Nak Anak Tidur Lebih Lama? Ajar Mereka Tidur Seorang Diri Bermula Usia Ini - Kajian

Menurut kajian ini, jika anak tidur seorang di bilik pada usia ini, mereka didapati akan lebih lama tidur dan memiliki tahap keselamatan yang lebih bagus! Apa pandangan anda? Berapa agak-agaknya umur berapa anak tidur sendiri?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nak anak tidur lama? Biarkan anak tidur seorang di bilik pada usia ini. Mesti anda tertanya-tanya, umur berapa anak tidur sendiri?

Kenapa anak tidur seorang di bilik akan buat anak tidur lebih lama pula? Apa rahsianya? Bukankah sebelum ini kita asyik mendengar tentang kebaikan tidur bersama (co-sleeping)?

Malah, pakar kanak-kanak seperti Akademi Pakar Kanak-Kanak Amerika (AAP) sendiri menyarankan agar bayi baru lahir perlu tidur di bilik (bukan katil) bersama ibu bapa sekurang-kurangnya sehingga berusia 6 bulan untuk mengurangkan risiko sindrom bayi mati mengejut (SIDS).

Tapi, kajian baru mengatakan sebaliknya pula. Mengapa?

Umur berapa anak tidur sendiri? Ini jawapannya menurut kajian pakar

Jawapannya adalah pada usia anak 4 bulan! 

Pengarang utama kajian ini, Ian Paul dan kumpulannya telah menganalisa data 230 keluarga yang terlibat secara rawak, dalam kajian terkawal selama 2 tahun.

Separuh ibu dari kajian ini dinasihatkan untuk memindahkan anak mereka yang berusia 3 bulan ke dalam bilik atau kawasan yang mereka mahu anak mereka tidur pada usia 1 tahun.

Manakala lagi separuh ibu bapa telah menerima nasihat yang intensif daripada jururawat yang datang ke rumah mereka untuk memastikan anak mereka tidur dalam keadaan selamat dan dapat mengurangkan risiko SIDS.

Keputusan kajian umur berapa anak tidur sendiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Anak tidur seorang di bilik sendiri secara amnya tidur lebih lama. Bayi berusia 9 bulan yang tidur bersama ibu bapa tidur dalam purata 9.75 jam semalam manakala bayi yang tidur sendiri dari usia 4 bulan tidur selama 10.5 jam dan 10 jam untuk anak yang mula tidur sendiri dalam lingkungan umur 4-9 bulan.
  • Anak tidur seorang di bilik sendiri selepas umur 4 bulan juga tidur lebih lama: 9 jam berbanding 8.3 jam untuk anak yang tidur di bilik ibu bapa pada usia 4-9 bulan dan 7.4 jam untuk anak yang terus tidur bersama ibu bapa selepas berumur 9 bulan.

Paul melakukan kajian ini kerana bimbang akan kesan (yang tak disengajakan) kerana memberi anak tidur bersama terlalu lama. “Kesihatan anak dan ibu bapa akan terjejas dengan membiarkan anak tidur bersama.” katanya.

Apa yang paling membimbangkan Paul adalah nasihat untuk membiarkan anak tidur sendiri pada usia satu tahun. Ini kerana pada usia 1 tahun, anak akan mengalami kebimbangan untuk berpisah dengan ibu bapa.

Ada pakar setuju dan ada pula tak setuju

Jodi Mindell adalah Pengarah Bersekutu di Pusat Tidur Hospital Kanak-Kanak di Philadelphia. Beliau bersetuju dengan kajian yang dilakukan Paul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kami mahu anak dan ibu bapa mendapat tidur yang lena kerana ini akan memberi kesan kepada kesihatan dan perkembangan bayi serta kesihatan keluarga. Kita perlu memastikan kesihatan bayi dan tidur yang mencukupi untuk seluruh keluarga seimbang untuk perkembangan yang baik.”

Tambahnya lagi, kajian lepas mengatakan anak tidur lebih awal dan lama dalam bilik sendiri.

“Saya rasa saranan AAP membuatkan ibu bapa takut dan tidak dapat melakukan yang terbaik untuk keluarga mereka. Kita tak nak ibu bapa marah anak-anak kerana mereka tidak dapat rehat yang cukup.”

Jodi berkata, ibu yang tidak mendapat tidur yang cukup mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kemurungan selepas bersalin dan kecederaan tanpa sengaja. Manakala Rachel Moon, Ketua Pengarang di AAP pula memilih untuk lebih berhati-hati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Memang betul tidur yang mencukupi penting untuk keluarga. Tapi penting juga untuk ibu bapa rasa yang anak mereka akan bangun keesokkan paginya.”

Paul sekali lagi tidak bersetuju dengan kenyataan AAP.

“Salah satu dari keputusan kajian yang kami dapat, ibu bapa yang berkongsi bilik dengan anak mempunyai amalan tidur yang kurang selamat.”

Bagaimanapun, AAP masih bertegas dengan saranan mereka, buat masa ini.

Yang mana ibu bapa harus buat? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: iStock

 

Pakar dari bidang yang sama menyarankan nasihat yang bercanggah pasti akan membuatkan kita keliru. Dan Ben Hoffman, pakar kanak-kanak yang pakar dalam mencegah kecederaan di Kesihatan & Sains Oregon di Portland Universiti berkata itu perkara biasa apabila kita menyebarkan saranan tanpa bukti yang lengkap.

Kika anda mahu apa yang terbaik untuk anak anda, anda perlu membuat keputusan yang anda rasakan baik untuk keselamatan dan kesihatan anak anda dengan maklumat yang ada. Contohnya seperti ini:

Jika anak tidur bersama anda:

  • Pastikan anak tidur dalam katil sendiri. Jika anak tidur di katil yang sama, anda perlu pastikan anak anda tidak terdedah dengan risiko SIDS.
  • Anak tidak patut tidur bersama ibu bapa apabila anda minum minuman keras terlalu banyak atau jika anda mengambil pil tidur.
  • Jika anak tidur di katil anda, pastikan dia selamat dari jatuh katil.
  • Tidak disarankan bagi bayi yang baru lahir untuk tidur bersama adik-beradik yang lebih tua.

Jika anak tidur sendiri: 

  • Pastikan katilnya tidak ada bantal, selimut, bantal peluk atau mainan lembut. Anda boleh mengawal suhu bilik anak dan memakaikan pakaian yang sesuai.
  • Dapatkan monitor yang membolehkan anda melihat dan mendengar anak anda.
  • Jika pengasuh anak tidur bersama anak, pastikan dia tidak mengangkat anak anda ke katilnya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tidur Lambat Boleh Ganggu Perkembangan Otak Anak! 8 Tips Buat Anak Tidur Awal

Baca juga:  3 Tip Bagi Anak Senang Tidur Awal Setiap Malam Untuk Elak Penyakit

Baca juga: 5 Cara Ajar Bayi Baru Lahir Tidur Malam, Boleh Dipraktikkan Hingga Mereka Besar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar