Ayam Goreng Kunyit Kegemaran Ramai, Ini 5 Resepi Paling Mudah Dan Sedap Macam Makan Di Kedai

Boleh kata hidangan ayam goreng kunyit selalu menjadi pilihan ramai kala makan tengah hari. Senang saja nak buatnya. Ini resepinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa yang tak suka ayam suka goreng kunyit bukan? Rakyat Malaysia yang menggemarkan hidangan simple ini kala makan tengah hari. Biasa kita dengar adalah nasi ayam goreng kunyit Mat Rock yang cukup popular di sekitar Lembah Klang.

Sebenarnya cara penyediaan ayam goreng kunyit mudah saja. Selalunya menu makan ini akan hadir bersama sambal belacan pedas berserta nasi putih. Ayam goreng kunyit itu sendiri pula akan digabungkan bersama kacang panjang, lobak merah dan hirisan bawang besar. 

Kombinasi ini sememangnya cukup sempurna dan sedap pada citarasa masyarakat Malaysia. Berikut adalah resepi ayam goreng kunyit yang anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Cubalah!

Resepi Ayam Goreng Kunyit 

Resepi ayam goreng kunyit Che Nom

Bahan-bahan:

Bahan-bahan untuk Ayam Goreng Kunyit:

  • 1 mangkuk kecil hirisan isi ayam
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • sedikit serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • Karot
  • kacang panjang
  • 1 biji cili merah

Bahan-bahan untuk sup ayam:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sup bunjut
  • ayam, bahagian tulang
  • air secukupnya
  • sedikit lada hitam
  • sedikit lada sulah
  • karot
  • 1 biji kentang
  • garam secukupnya
  • daun sup
  • daun bawang

Bahan untuk sambal belacan:

  • 6 biji cili merah
  • 6-8 biji cili padi merah
  • 1 biji tomato
  • 1 ketul belacan bakar
  • gula
  • garam
  • perahan jus 4 biji limau kasturi

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk ayam:

  1. Ambil ayam bahagian isi, bersihkan dan potong kecil.
  2. Perap ayam bersama garam halus, serbuk kunyit, serbuk lada sulah, serbuk kari, sedikit serbuk ketumbar (optional), dan tepung jagung.
  3. Kacau sehingga sebati dan perap seketika.
  4. Hiris nipis bawang holand dan carrot.
  5. Hiris kasar cili merah.
  6. Potong memanjang kacang panjang.
  7. Cincang kasar bawang putih.
  8. Panaskan minyak.
  9. Masukkan ayam dan goreng sehingga kekuningan (separuh masak).
  10. Pastikan kerap mengacau bila goreng ayam kunyit supaya ayam garing diluar dan lembut didalam.
  11. Masukkan bawang putih.
  12. Bila bawang putih kekuningan, masukkan kesemua sayur.
  13. Kacau sehingga semua sayur layu (jangan lama sgt)
  14. Kemudian boleh diangkat.

Cara-cara untuk sup ayam:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Hiris kasar bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
  2. Masukkan bahan-bahan tadi kedalam blander dan kisar kasar.
  3. Kupas carrot dan kentang kemudian potong kepada ketulan besar.
  4. Hiris nipis daun sup dan daun bawang.
  5. Panaskan periuk.
  6. Masukkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga kekuningan dan naik bau.
  7. Masukkan satu ikat sup bunjut.
  8. Tambah tulang ayam.
  9. Kacau sikit dan masukkan air secukupnya.
  10. Tutup dengan tudung pan dan reneh sehingga mendidih.
  11. Kemudian masukkan kentang dan carrot.
  12. Masukkan satu kiub pati ayam.
  13. Tambah serbuk lada hitam, lada sulah dan garam.
  14. Teruskan masak sehingga kentang dan carrot empuk dan tabur dengan hirisan daun sup dan daun bawang.

Cara-cara untuk sambal belacan:

  • Hiris kasar cili merah,cili padi merah dan tomato.
  • Masukkan kesemua bahan hiris kasar tadi kedalam blander.
  • Tambah belacan (sudah dibakar).
  • Kisar tapi jangan halus sangat.
  • Jangan tambah air, cukup air dari jus tomato untuk hasilkan sambal pekat sebati.
  • Masukkan kedalam mangkuk dan perasakan dengan garam, gula dan jus limau kasturi.

Resepi ayam goreng kunyit Khairul Aming

Bahan-bahan:

  • Ayam yang telah dipotong kecil
  • Sedikit garam
  • 1 sb serbuk kunyit
  • 1 sb serbuk cili
  • 1 sb tepung beras/tepung jagung
  • Air
  • Kacang panjang
  • Bawang besar
  • Babycorn
  • Lobak

Cara-caranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Letakkan ayam dalam mangkuk. Letakkan garam, serbuk kunyit, serbuk cili dan tepung beras.
  2. Tuang sedikit air. Gaul sebati.
  3. Dalam kuali, panaskan minyak. Bila dah betul-betul panas, gorengkan ayam tadi hingga garing. 
  4. Potong bahan sayur-sayuran tadi. Campurkan ke dalam masakan.
  5. Siap untuk dihidang.
  6. Boleh tambah telur mata sebagai pelengkap.

Resepi ayam goreng kunyit ala thai

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Tepung jagung
  • Cili giling
  • Minyak masak secukupnya
  • Kacang panjang – dipotong
  • Bawang holland – dihiris
  • Cili merah – dihiris
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Potong kecil isi ayam mengikut saiz yang dikehendaki.
  2. Gaul isi ayam bersama garam, serbuk kunyit, tepung jagung dan cili giling. Jumlahnya bergantung pada kuantiti isi ayam yang digunakan.
  3. Perap sekurang-kurangnya selama 1/2 jam.
  4. Panakan minyak masak dalam kuali dengan secukupnya. Lebih elok jika guna kuali yang besar dan minyak yang banyak.
  5. Masukkan hirisan ayam yang telah diperap tadi. Goreng sehingga garing dan berwarna keemasan.
  6. Kemudian masukkan hirisan kacang panjang, cili merah dan juga bawang holland. Goreng selama 2-3 minit
  7. Siap! 

Resepi ayam goreng kunyit Mat Rock

Bahan-bahan:

Bahan-bahan ayam kunyit:

  • 500g isi ayam
  • 2-3 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • ½ sudu besar serbuk ketumbar
  • ½ sudu besar serbuk seasoning
  • 2 sudu besar tepung beras
  • Sedikit air
  • ½ batang lobak merah
  • 3 batang kacang panjang
  • ½ biji bawang holland
  • Bunga kubis
  • 1 tangkai cili merah
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Bahan-bahan sambal belacan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 4 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang holland
  • 5-10 tangkai cili padi
  • 2 tangkai cili merah
  • 1 inci belacan
  • 5 biji limau kasturi
  • 1 biji kecil tomato (kalau besar letak ½ biji saja)
  • 1-2 sudu kecil garam
  • 2-3 sudu kecil gula
  • ½ cawan air asam jawa

Bahan-bahan dihidang bersama:

  • Telur goreng
  • Kicap
  •  

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk Ayam Goreng Kunyit:

  1. Tumbuk halus bawang merah dan bawang putih.
  2. Gaul potongan isi ayam bersama kunyit, garam, serbuk kari daging, serbuk ketumbar, serbuk seasoning, tepung beras, bawang tumbuk dan sedikit air. Gaul sebati kesemua bahan.
  3. Perap ayam seketika.
  4. Panaskan minyak, lalu goreng ayam perapan. Kerapkan kacau ayam sehingga agak garing.
  5. Masukkan potongan sayur dan cili sehingga layu.
  6. Angkat gorengan ayam kunyit dan toskan minyak.
  7. Kemudian, ayam goreng kunyit siap untuk dihidang bersama sambal belacan, telur goreng, nasi putih panas dan kicap.

Cara-cara untuk sambal belacan:

  1. Kisar kasar bawang putih, bawang holland, cili padi, cili merah, limau kasturi, tomato (pilihan), air asam jawa, belacan bakar, garam dan gula.

Resepi ayam goreng kunyit Azie Kitchen

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Bahan bahan:
  • Isi ayam – potong kecil dilumur garam & serbuk kunyit
  • 2 batang kacang panjang – potong 2 inci
  • 1/2 batang karot – potong panjang
  • 1 biji bawang besar kuning – hiris panjang
  • 1 batang cili merah – hiris
  • 2-3 batang cili padi – jika suka
  • 2 ulas bawang putih – ketuk
  • Gula
  • Sedikit minyak
Cara cara:
  1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak menggunakan api yang besar.
  2. Masukkan bawang putih dan karot terlebih dahulu sebelum dimasukkan kacang panjang, cili merah dan bawang besar.
  3. Kacau rata sehingga sayuran lembut.
  4. Masukkan sedikit gula. Sesuaikan rasa.
  5. Angkat dan siap untuk dimakan dengan nasi putih panas panas dan sambal belacan.
  6. Jika suka, tuang sedikit kicap di atas nasi.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Idea Masakan Serta Menu Berasaskan Ayam Untuk Anak 2 Tahun, Sedap & Tinggi Protein

Baca juga: Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap & Berkilat, Menu Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

Baca juga: 6 Menu Berasaskan Ayam Goreng KFC Yang Menyelerakan, Pasti Makan Sambil Menjilat Jari!

Penulis

Farhana Fuad