnya tiga kali. Jadi, membaca surat Yusuf ketika hamil sekaligus merupakan doa yang baik agar ramai yang menyayangi si kecil.
Bacaan surah Yusuf ayat 4 tersebut ialah:
إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَٰٓأَبَ
“Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan, aku melihat semuanya sujud kepadaku” (QS. Yusuf: 4)
Surah Yusuf Ayat 68
Bagi ibu ayah yang ingin memiliki anak soleh dan solehah, maka biasakanlah membaca Surah Yusuf ayat 68 secara istiqomah dan ikhlas setelah selesai solat fardhu. Bacaan ayat tersebut ialah:
وَلَمَّا دَخَلُوا۟ مِنْ حَيْثُ أَمَرَهُمْ أَبُوهُم مَّا كَانَ يُغْنِى عَنْهُم مِّنَ ٱللَّهِ مِن شَىْءٍ إِلَّا حَاجَةً فِى نَفْسِ يَعْقُوبَ قَضَىٰهَا ۚ وَإِنَّهُۥ لَذُو عِلْمٍ لِّمَا عَلَّمْنَٰهُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Maksudnya:
“Dan apabila mereka masuk menurut apa yang diperintahkan ayah mereka, maka (cara yang mereka lakukan itu) tidak melepaskan mereka sedikitpun dari takdir Allah, tetapi yang telah ditetapkannya pada Yaakub. Dan sesungguhnya dia mempunyai ilmu, kerana Kami telah mengajarnya. Tetapi kebanyakan orang tidak tahu.” (QS. Yusuf: 68)
Bila Waktu Terbaik Amal Surah Yusuf Ibu Mengandung
Dalam Islam tidak ada ketentuan khusus mengenai waktu-waktu tertentu atau syarat-syarat khusus ketika membaca Surah Yusuf ketika hamil.
Membaca Al-Quran termasuk Surah Yusuf boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja, mengikut keadaan dan peluang yang ada. Berikut adalah beberapa waktu yang umumnya dianggap baik untuk membaca Al-Qur’an, antara lain Surah Yusuf:
- Selepas Solat: Ramai orang Islam membaca Al-Quran selepas selesai solat fardhu. Ini boleh menjadi masa yang baik untuk membaca Surah Yusuf atau surah lain dalam Al-Quran.
- Sebelum Tidur: Ada yang memilih membaca Al-Quran sebelum tidur. Ini boleh menjadi masa yang tenang dan damai untuk merenung maksud ayat-ayat tersebut.
- Pagi atau Petang: Sesetengah orang merasakan membaca Al-Quran pada waktu pagi atau petang dapat memberikan semangat dan ketenangan untuk hari hadapan atau selepas aktiviti seharian.
- Ketika Dalam Keadaan Tawakal dan Solat: Ketika hamil, membaca Surah Yusuf atau bahagian lain Al-Quran sambil berdoa dan berserah kepada Allah boleh menjadi saat yang sangat bermakna.
Kelebihan Surah Yusuf Untuk Ibu Hamil
Seperti surah-surah lain dalam al-quran, Surah Yusuf juga memiliki kelebihan tersendiri untuk ibu hamil melibatkan aspek keberkatan, ketenangan dan keselamatan.
Berikut beberapa kelebihan surah Yusuf jika diamalkan selalu:
- Keberkatan dan Perlindungan: Ramai orang percaya bahawa membaca Surah Yusuf boleh membawa rahmat dan perlindungan daripada bahaya, termasuk perlindungan untuk kesihatan dan keselamatan ibu hamil dan janin.
- Ketenangan Hati: Surah Yusuf mengandungi kisah-kisah yang penuh hikmah dan pengajaran moral. Membaca surah ini boleh membantu ibu hamil untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan hati.
- Doa Untuk Anak Yang Baik: Surah Yusuf mengisahkan tentang keluarga Nabi Yusuf AS dan bagaimana Allah memberinya zuriat yang baik. Membaca surah ini boleh dikira sebagai doa mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah.
- Merangsang Otak dan Emosi Janin: Membaca Al-Quran khususnya surat Yusuf dapat merangsang kecerdasan otak anak dan juga merangsang emosi anak ke arah yang lebih baik. Penyelidikan yang dibentangkan pada seminar kaunseling dan psikoterapi Islam di Malaysia, mendapati bayi berusia 48 jam yang didengari ayat-ayat al-Quran daripada perakam pita menunjukkan senyuman dan tindak balas yang lebih tenang.
