X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Adakah Salah Kalau Ibu Ayah Ada Anak Emas? Hati-Hati Ya Parents, Takut Anak Lain Terasa Hati

7 min bacaan
Adakah Salah Kalau Ibu Ayah Ada Anak Emas? Hati-Hati Ya Parents, Takut Anak Lain Terasa Hati

Anak emas adalah anak kegemaran ibu atau ayah dan biasanya mereka ini dikatakan sering mendapat layanan istimewa.

Simpulan bahasa anak emas biasanya mengaitkan dengan seseorang itu disukai tidak kira sama ada dalam institusi kekeluargaan atau di tempat kerja.

Mereka yang digelar anak emas ini biasanya orang yang nampak dikasihi dan disayangi lebih oleh ibu ayahnya atau majikannya mungkin kerana dia memang yang terbaik atau pandai membodek dan sebagainya.

Namun sebagai manusia, tidak boleh dinafikan kita akan mudah tertarik dengan benda yang menggembirakan hati tidak kira atas sebab apa sekalipun sama ada rupa paras, perwatakan baik dan sebagainya. Jadi adakah salah jika anda sebagai ibu ayah mempunyai anak kegemaran?

Isi Kandungan

  • Apa Itu Anak Emas
  • Adakah Tidak Elok Jika Ibu Ayah Punyai Anak Emas
  • Mengapa Ibu Ayah Mempunyai Anak Kegemaran (Fav Child)?
  • Efek Kepada Anak-Anak Lain

Apa Itu Anak Emas

anak emas

Jadi adalah jika memiliki anak emas maksud keadaan itu membawa kepada anda sebenarnya sedang berlaku tidak adil kepada anak-anak yang lain?

Ada juga yang menggelar anak emas ini sebagai anak manja ibu ayah. Tanpa mengira sebabnya, beberapa kajian menunjukkan ramai ibu ayah hampir pasti mempunyai kegemaran sama ada mereka mengakuinya atau tidak.

Walaupun sesetengah keluarga membuat jenaka tentang mempunyai anak kegemaran, kebanyakan ibu ayah akan menafikan secara terbuka menyukai seorang anak lebih baik daripada yang lain.

Tetapi sebenarnya, jauh di lubuk hati, ramai ibu ayah memang mempunyai anak kesayangan. Satu kajian mengkaji di United Kingdom terhadap 384 keluarga di mana adik-beradik dilahirkan dalam tempoh empat tahun antara satu sama lain.

Ia mendapati bahawa 74% ibu dan 70% ayah menunjukkan layanan keutamaan dan keistimewaan terhadap seorang anak.

Menurut ahli terapi perkahwinan dan keluarga, Dr Paul Hokemeyer dari California adalah masuk akal dari segi psikologi untuk membina ikatan yang lebih kukuh dengan salah seorang anak anda, terutamanya dengan anak yang paling serupa dengan anda.

Ini kerana, ibu ayah adalah manusia dan kita lebih tertarik kepada orang lain yang mengesahkan dan menyokong kami. 

Adakah Tidak Elok Jika Ibu Ayah Punyai Anak Emas

anak emas

Dengan mempunyai anak yang anda rasa anda lebih sayang, tidak bermakna anda kurang menyayangi anak lain. 

Tetapi hanya kerana situasi seperti ini dianggap jenaka dan biasa, itu tidak bermakna menunjukkan yang anda memberi keistimewaan atau keutamaan terhadap satu-satu anak adalah elok. 

Perkara ini mungkin boleh mendatangkan kesan buruk berpanjangan kepada anak-anak yang lain.

Oleh itu, jangan membebankan diri jika anda mempunyai anak kesayangan. Pastikan anak-anak anda tahu bahawa anda mempunyai kasih sayang dan sokongan yang sama rata dan idak terhad kepada mereka semua.

Anda boleh mengekalkan hubungan yang sihat dan adil dengan semua orang walaupun anda benar-benar mempunyai anak kesayangan.

Mengapa Ibu Ayah Mempunyai Anak Kegemaran (Fav Child)?

Ia mungkin tidak selesa untuk mengakui walaupun kepada diri sendiri bahawa anda tertarik dan lebih menyukai anak tertentu berbanding anak-anak lain. Itu memang sudah menjadi sifat semulajadi seseorang manusia.

Tetapi berpura-pura ia tidak berlaku tidak akan mengubah perasaan anda. Anda tidak perlu malu kerana pilih kasih ibu ayah adalah perkara biasa namun jangan biarkan keutamaan itu mengaburkan tugas keibubapaan anda.

Jika anda merasakan anda sedang mengalaminya, berusahalah mengukuhkan ikatan dengan anak yang lain juga. Perlu diingat juga, keistimewaan ini mungkin tidak kekal selamanya kerana seorang kanak-kanak melalui fasa yang membawa kepada perubahan dalam mood atau tingkah laku, anda mungkin berasa seolah-olah lebih mudah untuk bergaul dengan anak-anak yang lain di masa nanti.

Jadi, walaupun anda mungkin merasakan anda mempunyai anak kegemaran sekarang, anak kegemaran anda mungkin berubah dari semasa ke semasa.

Apabila anda menafikan perasaan anda atau berpura-pura ia tidak berlaku, anda mungkin secara tidak sengaja menunjukkan sikap pilih kasih.

Jika anda mengakui kepada diri sendiri perasaan anda, anda boleh mengambil langkah untuk memastikan bahawa semua anak anda berasa disayangi dan diterima tanpa memilih anak sebagai kegemaran anda.

Efek Kepada Anak-Anak Lain

anak emas

Keadaan ini seperti yang disebut sebelum ini pasti akan memberi kesan kepada anak-anak lain. Mungkin ada yang rasa dipinggirkan dan rasa mendapat layanan tidak adil daripada ibu ayah.

Anak-anak ini mungkin boleh memberontak dan menunjukkan tanda tidak puas hati mereka dengan membuat perkara yang lebih tidak disukai oleh ibu ayah.

Pada mereka, sudah alang-alang tidak disayangi seperti sepatutnya, lebih baik memberontak saja. 

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Jadi apa yang anda boleh buat supaya tiada rasa terpinggir atau pilih kasih kepada anak-anak supaya keluarga sentiasa aman dan harmoni walaupun pada hakikatnya perasaan manusia itu memang tidak boleh dinafikan untuk lebih menyukai sesuatu. 

#1. Luangkan masa one to one dengan setiap anak

Selalunya lebih mudah untuk meluangkan masa dengan anak kegemaran. Anda mungkin bergaul dengan baik, mempunyai konflik yang terhad, dan hanya menikmati apa yang anda berdua suka. Anda juga mungkin berkongsi minat dan hobi yang sama.

Jadi, masa berkualiti bersama mungkin berlaku secara semula jadi tanpa perlu merancangnya.

Ia memerlukan lebih banyak usaha untuk meluangkan masa dengan kanak-kanak yang minatnya di luar zon selesa anda. Bagaimana jika anak anda suka bermain sukan yang anda tidak fahami? Atau mereka minat dengan sejarah, tetapi anda boleh kurang mengambil berat mengenainya.

Dalam keadaan ini, anda perlu melangkah ke dalam dunia anak anda dan secara proaktif mencipta peluang untuk satu-satu masa. Rancang tarikh istimewa bersama-sama, sekurang-kurangnya sekali sebulan, dengan setiap anak. Biarkan mereka mengawal aktiviti yang anda lakukan. 

#2. Adil

Periksa peraturan dan akibat yang anda ada untuk keluarga dan setiap anak. Ada kemungkinan anda membuat pengecualian untuk anak kegemaran anda atau menawarkan keistimewaan tambahan tanpa disedari.

Jika anak kegemaran anda terlupa melakukan kerja, mungkin dia mendapat pelepasan. Pastikan perkara seperti ini tidak berlaku. Apa juga sebab dan akibat perlu sama rata untuk semua anak. 

Sudah tentu, bersikap adil tidak bermakna perkara akan sentiasa sama. Jangkaan anda tentang perkara-perkara seperti waktu tidur, tanggungjawab dan tugasan hendaklah berdasarkan umur dan tahap kematangan anak anda. Hanya pastikan ada sebab logik di sebalik peraturan dan akibat yang anda tetapkan.

#3. Raikan kelakuan baik daripada semua orang

Anda mungkin mendapati diri anda paling kerap memuji anak kegemaran anda. Tetapi adalah penting untuk memuji tingkah laku yang baik daripada semua anak anda.

Berikan pujian anda tentang tingkah laku khusus yang anda ingin lihat. Pujian bukan sahaja akan membantu mereka berasa baik, tetapi anda juga akan menunjukkan bahawa anda menghargai tingkah laku mereka yang boleh mengurangkan kecurigaan mereka bahawa anda memihak kepada adik beradik yang lain. 

#4. Jujur mengenai persamaan

Mungkin boleh beritahu sebab apa anda selalu luangkan masa dengan anak tertentu mungkin kerana berkongsi minat dan sebagainya. Tetapi jangan terhenti di situ, katakan pada mereka anda boleh melakukan aktiviti bersmaa mereka dan minta kemukakan cadangan.

Tidak semestinya jika tidak minat anda tidak boleh enjoy. 

Jadi tidak perlu menidakkan dalam diri sendiri jika anda sebenarnya memang mempunyai anak emas atau anak kesayangan, namun pastikan tindak tanduk anda tidak menimbulkan rasa ragu dan iri hati pada anak-anak yang lain. 

  1. verywellfamily (June 6, 2022) What to Do When You Have a Favorite Kid www.verywellfamily.com/what-to-do-when-you-really-have-a-favorite-kid-4783057
  2. purewow (February 12, 2020) Is It Bad to Have a Favorite Child? Because I Definitely Do www.purewow.com/family/favorite-child

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 12 Tips Menjadi Ibu Ayah Yang Sabar Mendidik Anak, Tenang… Jangan Marah-Marah

Baca juga: Elak Jadi Ibu Ayah Toksik, Ini Cara Mendidik Anak Umur 7 Tahun Menurut Ajaran Islam

Baca juga: Tips BERKESAN Didik Anak Terima Adik Baru, Yang Penting Ibu Jangan Pinggirkan Mereka!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Adakah Salah Kalau Ibu Ayah Ada Anak Emas? Hati-Hati Ya Parents, Takut Anak Lain Terasa Hati
Kongsikan:
  • Ibu Melahirkan Bayi Besar, Sangka Hanya Berat 4kg Tapi Lepas Bersalin Rupanya 7.3kg!

    Ibu Melahirkan Bayi Besar, Sangka Hanya Berat 4kg Tapi Lepas Bersalin Rupanya 7.3kg!

  • Mata Hitam Bayi Besar, Ibu Kesal Ada Yang Samakannya Dengan Alien Lepas Kongsi Gambar

    Mata Hitam Bayi Besar, Ibu Kesal Ada Yang Samakannya Dengan Alien Lepas Kongsi Gambar

  • Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

    Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

  • Ibu Melahirkan Bayi Besar, Sangka Hanya Berat 4kg Tapi Lepas Bersalin Rupanya 7.3kg!

    Ibu Melahirkan Bayi Besar, Sangka Hanya Berat 4kg Tapi Lepas Bersalin Rupanya 7.3kg!

  • Mata Hitam Bayi Besar, Ibu Kesal Ada Yang Samakannya Dengan Alien Lepas Kongsi Gambar

    Mata Hitam Bayi Besar, Ibu Kesal Ada Yang Samakannya Dengan Alien Lepas Kongsi Gambar

  • Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

    Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.