TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anda Adalah Guru Anak Anda - Dan Anda Harus Mengajarnya Dua Pelajaran Ini

4 min bacaan
Anda Adalah Guru Anak Anda - Dan Anda Harus Mengajarnya Dua Pelajaran Ini

Jika anda mahu anak-anak anda menghormati anda dan menjadikan anda sebagai role model dalam hidupnya, maka anda harus mengambil peranan dalam pendidikan mereka. Bagaimana? Bacalah!

Pembantu rumah kawan saya telah bersalin pada bulan Januari 2010, dan selepas hanya dua bulan, dia hamil lagi.

Dia telah bersalin pada bulan Disember 2010 – bukan kepada satu bayi, tetapi tiga.

Ini bermakna bahawa dalam setahun, dia mendapati dirinya mempunyai empat orang anak!

Berbanding berasa terkejut, pembantu rumah ini sebaliknya berasa bangga dengan diri serta keupayaannya untuk menjaga anaknya.

Dia berbangga dengan kawan saya bahawa jika mana-mana empat anaknya yang mempunyai lipatan pada pakaian seragamnya, dia akan menyuruhnya membuka baju itu supaya dia boleh menyeterika baju anaknya.

Jika dia melihat kotoran walaupun sikit, dia akan membasuhnya dengan segera. Anak-anaknya pergi ke sekolah berpakaian rapi.

Walaupun itu adalah sesuatu yang baik, saya memberikan contoh ini kepada ibu bapa di luar sana sebagai sesuatu yang mereka tidak patut obses.

Ikut sahaja kemampuan diri kita sebagai ibu bapa

Sekiranya masa, wang, dan tenaga sangat terbatas di dalam rumah anda, maka anda perlu fokus hanya kepada hal-hal yang akan menjadi penting untuk masa depan anak-anak anda.

Tidak perlu risah hal yang remeh temeh. Apakah perkara-perkara ini?

Dua kali setahun, saya menyampaikan ucapan kepada ibu bapa pelajar lepasan kelas celik yang dianjurkan oleh kumpulan amal saya iaitu happy2help.

Setiap hari, perjuangan saya adalah sama: saya mengingatkan ibu bapa di luar sana berulang kali supaya sentiasa membaca kepada anak-anak mereka pada waktu malam.

Ibu bapa perlu memikirkan diri mereka sebagai pendidik anak yang pertama dan utama!

Jika anda fikir tanggungjawab anda hanyalah untuk membersihkan, memandikan, memberi makanan, dan mengawal anak mereka ke sekolah, maka anda hanyalah berkelakuan seperti kakitangan sokongan.

Jika anda mahu anak-anak anda menghormati anda sebagai role model, maka anda harus mengambil peranan dalam pendidikan mereka. Bagaimana?

1. Terangkan tentang dunia kepada anak anda

Anda Adalah Guru Anak Anda - Dan Anda Harus Mengajarnya Dua Pelajaran Ini

Mulakan dengan ABC. Jika anda tidak mempunyai buku cerita di tangan, gunakan apa sahaja bahan bertulis yang anda dapati: pembungkus makanan dan label produk, papan iklan gergasi, lirik video, atau laporan berita TV.

Jadikan juga waktu berhenti di lampu merah semasa trafik untuk waktu belajar!

Jika anak anda sudah boleh mengatur ayat dalam percakapannya, dorong dia menjadi pemerhati aktif.

Apabila anda pergi ke pasar atau pusat membeli-belah, minta dia tunjukkan produk atau apa -apa yang kelihatan menarik dan minta dia menjelaskan mengapa ia menarik.

Jika anda melihat sesuatu yang luar biasa, seperti baris panjang orang yang menunggu atau kereta yang terhenti di jalan raya, mintalah anak anda untuk meneka apa yang menyebabkannya line panjang tersebut.

Ia akan mengasah kemahiran berfikir si kecil anda!

Ia juga menggalakkan anak-anak anda menggunakan imaginasi mereka untuk memproses dan memahami perkara yang mereka lihat di sekeliling mereka.

Manfaat tambahan ialah ia akan melatih mereka untuk memberi kata atau menguraikan idea rumit; ini adalah kemahiran yang akan menjadi sangat berguna di sekolah dan kehidupannya nanti.

2. Terangkan sifat manusia kepada anak anda

Anda Adalah Guru Anak Anda - Dan Anda Harus Mengajarnya Dua Pelajaran Ini

Untuk membantu mereka menjadi lebih empati, bincangkan dengan anak-anak anda mengapa kita melakukan perkara-perkara tertentu.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Semasa menonton TV bersama, anda mungkin melihat seseorang yang sedang marah.

Sewaktu anda sendiri menguruskan urusan anda, terangkan kepada anak-anak anda secara ringkas:

“Mama menambah gula ke dalam gulai asam kerana ia masam dan ibu mahu mengimbangi rasa itu.”

Atau:

“Ibu sidai pakaian basah di ampaian supaya matahari boleh mengeringkannya.”

Atau:

“Emak memandikan adik kamu kerana dia bermain di luar. Kalau tak basuh, nanti tanah kotor di tangannya masuk ke dalam mulut atau matanya.”

Biar anak bertanya banyak soalan

Ia sangat menghampakan apabila saya mendengar ibu bapa berasa marah dengan anak-anak mereka, hanya kerana kerana si kecil itu “menganggu” dan bertanyakan banyak soalan!

Rasa ingin tahu adalah sikap berharga yang perlu dipupuk, ia bukan satu beban.

Sudah tentu, memang memenatkan bila mereka berulang kali meminta sesuatu seperti nak gula-gula atau nak tengok kartun di TV.  

Tapi, bersabar sahajalah!

Jom menjadi ibu bapa yang selalu mendorong dan menyokong kemahiran pemikiran anak-anak.

Siapa tahu? Dengan mengajar anak kecil kita tentang dua pelajaran penting ini, mereka boleh pergi jauh dalam kehidupan mereka nanti!

Rencana diterjemah daripada Smart Parenting.

Baca juga:

6 Perkara Untuk Mengajar Anak Anda Tentang Kasih Sayang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Anda Adalah Guru Anak Anda - Dan Anda Harus Mengajarnya Dua Pelajaran Ini
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham