Resepi Masakan Sotong Mudah & Sedap, Mesti Makan Nasi Licin & Bertambah-Tambah!

Pernah tak setiap kali ingin memasak, anda kehilangan idea sebab selalu masak lauk yang sama! Aneka resepi sotong ini wajib cuba sebab ia sedap dan mudah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali ingin masuk dapur, pasti ibu-ibu akan berfikir panjang untuk idea masakan yang mudah dan sedap. Jika selalu makan ayam, tidak elok juga kan? Jadi apa kata anda cuba resepi masakan sotong ini kerana penyediaannya cukup ringkas dan menjimatkan masa!

Penggemar makanan laut terutamanya sotong, resepi masakan sotong ini sangat menarik untuk dicuba. Memandangkan sekarang masih lagi bulan Ramadan, mesti ada ibu-ibu yang sudah kekangan idea memasak. Haaaa.. jika begitu, cuba lauk pauk ini pula.

Pasti sedap, anak-anak dan suami mesti minta tambah nasi banyak kali!

Resepi Masakan Sotong – Mudah & Sedap Tau!

#1. Sotong telur masin

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Daun kari
  • Cili padi atau cili kering
  • Bawang putih cincang 
  • Susu pekat
  • Telur masin mentah 2 biji (kuning sahaja)
  • Tepung beras
  • Putih telur ayam
  • Garam, gula

Cara penyediaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Sotong dihiris bulat-bulat, celup dalam putih telur dan celupkan pula ke dalam tepung beras.
  2. Goreng, angkat dan toskan.
  3.  Cairkan mentega dan tumis bawang putih yang dicincang halus, cili serta daun kari.
  4. Tambah susu pekat dan gara. Rasa perlu manis, masin dan berlemak. Kemudian masukkan telur masin dan hancur-hancurkannya.
  5. Letak sotong yang sudah digoreng dalam kuah dan ratakan. Sedia untuk dihidangkan!

#2. Paprik sotong

Bahan-bahan

  • 3-4 ekor sotong dibersihkan dan dipotong
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar dihiris kasar
  • 2 batang serai dihiris kasar
  • 2 helai daun limau purut
  • 5 biji cili padi diketuk
  • 1 biji cili merah dihiris menyerong
  • Sedikit bunga kubis, carrot dan kacang (ikut suka)
  • Sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos ikan
  • Garam dan gula

Cara penyediaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili padi ketuk. Kacau sekejap.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan sotong. Tambah sedikit air dan biarkannya mendidih.
  3. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Apabila mendidih, masukkan bawang besar dan cili merah. Rasa dan jika perlu masukkan garam.
  4. Tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas.

#3. Kari sotong

Bahan-bahan

  • 1kg sotong
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar rempah kari daging (dibancuh sedikit air)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar kicap manis jalen
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • Air
  • Garam dan gula

Bahan hiris dan tumis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 batang serai diketuk

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris sampai naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak
  2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air dan tumis lagi sehingga pecah minyak. Guna api sederhana dan sentiasa dikacau.
  3. Masukkan air sedikit dan biarkannya mendidih.
  4. Masukkan sotong, asam gelugor, madu, sos tiram dan kicap.
  5. Masukkan tomato, garam dan gula secukup rasa. Biarkannya mendidih. Siap!

#4. Sambal merah sotong

Bahan-bahan

  • Sotong dibersihkan
  • Bawang besar dipotong bulat

Bahan tumis:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bawang merah dikisar
  • Bawang putih dikisar
  • Cili kisar
  • Asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Secukup rasa
  • Sedikit kicap untuk mencantikkan sambal

Cara penyediaan

  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, tumis hingga garing.
  2. Masukkan pes asam jawa, garam, gula, secukup rasa. Kemudian tambah bawang yang dipotong bulat, masukkan sedikit kicap manis dan akhir sekali masukkan sotong. Biarkan 3-5 minit sahaja dan siap!

#5. Sotong masak kicap

Bahan-bahan

  • 3-4 ekor sotong
  • 1 inci halia dihiris dan diketuk
  • 3 biji bawang putih dihiris dan diketuk
  • 1 batang serai diketuk
  • 6-7 biji cili api (ikut suka)
  • 1 biji bawang besar hirisan bulat
  • 1 cawan kicap manis atau lemak manis
  • Garam
  • Cuka atau air asam jawa

Cara penyediaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Tumis halia, bawang putih, cili api dan serai sehingga wangi.
  2. Masukkan kicap manis ke dalam tumisan tadi. Tunggi sehingga mendidih.
  3. Masukkan bawang yang dihiris dan sotong. Kacau rata sampai bawang layu.
  4. Kemudian tambahkan secubit garam dan cukup sedikit sahaja ikut citarasa anda. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas!

Selamat mencuba resepi ini! Jangan lupa untuk kongsi dengan rakan-rakan anda yang lain.

Sumber: Resep Masakan Rumahan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Resepi Masakan Udang, Sumber Protein, Zat Besi Yang Baik Untuk Ibu Mengandung!