Cara Buat Ayam Penyet Paling Sedap Dan Beraroma, Ikut Resepi Ini Memang Menjadi!

Ayam penyet merupakan salah satu hidangan Indonesia yang terkenal di Malaysia. Kalau dapat buat sendiri di rumah pasti puas hati!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau singgah di negara jiran, tidak lain tidak bukan memang ayam penyet yang dicari kerana rindukan kepedasan sambalnya dan perapan ayam yang cukup rasa. 

Agak renyah untuk menyediakan hidangan ini tetapi hasilnya sangat memuaskan dan paling sedap! Sesetengah hidangan ayam penyet sedap dimakan dengan nasi putih biasa.

Tetapi, kali ini kami kongsikan beberapa yang mudah dengan menggunakan air rebusan ayam untuk memasak nasi supaya hasilnya lebih enak dan lazat.

Memang kena dengan selera tekak kita.

Resepi Ayam Penyet Simple

Resepi Ayam Penyet Che Nom

Bahan untuk ayam penyet (rebusan):

  • 1 ekor ayam, potong 4 atau 8
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • air secukupnya

Bahan untuk rempah perapan:

  • 1/2 sudu jintan manis *
  • 1/2 sudu jintan putih *
  • 3 sudu besar ketumbar *
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • sedikit garam

Bahan untuk tepung kriuk:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Lebihan perapan rempah ayam
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan tepung beras

Bahan-bahan untuk nasi ayam penyet:

  • 3 cawan beras, bersihkan dan tos
  • 6 cawan air rebusan ayam, atau ikut sukatan jenis beras yang digunakan
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 sudu besar mentega atau minyak sapi
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • Sedikit garam

Bahan-bahan untuk sup ayam:

  • 1 ikat sup bunjut adabi
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 batang serai
  • bawang goreng

Bahan-bahan untuk sambal ayam penyet:

  • 10 biji cili padi
  • 10 biji cili merah
  • 10 biji bawang merah, belah 4
  • 3 biji bawang putih, hiris kasar
  • 3 biji tomato, belah 4
  • 5 cm belacan bakar
  • 1/2 gengam ikan bilis
  • 3 sudu besar gula melaka, atau secukup rasa
  • secawan minyak
  • limau nipis atau limau kasturi
  • sedikit garam, jika perlu secukup rasa

Bahan untuk hidangan sampingan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 4 ketul tauhu
  • 2 keping tempe
  • Sayur dan ulaman (timun,daun selom,kubis,kacang panjang,tomato)

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk ayam penyet (rebusan):

  1. Basuh ayam dan rebus dengan air secukupnya bersama halia dan bawang putih. Anggaran 15 minit atau sehingga empuk.
  2. Angkat ayam dan toskan.

Cara-cara untuk rempah perapan ayam:

  1. Sangai rempah bertanda (*). Sangai bermaksud masak seketika di atas kuali tak berminyak sehingga naik bau.
  2. Sejukkan rempah dan kisar bersama semua bahan lain sehingga halus.
  3. Gaulkan ayam rebus diatas bersama rempah kisar. Perap selama beberapa jam. Minimum 2 jam supaya rempah meresap ke dalam ayam.
  4. Goreng ayam sehingga sedikit garing di luar.
  5. Gaulkan juga rempah bersama tauhu dan tempe sebelum menggoreng. Tapi jangan campur dengan ayam.
  6. Bahan lebihan rempah akan digunakan untuk tepung kriuk

Cara-cara untuk tepung kriuk:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Gaulkan lebihan rempah bersama tepung beras dan telur. Percik bancuhan ini ke dalam kuali dan goreng sehingga rangup.
  2. Boleh juga disalut bancuhan ini ke atas ayam perap sebelum digoreng.

Cara-cara untuk nasi ayam penyet:

  1. Panaskan mentega dan tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan pandan sehingga naik bau.
  2. Masukkan beras dan kacau seketika.
  3. Masukkan air dan sedikit garam. Tutup tudung periuk dan masak seperti biasa. Boleh juga gunakan periuk nasi elektrik.

Cara-cara untuk sup ayam:

  1. Panaskan air rebusan ayam bersama sup bunjut dan serai. 
  2. Boleh juga rebus bersama bahagian tulang ayam sepeti leher dan kaki ayam (jika anda suka).
  3. Masak sehingga mendidih dan tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Che Nom dah tak letak halia dan bawang putih sebab sudah dimasukkan semasa proses rebusan ayam mula-mula tadi.Masak sehingga mendidih dan tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Cara-cara untuk sambal ayam penyet:

  1. Goreng ikan bilis dalam minyak sehingga garing. Angkat dan asingkan.
  2. Goreng cili dan bawang dalam minyak yang sama.
  3. Kemudian goreng tomato sehingga layu.
  4. Kisar kasar ikan bilis, cili, bawang dan tomato yang digoreng bersama belacan bakar.
  5. Panaskan minyak lebihan tadi, masak sambal yang dikisar kasar bersama gula melaka. Perasakan dengan garam jika perlu. Hati-hati kerana ikan bilis sudah masin.

Cara-cara untuk bahan sampingan:

  1. Goreng tempe dan tauhu yang sudah digaul rempah.
  2. Hiris timun dan tomato, serta bersihkan ulam-ulaman lain. Hidangkan bersama nasi dan ayam penyet.

Ayam Penyet Lamongan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 1 kg paha ayam (cuci bersih)
  • 1 batang serai
  • 4 helai daun limau purut
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sachet serbuk stok
  • 1/2 sudu kecil lada kisar
  • air secukupnya
  • minyak masak secukupnya

Bahan untuk dikisar:

  • 7 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm lengkuas
  • 1 cm halia
  • 1 ruas kunyit
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 4 biji kemiri

Bahan pelengkap hidangan:

  • Pes cili udang
  • Pes cili udang
  • timun
  • tomato
  • selada
  • selasih

Cara-cara:

  1. Kisar bahan.
  2. Dalam periuk, masukkan ayam.
  3. Masukkan daun limau purut, serai.
  4. Perasakan dengan lada sula, perasa, garam dan gula secukup rasa.
  5. Rebus hingga air kering dan rempah meresap.
  6. Tutup api dan toskan.
  7. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Goreng ayam tadi hingga kuning keemasan. Toskan.
  8. Hidangkan bersama bahan pelengkap lain.
  9. Siap untuk dihidang.

Ayam Penyet Surabaya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam dipotong 10 bahagian.
  • 2 batang serai dititik
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 3 helai daun salam
  •  2 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar jus perahan limau nipis / lemon atau 1 sudu besar cuka.
  • 1/2 liter air
  •  1/2 cawan santan pekat.

Bahan kisar:

  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 7 biji buah keras, disangai
  • 1 sudu besar garam
  • 1 kiub stok ayam segera.

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan ketulan ayam, toskan airnya. Masukan garam dan jus limau nipis atau cuka.
  2. Perapkan selama 30 minit. Basuh bersih ayam tadi dan toskan.
  3. Dalam periuk, didihkan air. Kemudian masukkan serai, lengkuas, halia, daun limau purut dan daun salam.
  4. Masukkan perasa, kunyit hidup, buah keras, garam dan kiub ayam segera yang telah kisar.
  5. Biarkan air mendidih dan baru masukkan ayam.
  6. Apabila air sudah mendidih, masukkan 1/2 cawan santan untuk tambahkan kemanisan ayam.
  7. Bila sudah mendidih semula, kecilkan api dan keluarkan ayam. Toskan.
  8. Bila ayam dah sejuk, goreng ayam hingga garing.
  9. Angkat dan hiaskan dengan bahan pelengkap lain.
  10. Air rebusan ayam tadi boleh ditapis dan guna untuk tanak nasi. 

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Nasi Lemak Yang Lengkap Dengan Sambal & Ikan Bilis Rangup, Sedap Macam Beli

Baca juga: Resipi Nasi Dagang Terengganu Klasik, Lengkap Dengan Acar Timun Memang Sedap!

Baca juga: Perlu Idea Untuk Menu Menjamu Tetamu Raya Ini? Boleh Cuba Resepi Laksa Yang Pelbagai Variasi Ini

Penulis

Noorhidayah