Sebaliknya, hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa ibu yang sering mendengar bacaan al-Quran kepada janinnya mampu merangsang sel otak janin. Sejak awal lagi, isipadu otak janin telah ditentukan oleh gen setiap individu. Namun, pemberian rangsangan kepada janin boleh mencetuskan otak untuk bekerja lebih optimum.
Amalan Surah Yusuf Untuk Ibu Mengandung
Menerusi perkongsian sebuah video di TikTok, Hajah Sutiah memberitahu bahawa dirinya sering membacakan Surah Yusuf ketika hamil untuk diperdengarkan kepada bayi sulungnya dalam kandungan.
Selepas melahirkan Hujjatul Haq AL Karimiy pada Februari lalu, wanita berusia 21 tahun itu meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila anaknya itu dikurniakan wajah yang disifatkan ‘tampan’.
@hajahhhh123 Rajin baca surah Yusuf pas lagi hamil 😇 subhanallah kekuatan al-Quran 💞#alquran #surahyusuf #surahmaryam ♬ Surah Yusuf • سورة يُوسُف – Ustaz Khairul Anuar Al-Hafiz
“Rajin baca surah Yusuf ketika hamil. Subhanallah kekuatan al-Quran,” tulisnya ringkas.
Video pendek berdurasi 20 saat itu memaparkan wajah anaknya yang ‘kacak’, putih mulus serta pipi kemerahan sehingga menarik perhatian warganet untuk ditonton lebih 9.3 juta kali.
Amalan Ibu Mengandung Yang Lain
#1. Makan banyak buah-buahan
Seorang ibu berkongsi pengalamannya:
Ikut saya dulu ketika mengandung saya banyak amalkan makan buah-buahan. Epal terutamanya. Dan nak dijadikan cerita petua ni daripada mak saya sendiri, disebabkan saya pelik mengapa kakak sulung saya putih melepak dan adik beradik lain termasuk saya, beshe-beshe je?
Jadi mak saya pun terangkanlah, ketika kehamilan pertamanya dulu dia ekstra rajin makan buah, terutama buah epal. Sebab bapa saya juga memang selalu belikan buah epal, biasalah mengandung anak pertama, sangguplah beli buah mahal (epal dulu kira mahal ya).
Kemudian masuk kehamilan kedua dan seterusnya amalan beria begitu jadi berkuranglah.
#2. Makan kismis dan kurma
Selain boleh banyakkan susu badan ia juga bagus untuk otak bayi berkembang. Sebab itu bila kita time nak ambil peperiksaan dulu mak ayah selalu bekalkan kismis minda. Memang elok tau untuk minda berkembang.
#3. Minum air kelapa
Ini tak boleh diamalkan ketika awal kandungan. Tunggu hujung-hujung macam dalam trimester ketiga tu boleh start. Memang sedap air kelapa ni minum sejuk-sejuk, kita pula time pregnant memang tekak teringin je benda sejuka kan.
Nanti bayi bila lahir kulitnya bersih, putih gebu. Jadi elok amalkan bila dah hujung-hujung nak bersalin nanti. Selain itu air kelapa ni memang banyak khasiatnya, boleh sejukkan badan juga.
#4. Minum sarang burung
Ini mungkin ramai ibu-ibu yang ragu-ragu elok ke minum herba ketika mengandung. Jangan risau, sarang burung ni bukanlah herba. Dia sebenarnya lebih kepada tumbuhan semula jadi. Sedap tau, tapi jangan beli yang banyak kandungan gula, tak pasal-pasal GDM ketika hamil pula.
Sarang burung ni elok untuk kuatkan badan bayi dari dalam rahim lagi. Boleh amalkan pada awal kehamilan.
#6. Minum air soya
Ini juga antara petua daripada mak. Mak kata dulu hari-hari minum air soya, anak nanti lahir gebu je. Tapi soya sekarang ada macam-macam jenis, jadi banyakla campuran yang tak elok, pastikan anda beli soya asli dan kurang gula.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Mak Cantik, Anak Comel, Ini Himpunan Nama Bayi Selebriti
Baca juga: Amalan Hamil Rasulullah, Ibu Lakukan Ini Jika Mahu Anak Berbudi Pekerti & Cerdik
Baca juga: Amalan Berpantang Di Luar Negara Yang Cukup Unik, Ibu Dilayan Istimewa Seperti Bayi!