Rasa Anak Lambat Bercakap Walaupun Dah Masuk 2 Tahun? Ibu Ayah, Ini Panduan Untuk Bantu Anda!

Anak lambat bercakap mungkin jadi antara perkara yang menjadi kerisauan ramai ibu bapa. Bagaimana mahu mengesan anak itu sebenarnya lambat bercakap?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak lambat bercakap atau speech delay mungkin antara perkara yang menjadi kerisauan ramai ibu bapa, ketahui apa terapi untuk anak lambat bercakap ini supaya dapat merawat lebih awal!

Ibu bapa perlu peka dengan perkembangan anak-anak kerana jika terdapat sebarang perkara yang tidak normal, kita boleh mengesannya dan mendapatkan bantuan lebih awal.

Jadi apa yang patut tahu? Anak umur dua tahun sepatutnya sudah tahu buat apa dan berapa banyak perkataan sepatutnya dia sudah gunakan setiap hari?

Terapi Anak Lambat Bercakap Boleh Merawat Speech Delay

Anak lambat bercakap ini boleh dikesan dari awal sebenarnya jika ibu dan ayah peka. Menurut seorang pakar patologi speech languange, Yong Ennie menerusi tulisan di doktorbudak.com, ramai orang bertanya sama ada kelambatan bercakap adalah fenomena biasa terutamanya jika dalam sejarah keluarga, ada ahli keluarga yang juga lambat tetapi kemudian tiada masalah pertuturan.

Di peringkat awal, adalah sukar untuk kita mengenalpasti kanak-kanak mana adalah Late Talkers (bermasalah pada mulanya dan kemudian dapat mengejar perkembangan) dan kanak-kanak mana yang akan mempunyai masalah bahasa dan pertuturan untuk jangka masa yang panjang.

Siapa Late Talkers?

‘Late Talkers‘ adalah kanak-kanak yang berumur antara 18-30 bulan yang mempunyai kefahaman bahasa yang baik.

Sebanyak 13% daripada kanak-kanak yang berusia 2 tahun adalah ’Late Talkers’.

Mereka biasanya mengikut perkembangan normal dalam kemahiran bermain, motor, pemikiran and sosial, tetapi hanya boleh menggunakan perkataan yang terhad untuk tahap umur mereka.

Penyelidik masih belum dapat mengenalpasti punca atau penjelasan untuk kelewatan ini. Walau bagaimanapun, mereka mendapati ‘Late Talkers’ biasanya :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • mempunyai sejarah ahli keluarga lain yang mempunyai kelambatan bahasa
  • adalah lelaki
  • dilahirkan dengan kurang berat badan
  • dilahirkan sebelum 37 minggu dalam kandungan (pra-matang)

Bagaimana untuk Kenalpasti Sama ada Anak Late Talkers Sementara atau Jangka Panjang?

Ibu bapa boleh mengenalpasti kosa kata anak anda adalah sesuai untuk tahap umurnya. Berikut adalah panduan yang dapat membantu anda:

  1. Kanak-kanak berumur 18 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 20 perkataan yang berlainan jenis, seperti kata nama (adik, bola), kata kerja (makan, tidur), kata sendi (atas, bawah), kata sifat (panas, besar), kata sosial (hi, bye).
  2. Kanak-kanak berumur 24 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 100 perkataan dan boleh buat ayat 2 patah perkataan. Ayat ini perlu dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukannya ayat yang dipelajari sebagai keseluruhan, seperti ”bye bye”, ”apa tu?”. Contoh ayat 2 patah yang sesuai ialah ”makan biskut”, ”baju kotor”, minum susu
  3. Kanak-kanak berumur 36 bulan patut menggunakan ayat 3-4 patah perkataan dan juga boleh menjawab soalan ”siapa?”, ”apa?”,  dan ”mana?” yang mudah.

Siapa yang Dapat ‘Kejar Balik’ dan Siapa Tidak?

Siapa yang akan dapat ’kejar balik’ dalam perkembangan bahasa dan siapa pula tidak dapat? Berikut adalah senarai risiko dan tanda-tanda kanak-kanak yang mungkin akan mempunyai kesukaran dalam perolehan bahasa untuk jangka masa panjang:

  • senyap pada waktu bayi, kurang babbling (ba, ma, ga)
  • mempunyai sejarah jangkitan telinga
  • mempunyai bunyi konsonan yang terhad (p, b, m, t, d, n, y, k,g, dll)
  • tidak meniru menyebut perkataan
  • hanya menggunakan kata nama (nama orang, barang, tempat) dan sangat kurang kata kerja (lompat, minum)
  • sukar bermain dengan kanak-kanak yang lain
  • sejarah ahli keluarga yang mempunyai kelambatan dalam kemahiran komunikasi, atau masalah pembelajaran
  • kelewatan dalam kefahaman bahasa (tidak faham arahan)
  • menggunakan isyarat untuk berkomunikasi

Adakah Late Talkers Boleh Mengejar Bahasa Tanpa Bantuan atau Rawatan?

Sebahagian besar daripada mereka nampaknya dapat mengejar perkembangan kanak-kanak lain apabila mereka masuk ke sekolah.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut biasanya mempunyai kesukaran dalam aspek bahasa tertentu seperti tatabahasa, berbanding dengan kanak-kanak lain.

Bila Perlu Dapatkan Terapi Anak Lambat Bercakap?

Sekiranya perkembangan bahasa dan pertuturan anak anda tidak mengikut umur atau disyaki sebagai Late Talkers seperti yang dikongsikan di atas, anda sangat disyorkan untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. Dengan penerimaan rawatan terapi anak lambat bercakap pada usia yang lebih awal, ia akan memberi kesan yang lebih positif kepada anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh berjumpa dengan doktor kanak-kanak untuk mendapatkan diagnosis awal serta berjumpa dengan Speech-Language Pathologist/Therapist untuk mendapatkan penilaian dan rawatan bagi anak anda.

Selain itu, anda juga digalakkan untuk berjumpa dengan Audiologist untuk memastikan tiada masalah pendengaran walaupun anda berpendapat bahawa anak anda tiada masalah pendengaran. Ini kerana masalah pendengaran yang ringan (masih boleh mendengar bunyi tetapi kurang jelas) boleh juga memberi kesan kepada perkembangan bahasa dan pertuturan.

Terapi untuk Galak Anak Mula Bercakap

#1. Kerapkan berborak dengan anak

Anda boleh berborak dengan anak sejak mereka lahir adalah antara terapi anak lambat bercakap. Jangan salah faham, maksud berborak di sini bukanlah topik-topik yang berat. Cukuplah anda berborak tentang perbuatan yang akan dan sedang dilakukan. Contohnya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masa pakai baju: “Pakai baju”, “Pakai seluar”, “Pakai pampers”.
Masa makan: “Makan”, “Makan nasi”, “Makan ikan”, “Ayam”.

#2. Menyanyi bersama anak

Jangan gunakan bantuan gajet atau tv untuk mengajar anak menyanyi ya. Sebaliknya, anak akan lebih mudah belajar menyanyi dengan mak dan ayah kerana bayi akan dapat melihat pergerakan mulut anda dengan lebih tepat dan dekat. 

#3. Gunakan bahasa badan

Banyakkan bahasa badan semasa bercakap atau menceritakan sesuatu dengan anak anda. Ia akan menambah keseronokan anak dan seterusnya membuatkan si kecil anda lebih fokus terhadap bunyi yang didengari olehnya.

#4. Beri kata pujian

Terdengar anak mengeluarkan perkataan baru? Puji si kecil anda itu supaya dia berasa lebih gembira! Itu adalah terapi anak lambat bercakap yang mudah!

#5. Jangan berborak dengan anak terlalu laju

Penting untuk anda kerap berborak dengan anak, tetapi ingat, pastikan anda berborak dengan pace yang perlahan ya. Jangan cakap terlalu laju kerana ia boleh menyebabkan si kecil anda sukar untuk memahaminya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips Jadikan Anak Bilingual

  • jangan bercakap dengan bahasa bayi.
  • perkenalkan dua bahasa secepat mungkin kepada anak.
  • menyanyi, membaca dan bermain menggunakan bahasa tersebut.
  • praktikkan penggunaan dua bahasa dalam kalangan orang dewasa, contohnya perbualan di antara anda dan suami.
  • ayah dan ibu boleh menggunakan bahasa berbeza ketika berborak bersama anak. Contohnya, ayah gunakan bahasa Inggeris, ibu pula gunakan bahasa Melayu. Elak guna bahasa rojak supaya anak anda tidak keliru ya.
  • manfaatkan teknologi seperti video-video di dalam Youtube sebagai alat bantuan yang efektif bagi membantu anda mengajar anak menguasai dua bahasa. 

Adakah Bahasa Bayi Bantu Anak Bercakap?

Walaupun bayi belum boleh bercakap sepatah kata pun, tahun pertama kehidupan mereka adalah masa yang paling penting untuk membina asas bahasa. Bayi memproses struktur dan makna bahasa dengan lama sebelum mereka mula belajar bercakap.

Jadi sila balas celoteh bayi anda dengan kata-kata sebenar. Walaupun bayi anda tidak memahami maksud perkataan ini, bahagian otaknya yang mengawal pertuturan dan bahasa sudah dirangsang apabila kita bercakap dengannya.

Semoga bermanfaat! Dalam pada itu, ibu ayah juga boleh mengamalkan doa anak cepat bercakap, seperti membacakan Surah An-Nisa’ ayat 164.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber

What to Expect (Jan 15, 2022). Late Talking: Speech or Language Delays in Toddlers. www.whattoexpect.com/toddler/ask-heidi/late-talker.aspx

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
 

Baca juga: Galakkan Bayi Bercakap Untuk Elak Speech Delay, Ini 6 Perkara Penting Ibu Perlu Ikut!

Baca juga: Anak Lambat Bercakap Bukan Bermaksud Menghidap Autisme!

Baca juga: 13 Tips Ajar Anak Bercakap Dengan Cepat & Berkesan, Ibu Ayah Baru Wajib Tahu!

Penulis

Lala Annuar