Anak Makan Bersepah Di Kedai Makan, Individu Ini Bengang Kena Denda RM5 Dengan Peniaga

Seorang individu bengang dan tidak berpuas hati apabila tindakan peniaga mengenakan denda gara-gara anak makan bersepah di kedai makan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada sesetengah ibu bapa melatih anak makan sendiri, manakala ada yang lebih selesa menyuap anak mereka kerana tidak suka keadaan menjadi bersepah. Ini pula yang terjadi kepada seorang individu apabila perlu membayar RM5  sebagai denda kerana anak makan bersepah di kedai makan.

Anak Makan Bersepah Dikenakan Denda RM5

Menerusi luahannya di aplikasi X, dia memaklumkan bahawa dia pergi ke restoran berkenaan untuk menjamu selera bersama keluarganya. Namun, dia terkejut apabila diminta membayar RM5 sebagai denda kerana anaknya yang berusia kurang dua tahun meninggalkan meja dalam keadaan bersepah.

“Salam Mein, pertama kali saya kena denda RM5 dekat kedai makan sebab makan bersepah. Anak saya berusia bawah dua tahun.

“Boleh ke buat laporan KPDNKK mengenai denda itu? Boleh ke kedai denda pelanggan sebab buat sepah?,”luahnya.

Tambahnya lagi, bukan itu sahaja malah dia merasakan makanan yang perlu dibayar di kedai makan tersebut juga terlalu mahal.

“Kailan ikan masin, telur dadar, siakap 3 rasa, harganya RM55. Mahal betul, ditambah kena denda lagi”, tulisnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sama terkejut dan berpendapat tidak awajar pihak kedai mengenakan denda atas sebab yang tidak masuk akal.

Namun, ada juga yang merasakan mungkin sepah yang dibuat anaknya terlalu teruk sehinggakan menyebabkan pihak terbabit rasa terganggu.

Rata-rata menasihatkan supaya mengajar etika makan kepada anak sebelum membawa mereka makan di luar supaya tidak menyusahkan orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara Buat Aduan Kepada KPDNHEP

Dalam pada itu, ada netizen yang turut berkongsi beberapa cara untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat salah laku pembekal atau peruncit atau harga yang tidak berpatutan.

Aduan yang lengkap dan jelas mempercepatkan tindakan pihak berkuasa. Berikut adalah maklumat yang diperlukan untuk membuat laporan:

1. Alamat Premis Diadu

2. Maklumat Individu/ Syarikat Yang Diadu

3. Bukti Pembelian Atau Resit

4. Gambar (Jika Ada Dan Perlu)

5. Jenis Barang/Perkhidmatan Yang Diadu

6. Rekod Komunikasi (Jika Ada Dan Perlu)

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

X

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Asyik Nak Makan Sendiri Sahaja? Tak Apa! Biarkan Sahaja Anak Anda Makan Comot

Baca juga: 5 Petua Tambah Selera Makan Anak, Cuba Cipta Suasana Yang Menyenangkan

Baca juga: Anak Makan Bersepah, Ibu Harus Ajar Etika Makan Anak Sejak Kecil, Ini Caranya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah