Nak Marah Tapi Kena Sabar, Ibu Terkedu Tengok Anak Buat 'Pesta' Air Coway Di Dapur

Anak mandi air Coway di dapur rumah nenek mereka menguji kesabaran ibu. Mana tidaknya mereka mandi seolah-olah berada dalam bilik air

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kanak-kanak mempunyai karakter yang sangat unik dan istimewa tetapi berbeza-beza satu dari yang lain. Hal ini kerana, kanak-kanak merupakan anugerah yang diberikan Tuhan kepada ibu bapa. Perkongsian seorang pengguna Tik Tok yang merakam gelagat anak mandi air Coway di rumah nenek sangat mencuit hati warganet.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Gelagat anak buat pesta mandi air Coway di dapur rumah nenek
  • Netizen turut terhibur melihatkan anak-anak mandi sakan
  • Anak makin panjang akal tanda dia bijak

Rata-rata ibu memeriahkan ruang komen dengan komen yang sangat lucu dan pujian dengan kesabaran nenek melayan keletah cucunya. 

Gelagat anak buat pesta mandi air Coway di dapur rumah nenek

Perkongsian ini dimuat naik oleh seorang pengguna Tik Tok, @terataiputih. Akaun Tik Tok yang mempunyai 4640 pengikut itu merakamkan momen lucu  gelagat cucunya yang mandi air Coway di dapur rumah telah menarik perhatian ramai.

Pada mulanya netizen menganggap video berkenaan hanya video biasa yang memaparkan telatah anak-anak kecil mengisi air dalam cawan untuk minum. Rupa-rupanya sangkaan mereka meleset apabila “anak-anak bertuah” ini pun mandi sekali dengan air Coway yang diisi dalam cawan kecil. 

Apa yang kelakar adalah kejadian itu berlaku di rumah nenek mereka. Akibat dari gelagat anak-anak ini  juga telah menyebabkan habis basah lencun lantai dapur neneknya dengan air.

Aksi mereka yang bertindak mandi air Coway ini rupa-rupanya terikut dari tingkah nenek mereka yang mencuci lantai menggunakan air tersebut. 

Netizen turut terhibur melihatkan anak-anak mandi sakan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Video pendek yang tular itu tidak berhenti  sahaja dengan komen lucu dari para netizen yang turut berasa geli hati  menonton video tersebut. Sehingga kini, video berkenaan telah mendapat lebih dari 1.3 juta tontonan, 68.4K tanda suka, dan 2.7K komen di Tik Tok.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak makin panjang akal tanda dia bijak

Karakter kanak-kanak yang unik adalah dipaksikan kepada gaya pemikiranya. Gaya pemikiran inilah yang nanti akan membentuk personaliti, sikap, gaya, berkomunikasi, gaya tindak dan gaya pembelajaran mereka. 

Selain itu, persekitaran kehidupan yang mereka jalani juga akan serba sedikit mempengaruhi pemikiran, perasaan, dan tingkah laku kanak-kanak.

Menurut buku Every Child Has A Thinking Style oleh Lanna Nakone, ada empat jenis gaya pemikiran kanak-kanak yang mempengaruhi sikap, tret, personaliti, bakat dan kerjayanya seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Gaya pemikir – Thinking style
  • Gaya inovatif – Innovating style
  • Gaya pemelihara – Maintaining style
  • Gaya harmoni – Harmonizing style

Sebaga ibu bapa, kita adalah role model penting dalam mencorakkan sikap, gaya hidup, kemahiran bersosial, dan masa depan anak-anak.

Oleh kerana setiap anak mempunyai tumbesaran yang berbeza-beza, ibu bapa harus sentiasa menyiapkan diri dengan ilmu pengetahun yang berguna khususnya tentang psikologi dan perkembangan anak.

Dalam segi emosi pula, sikap sabar perlu sentiasa menyulami setiap bait kata dan tingkah laku yang mencerminkan karakter ibu bapa. Membentuk anak itu tidak mudah tetapi ia dalah tanggungjawab yang wajib kita lakukan setelah bergelar ibu bapa. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sebelum Bagi Anak Mandi Kolam, 5 Bahaya Ini Ibu Bapa Kena Ambil Perhatian!

Baca juga: Seronok Tengok Anak Mandi Kolam Pakai Lampin, Parents STOP Sebarkan Virus Dengan Tabiat Ini!

Baca juga: Elak Selimutkan Anak & Mandi Dengan Air Sejuk, Begini Cara Rawat Anak Bila Demam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan