TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Rita Rudaini Terima Hadiah Hari Jadi Dari Anak Sulungnya, Kejayaan Anugerah Pengetua, Pointer Tertinggi

11 Apr, 2023
Rita Rudaini Terima Hadiah Hari Jadi Dari Anak Sulungnya, Kejayaan Anugerah Pengetua, Pointer Tertinggi

Ibu mana yang tak bangga bila anak terima anugerah. Rita Rudaini akui bersyukur dan teruja melihat kejayaan anaknya itu.

Siapa kata ibu tunggal tidak boleh membesarkan anak dengan jayanya? Lihat sahaja keterujaan pelakon terkenal tanah air Rita Rudaini apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin menghadiahkannya dengan memperoleh Anugerah Pengetua dengan keputusan yang sangat cemerlang baru-baru ini pada hari ulang tahun kelahiran ibunya Rita itu.

Anak pertama Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan, yang lebih gemar dipanggil Ryan itu dikatakan menerima anugerah tersebut di MRSM Ulul Albab, Gemencheh. Yang membanggakannya lagi, Ryan cukup membuatkan ibu Rita Rudaini itu sangat terharu dengan pointer tertinggi. Bukan calang-calang orangnya!

Berita yang membanggakan pelakon itu dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik ke dalam akaun TikToknya. Dilihat menerusi video itu, Ryan sedang dipanggil untuk naik ke pentas dan menerima sijil serta piala yang disampaikan oleh pengetua sekolah MRSM yang dihadirinya itu.

@ritrud727

Tahun lepas bday mommy,Ryan bg hadiah dpt tempatkan diri di MRSM..tahun ni Ryan bg hadiah lg dpt Anugerah Pengetua dgn pointer tinggi …syukur alhamdulillah…mommy x mintak lebih cuma mommy nak anak2 mommy bukti kan pd diri sendiri dan kpd org di luar sana yg kita mampu berjaya..peduli kan cemuhan dan kejian manusia kerana ALLAH sentiasa ada utk kita ???? ..jadi terbaik utk diri sendiri bukan utk puas kan hati org lain…tkasih ALLAH kerana hadiah rezeki anak2 yg baik utk ku..sudah memadai…rezeki RAMADHAN ???? ♬ original sound – Rita Rudaini

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Rita sendiri, anugerah itu adalah sebuah anugerah paling berharga daripadanya anaknya kepada dirinya pada tahun ini. Manakala pada tahun lepas, Ryan menghadiahkan kebanggaan kepada ibunya pada hari ulang tahun kelahirannya apabila menerima tawaran masuk ke MRSM yang mana umum tahu bukan mudah untuk memasuki ke institusi pelajaran itu kerana memerlukan pencapaian pelajaran yang bagus.

Jelas terpampang yang mana biarpun Rita bergelar ibu tunggal yang membesarkan dua orang cahaya matanya itu bersendirian selepas penceraiannya dengan Aidil, pelakon itu berjaya membuktikan yang dia boleh menjaga dan mendidiknya dengan jayanya.

Dalam video tersebut juga, Rita juga meminta anaknya untuk membuktikan yang mereka juga boleh berjaya serta tidak mempedulikan kejian dan cemuhan manusia kerana pesannya “Allah sentiasa ada untuk kita.”

Rita Rudaini

Tulisnya, “Syukur alhamdulillah. Mommy tak mintak lebih. Mommy nak anak-anak mommy buktikan pada diri sendiri dan kepada orang di luar sana yang kita mampu berjaya. Pedulikan cemuhan dan kejian manusia kerana ALLAH sentiasa ada untuk kita????”.

Bukan itu sahaja, Rita Rudaini juga menitipkan pesan kepada anaknya itu untuk jadi terbaik untuk diri sendiri bukannya untuk puaskan hati orang lain. Pada masa yang sama, pelakon terkenal itu juga mensyukuri rezeki dari sang pencipta kerana dikurniakan dengan anak-anak yang baik kepadanya.

TikTok Rita Rudaini

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bukan Mudah Teruskan Hidup Sebagai Ibu Tunggal, Percayalah Anda Insan Hebat Pilihan Allah

Baca juga: 11 Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Wanita Ini Dedah Kehidupannya Selepas Kahwin Baharu

Baca juga: Ibu Berjaya Didik Anak Jadi CEO & Doktor, Dan Dedahkan Kesilapan Terbesar Parents Dalam Didik Anak!

Stories Rakan Kongsi
Ibu dan Ayah, Tahukah Anda Mengapa Anak-Anak Perlu Duduk Di Rumah Jika Mereka Terjangkit Penyakit Rotavirus?
Ibu dan Ayah, Tahukah Anda Mengapa Anak-Anak Perlu Duduk Di Rumah Jika Mereka Terjangkit Penyakit Rotavirus?
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Pentingnya Nutrien Awal Untuk Sistem Penghadaman Anak! Ini Cara Untuk Anak Anda Mendapat Nutrisi Secukupnya
Pentingnya Nutrien Awal Untuk Sistem Penghadaman Anak! Ini Cara Untuk Anak Anda Mendapat Nutrisi Secukupnya
Senarai Semak Wajib Tanya Apabila Ke Pakar Pediatrik, #4 Tu Penting!
Senarai Semak Wajib Tanya Apabila Ke Pakar Pediatrik, #4 Tu Penting!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Rita Rudaini Terima Hadiah Hari Jadi Dari Anak Sulungnya, Kejayaan Anugerah Pengetua, Pointer Tertinggi
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham