“Uish kuat betul anak kuat berimaginasi!”
Tahukah anda bahawa sifat kuat berimaginasi ini adalah salah satu sifat yang merupakan salah satu daripada proses pembesaran kanak-kanak. Ada sahaja lagatnya. Kejap-kejap berlakon masak-masak, kejap-kejap jadi puteri raja. Dah siap tu tiba-tiba berlakon bawak kapal terbang pulak. Macam-macamlah cerita dia.
Kanak-kanak memerlukan daya imaginasi untuk mengasah minda mereka dan untuk menjadikan mereka lebih kreatif. Ini dapat membantu perkembangan minda mereka dan seterusnya ini akan menjadi salah satu kemahiran yang sangat berguna dan bermakna buat mereka nanti!
Daya kreatif dan imaginasi sememangnya wujud dalam diri setiap kanak-kanak dan ia tersangatlah normal untuk anak anda menggunakan fikirannya untuk mereka cipta sesuatu, membayangkan sebuah penceritaan dan banyak lagi. Sampai anda hairan kan, manalah anak anda dapat idea-idea ini.
Kenali 5 zodiak anak kuat berimaginasi
Kanak-kanak yang lahir dalam zodiak-zodiak ini mempunyai imaginasi yang tinggi dan ciri-ciri kuat imaginasi ini memang mudah terlihat dalam diri kanak-kanak. Betul ke tidak? Apa kata anda?
Mari kita baca mengenai zodiak-zodiak ini dan cuba semak anak anda! Mana tahu kena.
#1 Zodiak anak kuat berimaginasi: Pieces
Kalau anak anda dilahirkan dalam bulan Pieces iaitu pada tarikh di antara 19 Februari hingga 20 Mac, kebarangkalian anak anda untuk mempunyai daya imaginasi tersangatlah tinggi. Anda tak perlu risau kalau anda tidak tahu bagaimana untuk menghiburkan anak anda yang lahir pada bulan Pieces. Beri sahaja apa-apa kepada anak anda. Tengoklah nanti macammana anak anda menggunakan daya imaginasinya dan kreativitinya untuk menghasilkan sesuatu di luar kotak.
Antara ciri zodiak Pieces ialah mereka kuat berimaginasi tinggi, suka mencari inspirasi untuk melakukan sesuatu dan sentiasa tenggelam dalam imaginasi mereka. Jangan terperanjat kalau anak anda ada macam-macam idea pelik. Itulah ciri istimewa anak yang lahir pada zodiak Pieces.
#2 Aquarius
Tangga kedua adalah milik Aquarius! Lahir di antara bulan 20 Januari hingga 18 Februari, kanak-kanak yang lahir pada bulan zodiak ini adalah seseorang yang unik dan mempunyai idea yang luar biasa. Ada sahaja idea dan buah fikirannya sampai ramai yang mengagumi sesiapa sahaja yang lahir dalam bulan Aquarius. Sebagai seorang Aquarius, mereka akan mempunyai daya tumpuan yang tinggi dan boleh kekal fokus dalam imaginasinya. Tapi, jaga-jaga dengan kanak-kanak Aquarius, mereka boleh kekal dan hanyut dalam imaginasi mereka.
#3 Zodiak anak kuat berimaginasi: Gemini
Gemini adalah zodiak berkembar yang lahir dalam bulan 21 Mei – 21 Jun. Ha, itulah yang menyebabkan mereka mempunyai personaliti yang pelbagai. Ibu bapa pasti berasa kagum dengan daya kreativiti anak Gemini. Jangan main-main, anak Gemini adalah seorang yang sangat kreatif dan artistik. Mereka mempunyai pelbagai cara untuk menggerakkan sesuatu idea dan melahirkan buah fikiran daripada idea mereka. Bukan biasa-biasa anak-anak yang lahir dalam bulan Gemini ini.
#4 Cancer
Anak yang lahir dalam bulan Cancer iaitu dalam bulan 21 Jun – 21 Julai adalah seorang yang suka bermimpi. Bukan bermimpi bukan-bukan tau. Mereka adalah seseorang yang mempunyai daya imaginasi tinggi dalam menghasilkan dunia impian mereka. Anak-anak Cancer hidup dalam dunia mereka dan sentiasa mencari peluang untuk merealisasikan angan-angan serta imaginasi mereka.
#5 Zodiak anak kuat berimaginasi: Libra
Anak anda lahir di bulan Libra? Anak-anak yang lahir dalam zodiak Libra adalah pada tarikh 23 September – 22 Oktober. Anak yang lahir pada bulan Libra adalah mereka yang tidak takut untuk menjadi kreatif dan mengekspresikan diri mereka dengan cara mereka yang tersendiri. Mereka adalah seorang yang mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam untuk sesuatu perkara.
Ini yang parents perlu tahu tentang anak kuat berimaginasi
- Jangan ingat imaginasi adalah sesuatu yang negatif. Tetapi, jika anak anda menunjukkan kelakuan negatif yang boleh mencederakan diri mereka, anda kenalah masuk campur. Dah sampai masa dah tu.
- Pupuk daya kreativiti anak-anak dan galakkan anak anda untuk bermain olok-olok atau apa sahaja permainan yang menggalakkan perkembangan minda mereka.
- Belikan alat mainan atau galakkan penggunaan alatan di rumah untuk anak anda kenali dunia sebenar.
- Mainkan peranan anda sebagai ibu bapa dengan sentiasa bersama-sama anak anda melakukan aktiviti yang meransang pertumbuhan minda dan kreativiti anak anda. Sokongan anda amatlah bermakna buat anak anda. Jangan lupa ya ibu dan ayah!
Sumber: Kumparan
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: 3 Zodiak Si Kecil Ini Katanya Membawa Tuah & Kekayaan Dalam Keluarga! Cuba Ibu Semak