TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Perbezaan Asam Pedas Johor Dan Asam Pedas Melaka, Yang Mana Satu Pilihan Anda?

14 Nov, 2023
Perbezaan Asam Pedas Johor Dan Asam Pedas Melaka, Yang Mana Satu Pilihan Anda?

Terasa nak makan asam pedas asli dari negeri Johor atau Melaka? Apa kata anda masak sendiri sahaja, mudah dan enak!

Ramai yang ingat asam pedas susah untuk dimasak namun sebenarnya memasak lauk asam pedas lebih ringkas berbanding lauk lain kerana tak perlu tambah rempah ratus dan kuah tersebut sesuai dimasak bersama apa jua ikan.

Kerana cara memasaknya agak mudah, ianya adalah menu wajib yang perlu diketahui tetapi tahukah anda bahawa masakan ini mempunyai perbezaan juga mengikut negeri.

Asam pedas terkenal di negeri Melaka dan Johor dan masing-masing mempunyai cara yang tersendiri dalam masakan asam pedas. Yang penting kedua-duanya resepi rasanya sangat enak. 

Untuk perbezaannya, asam pedas Melaka lazimnya disediakan tanpa sayuran atau hanya menggunakan bendi, manakala asam pedas Johor disediakan bersama jeruk sawi.

Selain itu, asam pedas Melaka menggunakan daun limau purut sebagai ‘pewangi’ beserta pelbagai rempah ratus, manakala asam pedas Johor cukup hanya menggunakan daun kesum dan lada hitam sahaja.

Kami kongsikan resepi asam pedas kedua-dua negeri yang boleh anda cuba! Kalau nak masak asam pedas ayam boleh sahaja tukar ikan ke lauk ayam, mudah sahaja.

Asam Pedas Johor

Bahan-bahan :

  • 2 biji bawang merah besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 1 senduk penuh cili kering yang telah dikisar
  • Sedikit belacan
  • Ikan pilihan anda
  • 1 sudu kecil lada hitam (dikisar)
  • 1/2 cawan air asam jawa pekat
  • Daun kesum
  • 1-2 kuntum bunga kantan
  • 1 cawan air biasa
  • Garam secukupnya

Cara penyediaan :

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan dikisar tadi, tumis sampai naik bau.

2. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan tumis sampai pecah minyak.

3. Apabila bahan tumis tadi pecah minyak masukkan air asam jawa,

4. Tunggu sehingga didih kemudian masukkan bunga kantan/daun kesum

5. Masak sehingga naik bau. Akhir sekali, masukkan seekor ikan yang telah dikerat dan garam secukup rasa.

Asam Pedas Melaka

Bahan-bahan :

  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 10 -15 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 ketul kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 biji tomato
  • Bendi
  • 5-6 helai daun limau purut
  • 30 biji cili kering
  • 1 ekor/ 900g ikan merah (pilihan anda)
  • 1 sb biji ketumbar
  • 1/2 sb jintan manis
  • 1/2 sb jintan putih
  • 1/2 sb biji lada hitam
  • 1/2 sb biji halba
  • 1 inci / 1/2 sb belacan bakar
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1 cawan jus asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • 2-3 cawan air (untuk kuah)
  • Serbuk perasa (pilihan)

Cara penyediaan :

1. Hiris nipis bawang besar dan bawang putih (untuk tumisan).

2. Potong kasar bawang merah kecil, bawang putih, kunyit hidup dan halia (untuk kisar).

3. Tomato belah 4, bendi trim bahagian kepala dan ekor dan daun limau nipis buang tangkai dan koyak daun.

4. Cili kering, gunting, rebus sampai mendidih, bilas dan keluarkan biji.

5. Masukkan dalam blender cili kering rebus, belacan bakar, bahan potong kasar, biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, biji lada hitam dan air. Kisar sampai halus.

6. Panaskan minyak, tumis biji halba sampai naik aroma. Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih, tumis sampai bawang lembut.

7. Masukkan bahan kisar halus dan masak atas api sederhana sampai pecah minyak.

8. Tambah daun limau purut, air, garam dan sambung tumis sampai garing.

9. Masukkan air asam jawa, air, ikan dan masak sampai mendidih.

10. Tambah garam, serbuk seasoning, tomato dan bendi.

Stories Rakan Kongsi
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Tahukah Anda? 5 Gejala Kehamilan Yang Tidak Diingini Ini Berkaitan Dengan Kesihatan Usus
Tahukah Anda? 5 Gejala Kehamilan Yang Tidak Diingini Ini Berkaitan Dengan Kesihatan Usus
Mahu Anak Cepat Tangkap Bila Belajar, Kena Pastikan Anak Sentiasa Sihat, Ini Caranya!
Mahu Anak Cepat Tangkap Bila Belajar, Kena Pastikan Anak Sentiasa Sihat, Ini Caranya!

Che Nom

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Viral Kedai Claypot Chicken Rice Guna Arak Beras, Kalau Teringin Nak Makan Ini Resepi Versi Halal

Baca juga : Resepi Ayam Berlado Yang Pedas Tapi Paling Sedap, Makan Sampai Berpeluh-Peluh!

Baca juga : Menu Kegemaran Ramai Semestinya Siakap Stim Limau. Ini Resepi Mudah Dan Cepat Ala Restoran Thai

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Perbezaan Asam Pedas Johor Dan Asam Pedas Melaka, Yang Mana Satu Pilihan Anda?
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham