Nak Anak Gembira Dan Sihat? Keluarga Kena Kurang Guna Teknologi!

lead image

Ketagih guna teknologi nampaknya memberi kesan pada anak-anak. Masalah penyakit mental dan bunuh diri meningkat! Jom baca apa ibu bapa harus buat demi kebahagian anak.

Teknologi ancaman yang memudaratkan

Semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak mereka. Tetapi kebanyakkan ibu bapa tak sedar bahaya yang bakal melanda kita sekeluarga.

Ini mungkin bukan bahaya yang nyata dan jelas, tapi penggunaan teknologi mudah alih yang terlampau banyak berbahaya!

Ramai yang tidak tahu ketagihan teknologi yang satu keluarga kita buat memberi kesan neurologi negatif pada anak.

Sumber gambar : sandhurst

Anda tak percaya? Cuba tengok kadar penyakit mental dan kadar bunuh diri yang semakin meningkat di kalangan generasi muda kini:

Kadar bunuh diri yang tinggi – Kajian mendapati kenaikan sebanyak 100% bilangan kanak-kanak dan remaja yang telah masuk ke hospital akibat cubaan membunuh diri atau mencederaan diri.

Yang lebih menakutkan kanak-kanak ini hanya berumur 10-14 tahun!

Peningkatan ADHD – Sepanjang tahun 2003 dan 2011, kanak-kanak yang didiagnosis dengan ADHD telah meningkat sebanyak 43%.

Remaja dengan gangguan psikologi dan kemurungan – Menurut Institut Kesihatan Mental Negara, lebih daripada 20% rakyat Amerika di bawah umur 18 tahun kini mempunyai “gangguan mental“.

Manakala kadar remaja mendapat kemurungan telah melonjak sebanyak 37%.

Penggunaan teknologi umpama toksin yang mengganggu sistem. Patutlah kajian mengatakan jika anda beri telefon pintar pada anak-anak, ia umpama anda beri dadah kokain!

Baca juga:

Pakar: Beri Telefon Pintar Pada Anak Sama Seperti Beri Dadah Kokain!

Tragedi dalam senyap

Ramai guru dan pakar sedar tentang kewujudan masalah ini. Namun, ibu bapa masih tidak jelas dan mengangap ia satu masalah kecil.

Penggunaan teknologi nyata memberi kesan pada anak-anak.

Kaitan:

Ibu Bapa Yang Kerap Main Telefon Mungkin Punca Anak Buat Perangai!

Kanak-kanak selalu dipengaruh oleh persekitarannya. Apabila ibu bapa kanak-kanak itu bertekad untuk berubah, maka kanak-kanak tersebut juga akan berubah.

Sumber gambar: Bits – The New York Times

Kanak-kanak zaman sekarang selalu mengharapkan teknologi untuk mendapatkan kepuasan segera, dan keseronokan berterusan.

Tahukah anda berapa ramai kanak-kanak hari ini perlu iPad semasa makan? Mereka langsung tidak boleh duduk diam selama 5 minit pun!

Sesetengah kanak-kanak sudah mula menggunakan teknologi sejak mereka bayi lagi! 

Sumber gambar: The New York Times

Di Amerika, kajian menunjukkan bahawa 70% kanak-kanak di bawah usia 12 tahun sudah mula menggunakan tablet, 40% kanak-kanak berumur 2 – 4 tahun selalu kelihatan memegang peranti mudah alih, dan 25% kanak-kanak di antara umur 2 – 5  sudah mempunyai telefon pintar mereka sendiri.

Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa memainkan peranan yang penting apabila ingin membanteras ketagihan teknologi.

Sebenarnya, caranya senang dan agak cepat: melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Ibu bapa perlu mengambil langkah untuk mengubah tingkah laku dan gaya hidup serta persekitaran anak mereka. Semak diri dulu, adakah saya juga ketagih

Apabila tingkah laku dan gaya hidup ibu bapa berubah, begitu juga gaya hidup dan tingkah laku anak mereka.

  • Jangan biar anak guna teknologi sehingga mereka berusia sekurang-kurangnya 2 tahun
  • Hadkan penggunaan peranti anak.
  • Jangan lupa tugas ibu bapa untuk mengajar anak tentang disiplin
  • Pastikan mereka menghabiskan satu jam sehari untuk melakukan aktivit riadah
  • Jangan biarkan anak menggunakan telefon dan tablet sebagai pengubat kebosanan.

Kita tidak boleh ambil ringan perkara ini. Kita mesti mengubah cara hidup anak kita. Jangan tunggu sehingga mereka menjadi generasi yang ketagih, murung dan selalu perlu diubat. Ia masih belum terlambat.

Sumber: Inc Southeast Asia

Baca juga:

Telefon Bimbit Pertama Anak: Peraturan Yang Perlu Ditetapkan Ibu Bapa