Ternyata ramai keluarga yang mengalami nasib serupa, sejak melahirkan bayi di musim pandemik ini, langsung atuk, nenek semua tak dapat nak melawat. Tidak terkecuali ayah Zahirah Macwilson juga merasai perkara sama apabila lama tidak dapat berjumpa anak yang jauh di perantauan susulan pandemik yang membataskan pergerakan.
Bapanya, Zainol Macwilson berkongsi perkara berkenaan di laman Instagramnnya.
Ayah Zahirah Macwilson luah rindu pada anak, cucu
Anaknya yang menghiasi poster sebuah kedai telefon jenama terkemuka menjadi pengubat rindu Zainol Macwilson memandangkan mereka terpisah sejak 8 bulan lalu apabila Zahirah terbang ke Perth, Australia untuk melahirkan bayinya yang diberi nama Isaac Raees dan berpantang bersama ibunya di bumi Kangaroo itu.
It’s ok kak, papa belum dpt berjumpa dgn kakak & cucu papa yg comel tu! Dpt tengok kakak kat poster fon Oppo terbaru kat merata kedai fon, terubat juga rindu papa. luv u kak.
Pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza pada tahun lalu memilih untuk menyambut kelahiran anak sulung mereka di Perth, Australia bagi membolehkan Zahirah berpantang bersama ibu kandungnya yang menetap di sana.
Pada 5 Januari 2021, Zahirah selamat melahirkan anak sulungnya seorang bayi lelaki yang kini sudah berusia hampir kira-kira 9 bulan.
Tempat berpantang pengaruhi emosi ibu & bayi
Nampak remeh, tetapi sebenarnya tempat berpantang amat mempengaruhi emosi ibu dan bayi. Jika tempat berpantang itu mendatangkan kecelaruan pada emosi ibu, ia boleh membuatkan emosi ibu tidak stabil.
Disebabkan itu, biarkan saja ibu hamil sendiri yang memilih untuk berpantang di mana yang mereka selesa sama ada di rumah sendiri, ibu bapa sendiri atau ibu bapa mertua.
Tidak perlu memaksa dan biarkan mereka buat pilihan yang terbaik untuk menjamin kesihatan diri dan emosi mereka.
Apa yang anda perlu fikirkan sebelum berpantang?
Jadi apa yang perlu anda fikirkan sebelum memilih tempat berpantang:
#1. Di mana anda lebih selesa?
Di mana anda lebih selesa? Tidak kira di mana pun, yang penting ibu yang akan berpantang dengan bayinya itu selesa. Orang lain letak tepi dulu kerana anda yang akan berpantang dan anda yang akan menanggung sebarang akibatnya jika tak selesa dan sebagainya.
Berpantang ini benar-benar menguji emosi, jika persekitaran anda mendatangkan rasa tidak selesa dan buat anda serba tak kena, lebih baik elakkan berpantang di tempat sedemikian.
Fikirkan perasaan anda terlebih dulu, tak perlu rasa bersalah pada orang lain.
#2. Kemudahan
Jika sudah pilih tempat berpantang, jika boleh pastikan tempat yang anda pilih dekat dengan kemudahan penting seperti klinik atau hospital. Sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diigini senang untuk anda mendapatkan rawatan.
Selain itu, kemudahan lain yang memudahkan anda untuk mendapatkan barangan keperluan bayi, makanan dan sebagainya. Jika ia tempat yang mudah diakses oleh penghantar makanan lebih bagus. Jadi jika anda mahu order lauk berpantang lebih mudah.
#3. Susun atur sesuai untuk orang berpantang
Adalah lebih baik untuk anda pastikan susun atur tempat yang anda pilih untuk berpantang adalah sesuai dengan keadaan mereka yang berpantang.
Ini bermaksud, ia tidak penuh dengan barang yang boleh menyebabkan anda tersepak, tersadung dan sebagainya yang boleh mendatangkan bahaya.
Selain itu, adalah lebih baik jika barangan keperluan itu mudah untuk anda capai, tidak diletakkan di tempat tinggi dan sebagainya. Perkara ini memang nampak remeh, tetapi jika tiadak susun atur yang sesuai ia sangat menyusahkan ibu yang sedang berpantang.
#4. Sediakan barangan keperluan secukupnya
Jika tidak mahu pening kepala, sebelum due date pastikan anda sediakan barangan keperluan secukupnya. Tidak kiralah sama ada untuk anda atau bayi, pastikan semuanya cukup supaya anda tidak tercari-cari bila memerlukannya nanti.
Kadang kala suami pun tidak tahu semua benda, jadi agak mencabar untuknya mencari dalam masa singkat. Jadi bila semuanya sudah tersedia, keadaan akan jadi lebih mudah, anda pun tak stres.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Kredit foto: Zainol Macwilson
Baca juga: 5 Pantang Bersalin Ini WAJIB Diikuti Oleh Wanita Demi Menjaga Kesihatan Berpanjangan
Baca juga: Ini Rupanya “Pembunuh Senyap” Ketika Wanita Berpantang – Hati-Hati Ibu Semua!
Baca juga: Amalan Berpantang Selepas Bersalin, Adakah Ia Masih Wajar?