X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

5 Petua Tambah Selera Makan Anak, Cuba Cipta Suasana Yang Menyenangkan

4 min bacaan
5 Petua Tambah Selera Makan Anak, Cuba Cipta Suasana Yang Menyenangkan

Pasti ada ibu bapa yang tercari-cari petua tambah selera makan anak. Runsing juga jadinya bila anak tak berselera makan. Jadi ini mungkin boleh bantu anda!

Ada anak yang memang berselera makan, tetapi ada juga yang bukan jenis suka makan. Jadi kali ini kami kongsikan petua tambah selera makan anak yang mungkin boleh bantu ibu ayah di luar sana tarik perhatian anak untuk makan. 

Apa juga yang anda beri pada anak, mungkin salah satu perkara yang kita lupa adalah mewujudkan suasana menyenangkan ketika makan.

Makdsudnya di sini, jadikan makan itu adalah sebagai suatu suasana yang tenang untuk dinikmati. Memang difahami, bila ada anak kecil, memang suasana makan itu bukan suatu yang tenang, Ada saja perkara nk buat jadi huru hara. Tetapi cubalah ciptakan suasana yang tenang ketika makan. 

Cipta suasana tenang ketika makan antara petua tambah selera makan anak

Tambah Selera Makan

Mungkin kita nampak anak kita itu sebagai anak kecil yang tiada perasaan. Tetapi tanpa kita sedari anak itu juga punyai perasaan. Kemungkinan besar keadaan makan dalam suasana yang tidak tenang buat anak jadi putus selera.

Sama juga seperti kita yang dewasa ini, kita lebih berselera bila makan dalam keadaan yang tenang dan tidak terganggu dengan pelbagai gangguan terutama bunyi bising.

Terus putus selera jadinya bila keadaan kucar kacir ketika kita sedang makan. Jadi sama juga dengan anak, mungkin ini antara penyebab dia tidak lagi berselera untuk makan.

Jadi apakah perkara lain yang boleh kita buat untuk terus pikat selera anak?

#1. Persembahan yang menarik

Tambah Selera Makan

Makanan yang dihidangkan dihias cantik. Jika bawakan dia bekal, hias cantik dengan design yang pelbagai dan sebagainya. Jadi anak akan jadi semangat untuk makan dan sudah pastilah seleranya bertambah.

Orang kata dari mata turun ke hati. Persembahan makanan yang menarik itu penting supaya anak jadi tertarik untuk makan, bukan saja tertarik tetapi mampu menghabiskan makanannya mengikut portion yang sepatutnya.

#2. Cipta suasana tenang

Jadikan suasana di ruang makan sebagai suatu yang menenangkan. Boleh buka muzik yang perlahan dan menenangkan juga. Selain itu, elakkan marah-marah anak ketika dia sedang makan.

Depan rezeki kan, tak elok marah-marah. Jadikan suasana makan itu sebagai satu suasana yang menyeronokkan. Sudah pasti anak akan kekal di meja makan hingga makanannya habis.

#3. Tidak selalu berikan snack

Snack di sini bermaksud makanan ringan atau makanan segera yang diproses. Jika mahu beri anak snacking pastikan ia adalah terdiri daripada makanan semulajadi seperti buah.

Kandungan gula yang tinggi dalam makanan ringan serta garam yang tinggi dalam makanan segera tidak baik untuk tumbesaran anak. Sekali-sekala bolehlah, tapi janganlah dijadikan sebagai rutin. 

Makanan ringan juga akan membuatkan anak rasa cepat kenyang disebabkan itu nanti mereka sudah terlalu kenyang untuk makan menu utama yang dimasak oleh ibu. 

Disebabkan itu, pastikan anda pilih snacking yang betul untuk anak anda dan yang pasti ia haruslah menyihatkan. 

#4. Buat kegiatan fizikal sebelum makan

Tambah Selera Makan

Kegiatan fizikal akan membuatkan tenaga dan kalori anak dibakar. Jadi mereka biasanya akan lapar selepas membuat aktiviti fizikal. Bawalah anak anda berjalan-jalan di taman atau buat apa saja aktiviti fizikal yang boleh buat anak penat.

#5. Jadikan rutin makan bersama keluarga

Ada kemungkinan anak anda tidak suka makan berseorangan. Orang kata makan seorang buat kita jadi tidak berselera. Jadi apa kata anda cuba jadikan rutin makan bersama keluarga.

Maksudnya apabila tiba waktu makan malam, anda sekeluarga akan duduk di meja makan dan makan bersama-sama. Tidaklah seorang makan di sofa, seorang makan di dalam blik.

Cubalah wujudkan rutin makan bersama-sama dengan keluarga. Ini mungkin akan jadikan anak anda gembira untuk menikmati makanannya dan sekaligus membuka selera anak kecil anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Asyik Nak Makan Sendiri Sahaja? Tak Apa! Biarkan Sahaja Anak Anda Makan Comot

Baca juga : Bayi 8 Bulan Susah Makan, Apa Anda Boleh Buat Untuk Pujuk Si Manja Makan?

Baca juga: Anak Makan Bersepah, Ibu Harus Ajar Etika Makan Anak Sejak Kecil, Ini Caranya!

Stories Rakan Kongsi
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
Why we should be concerned about parabens in baby products
Why we should be concerned about parabens in baby products

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kids
  • /
  • 5 Petua Tambah Selera Makan Anak, Cuba Cipta Suasana Yang Menyenangkan
Kongsikan:
  • Cara Tambah Tinggi Badan Anak Lelaki & Perempuan, Ibu Ayah Kena Jaga 9 Perkara Ini

    Cara Tambah Tinggi Badan Anak Lelaki & Perempuan, Ibu Ayah Kena Jaga 9 Perkara Ini

  • Perkembangan Sosial Bayi 3 Bulan, Si Kecil Mula Tersenyum Bila Lihat Ibu Ayah

    Perkembangan Sosial Bayi 3 Bulan, Si Kecil Mula Tersenyum Bila Lihat Ibu Ayah

  • 10 Aktiviti Motor Kasar Yang Best & Anak Teruja Nak Buat, Bantu Menguatkan Otot Mereka

    10 Aktiviti Motor Kasar Yang Best & Anak Teruja Nak Buat, Bantu Menguatkan Otot Mereka

  • Cara Tambah Tinggi Badan Anak Lelaki & Perempuan, Ibu Ayah Kena Jaga 9 Perkara Ini

    Cara Tambah Tinggi Badan Anak Lelaki & Perempuan, Ibu Ayah Kena Jaga 9 Perkara Ini

  • Perkembangan Sosial Bayi 3 Bulan, Si Kecil Mula Tersenyum Bila Lihat Ibu Ayah

    Perkembangan Sosial Bayi 3 Bulan, Si Kecil Mula Tersenyum Bila Lihat Ibu Ayah

  • 10 Aktiviti Motor Kasar Yang Best & Anak Teruja Nak Buat, Bantu Menguatkan Otot Mereka

    10 Aktiviti Motor Kasar Yang Best & Anak Teruja Nak Buat, Bantu Menguatkan Otot Mereka

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.