TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tolong Jangan Marah Bila Anak Kecing Malam! Doktor Ini Jelaskan Sebabnya...

4 min bacaan
Tolong Jangan Marah Bila Anak Kecing Malam! Doktor Ini Jelaskan Sebabnya...

Anak kencing malam mungkin dihadaapi oleh rata-rata ibu bapa yang memiliki anak dalam lingkungan uasia empat hingga enam tahun.

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil atas usia empat tahun mesti pernah merasa anak kencing malam kan? Apa anda buat? Pernah marah mereka?

Tetapi perkara itu tetap berulangkan? Marah pun masih juga jadi benda sama. Jadi apa nak buat jika anak anda kencing malam?

Baca juga: Kenapa Bayi Kurang Kencing? Ini 3 Perkara Yang Ibu Perlu Peka Elak Anak Dehidrasi

Anak kencing malam, ini cara anda selesaikannya

Anak kencing malam

Menurut Dr Kamarul Arifin Nor Sadan, kencing malam atau enuresis adalah satu keadaan di mana seseorang kencing dalam tidur tanpa disedarinya. Lazimnya berlaku pada kanak-kanak. 

Secara umum, gejala kencing malam akan berhenti selepas berumur 5-6 tahun. Namun ada juga lebih lewat, iaitu sehingga umur 12 tahun.

Kebanyakan kanak-kanak berhenti kencing malam selepas berumur 5 atau 6 tahun tetapi ada juga kajian menunjukkkan yang 10%-15% daripada kanak-kanak yang berumur 5-12 tahun masih terus kencing malam walaupun mereka tiada masaalah dalam sistem buah pinggang.

Kajian menunjukkan di Malaysia masih terdapat lebih kurang 6.2% daripada kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun masih lagi kencing malam.

Punca kencing malam

Menurut doktor ini, ada beberapa sebab yang menyebabkan seseorang itu kencing malam antaranya termasuklah:

  • Kapasiti (saiz) pundi kencing yang kecil. Apabila saiz pundi kencing kecil, maka pundi kencing cepat penuh. Jika terlalu penuh, maka cenderung untuk terkencing.
  • Gangguan dalam penghasilan hormon vasopressin semasa tidur. Hormon ini berfungsi untuk mengurangkan penghasilan air kencing pada waktu malam.
  • Trauma, tekanan perasaan dan gangguan tidur, contohnya: mangsa buli atau dera , kemurungan, tidur terlalu nyenyak atau tidur mati, dan sering mimpi buruk/ngeri.
  • Masalah kesihatan atau penyakit-penyakit, contohnya: diabetes mellitus, diabetes insipidus, sembelit, kencing kotor, cauda equina, spina bifida dan sebagainya. 

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan anak kencing malam?

Anak kencing malam

  • Beri ganjaran setiap kali anak tidak kencing malam. Tidak salah beri mereka ganjaran atas kejayaan mereka. Nampak kecil di mata kita tetapi besar maknanya pada mereka. 
  • Jangan pula hukum anak jika dia terkencing malam kerana itu boleh memburukkan lagi masalah kencing malam. Mereka mungkin trauma yang boleh wujudkan anxiety pada mereka. 
  • Penggera kencing malam. Alat pengera yang mengejutkan anak jika seluarnya basah akibat terkencing. Alat ini ada dijual di secara atas talian di Shopee atau Lazada.
  • Kurangkan minum pada waktu malam. Elakkan minum teh, dan minuman berkafein seperti kopi dan kola pada kerana ia diuretik (mengalakkan penghasilan kencing)
  • Latih anak untuk kencing sebelum masuk tidur. Pastikan lampu tandas mudah dinyalakan dan berfungsi agar anak tidak takut ke tandas pada tengah malam. 
  • Pesan pada anak, jika nak terkencing dan dah berada dalam tandas di waktu malam, cubit dulu lengan, pastikan bukan mimpi. Ramai dah terjerat, termasuk orang dewasa.

Jika masih tak berjaya jumpalah doktor

Jika semua usaha ini gagal, maka berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan dan saranan lanjut. Jika akan siasat, dan beri ubat penahan kencing jika perlu.

Menurut portal myhealth, kencing malam hanya diwaktu malam di kalangan kanak-kanak yang tiada masalah lain (primary nokturnal enuresis).

Manakala, kencing malam di waktu malam dan siang hari (tidak boleh mengawal kencing), hal ini perlu penilaian seterusnya oleh doktor untuk mengesan sebab yang lain.

Sebab-sebab gangguan lain yang boleh menyebabkan kencing malam (secondary enuresis) ialah jangkitan pada pundi kencing,masalah saraf tunjang, pundi kencing yang tidak normal dan masalah metabolisma seperti kencing manis.

Selalunya keadaan yang seperti ini akan menunjukkan tanda-tanda lain selain dari kencing malam.

Apa kesan jika anda marah anak kencing malam?

Anak kencing malam

  • Boleh mengakibatkan perasaan rendah diri dikalangan kanak-kanak dan perasaan itu sendiri boleh menyebabkan faktor risiko untuk masalah psikitrik dan masalah sosial yang lain.
  • Tekanan didalam keluarga.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Kamarul Arifin Nor Sadan, myhealth

Baca juga: Benarkah Tisu Basah Penyebab Jangkitan Kuman Dalam Air Kencing Bayi?

Stories Rakan Kongsi
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan & Umur Anak
  • /
  • Tolong Jangan Marah Bila Anak Kecing Malam! Doktor Ini Jelaskan Sebabnya...
Kongsikan:
  • Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
    Stories Rakan Kongsi

    Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
    Stories Rakan Kongsi

    Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham