"Jom Kawin", Baca Kisah Wanita ini Lamar Kekasihnya, Mungkin Anda Boleh Jadikan Inspirasi?

"Jom Kawin", Baca Kisah Wanita ini Lamar Kekasihnya, Mungkin Anda Boleh Jadikan Inspirasi?

Kadang-kadang all it takes hanyalah keberanian dan ayat cinta sweet! Dah tahun 2020 ni, tiada lagi istilah perigi cari timba. Kalau dah suka tu cakap saja

Teringat pula kisah saya bercinta dulu-dulu, saya sendiri yang tanya suami saya sekarang waktu bercinta dulu “awak suka saya tak?” daring tapi itu yang membawa ke titip-titip perhubungan kami sampai sekarang. Kadang-kadang all it takes hanyalah keberanian dan ayat cinta sweet! 

Dah tahun 2020 ni, tiada lagi istilah perigi cari timba. Kalau dah suka tu cakap saja, tak kisahlah lelaki atau perempuan yang buat ‘first move’. Jika anda hanya menunggu orang yang tepat hadir dalam hidup anda dan mengungkap ayat cinta sweet, jawabnya menunggulah sampai bila-bila. 

Dalam hidup ini kita kena berani, memanglah perempuan kena jaga adabnya, kena bersopan dan tak boleh gelojoh. Tapi siapa pula yang cakap bila perempuan buat first move itu tak bersopan dan beradab kan? Kita hanya cuba saja, kalau orang tu reject tak mengapalah. Kita move on!

Seperti kisah cinta wanita ini yang mendapat perhatian netizen dan banyak blog-blog tempatan. Dia sendiri melamar kekasihnya selepas 2 bulan perkenalan. Pertemuan pertama mereka di hutan pula tu. Romantik dan mencabar sungguh!

“Jumpa Jodoh Di Hutan”

ayat cinta sweet

07.03.2020: First jumpa masa naik gunung

15.5.2020: Bawa kahwin

04.07.2020: Merisik

29.8.2020: Nikah PKP

Kata wanita yang dikenali sebagai Aty ini, pertemuan pertama mereka adalah ketika mereka mendaki bukit Gunung Minitinduk. Asalnya Aty membuka satu kumpulan untuk trip mendaki Gunung Minitinduk ini, dan suaminya itu menjadi ahli yang terakhir sekali memberi nama untuk mendaftar. Kisah ini diceritakan semula oleh Aty kerana kini Tawau telah dikenakan PKPDB lantas dia tidah dapat berjumpa dengan suaminya buat masa ini. 

(Kisah ini diceritakan dalam dialek Sabah)

29.9.2020: Genap sebulan nikah tapi punah harapan mahu jumpa sebab 29.9.2020 start PKPDB Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak.

Oleh kerana tempat saya ni pun macam mahu-mahu naik tu kes COVID jadi kita hold² dulu jumpa laki.

Bukan mahu cerita pasal jumpa nda jumpa tapi mahu cerita, siapa jumpa jodoh masa hiking? 

Dijadikan cerita bulan Feb saya open trip naik Gunung Minitinduk (rupanya ada gunung ni di daerah saya) so saya cari la team sapa2 yang mahu naik.

Jadi dia ni (suami) orang paling last kasi full trip kami 10 orang. Mula-mula dia tidak mahu join sebab ada program lain.

Tapi tinggal beberapa hari saja lagi date mendaki dia WhatsApp untuk join. Ngam betul la ba kan sebab tiba² ada team dari KK yang cancel last minit.

Oh ya dia ni kawan FB. Netau macam mana boleh friend di FB tapi yang pasti ter add friend gara-gara hiking ja.

Bertubuh kecil tapi bersemangat kental

Tiba di hari untuk mendaki mereka pun berjumpa. Kata Aty, suaminya itu memang sudah ‘expert’ manakala dia hanyalah amatur dalam mendai bukit ini. Jadi teknik pendakian dia agak perlahan berbanding dengan suaminya yang cukup laju. 

Ada satu masa itu, Aty perasan yang suaminya asyik memandangnya ketika turun bukit. Jadi selpas kahwin dia sempat bertanyakan kepada suaminya, kenapa dia diperhatikan? Lantas suaminya menjawab yang dia pelik melihat isterinya yang bertubuh kecil dan pendek gayat pula tu tapi boleh menjadi ketua kumpulan mendaki gunung. Namun kata Aty, walaupun dia pendek dan kecil malah gayat namun semangatnya cukup kuat. 

7.3.2020 first jumpa masa register. Masa tu semua ok cumanya biasa la kalau orang otai² hiking ni laju². Kami yang bilis² ja ni paling belakang la so teda sempat kami jalan hiking sama2 pasal kelidutan (lambat) kami naik bukit (faham2 ja kalau newbie).

Ada la satu adegan ni kan, masa turun bukit saya nampak dia dari jauh perati ja saya masa turun tu. Heran juga napa dia peratikan jadi lepas kawin hari tu tanya la napa perati ja masa turun bukit hari tu? Guyss mau tau dia cakap apa?

Debilang (dia kata) sudah la ko pindik², gayat tapi mahu juga hiking². Heran juga ah debilang macam mana boleh jadi ketua team hiking gunung.

Gayat dan saya mimang nda buli pisah. Sapa yang penah hiking sama saya tau la macam mana sengsara mahu jaga saya masa limpas (lalu) yang bukit curam2.

Thank gais. I love u all sebab tulung saya kasi limpas (lalu) yang curam2 walaupun becucuran air mata gegara gayat.

Tak sempat bercinta, terus melamar

ayat cinta sweet

Coret Aty lagi, kisah cinta mereka sangat singkat, malah susah untuk diungkapkan kalau betul mereka bercinta, ia lebih kepada perkenalan saja kerana cukup singkat. Malah perbualan mereka di whatsapp lebih kepada mengenai COVID. Maklumlah sebaik perkenalah mereka itu, terus berlangsungnya PKP sepanjang Mac-Mei. Memandangkan suaminya itu cikgu dan dia pula berkerja di hospital jadi mereka sering bertukar-tukar info. 

Katanya lagi, banyak hikmah waktu pandemik ini, kerana dia telah menemui jodohnya. 

Jadi bila masa jatuh cinta? becinta ka? macam tiada kami becinta sebab singkat betul kami punya perkenalan ni. Musim PKP Mac-Mei tu kami selalu WhatsApp pasal COVID.

Maklum la dia cigu, duduk rumah sebab sekolah tutup. Saya pula keja hospital so sah² dia banyak tanya pasal perkembangan keja masa COVID ni menular.

Banyak masa dia hadap HP. Hikmah juga COVID-19 & PKP ni sebab bikin jumpa jodoh.

"Jom kawin" 

Kata Aty, dia tak tahu bagaimana ia bermula, tapi tiba-tiba dia menghantar mesej “jom kawin” kepada suaminya itu. Dan tanpa ragu, suaminya itu menerima lamaran tersebut. Selepas selesai merisik, dia bertanyakan suaminya mengapa menerima lamaran tersebut? Dan suaminya menjawab, dia bimbang kalau dia yang bertanya Aty akan menolak. Jadi alang-alang Aty sudah bertanya dahulu dia pun setujulah! Jadi wanita-wanita di luar sana jangan takut nak cuba ya! Mungkin pasangan anda itu takut dan ragu-ragu untuk melamar anda, jadi ambillah peluang cepat.

Bulan Mei, 15.5.2020. Tidak tahu macam mana tiba2 saya boleh taip mesej “Jom kawin” dalam masa yang sama saya becerita dengan kawan 1 kerja bab kawin. Tiada angin tiada ribut tiba2 bawa kawin tapi dia terima juga haha.

Bulan 7 selepas merisik saya ada tanya la napa terus bagi jawapan terima tuk kawin. Kamu tahu dia jawab apa? Dia cakap risau kalau dia yang duluan cakap bawa kawin tapi saya menolak.

Tapi bila saya sudah buka mulut bawa kawin terus dia terima. So gaiss untuk sapa yang ada hati dengan orang tu, cakap ja. Terima tidak terima tu belakang kira. Mana tau orang yang kita suka tu pun ada hati perasaan dengan kita tapi malu ja mahu cakap.

Tak salah perigi cari timba kalau hasilnya ke jinjang pelamin

ayat cinta sweet

Kata Aty, terpulanglah nak cakap yang dia itu perigi cari timba ke. Yang pasti dia tahu yang dia sudah jumpa lelaki yang dia suka jadi dia usaha. Kadang-kadanga kalau bercinta bagai nak rak pun tapi tiada usaha dan tidak bertindak tetap tak kemana. Aty juga sempat berpesan kalau anda dalam hubungan yang kerap kali terputus di tengah jalan janganlah cepat putus asa, Allah swt itu sebaik-baik perancang. Dia sudah merancang semuanya dengan sempurna sekali, percaya saja pada Dia. Malah kata Aty seronok tau bercinta selepas kahwin ini. 

Perigi cari timba? Ikut la persepi masing2. Kalau suka usaha. Kalau mahu tunggu orang bawa kawin padahal suka sama suka dua2 sampai bila pun tidak jadi.

Tiada salah pun kalau perempuan yang mulakan dulu. Yang penting dengan cara baik ja. Kalau ditolak mungkin bukan jodoh, berlapang dada. Tuhan akan bagi yang terbaik tepat pada masa. Jangan risau.

Niat saya dulu hiking bukan mahu mencari jodoh. Tidak pernah terlintas mahu jumpa jodoh masa hiking sebab lebih ke arah ubah suasana hidup baru. Boson dengan aktiviti harian.

Balik kerja-rumah-kerja. Bosan tu Tuhan saja la yang tahu. 7 tahun kerja hari2 hidup dengan suasana hospital. Jadi tahun 2019 mula join team hiking. Mimang best bila sudah terok alam ni. Berbaur perasaan. Susah mahu cakap.

Macam tebuka sikit tu minda tingu hijau2. Asal ada masa mesti masuk hutan. Tapi itu la perancangan Tuhan siapa yang tahu kan.

So good luck untuk sapa yang belum bertemu jodoh. Sangka baik dengan Tuhan. Kalu pun balik2 kecewa putus hubungan di tengah jalan tapi jangan sampai sangka buruk dengan Tuhan. Nda baik tu.

So today 29.9.2020 happy 1 month anniversary Aty & Junjun.

Doakan kami bahagia kekal ke akhir hayat amin.

Siuk becinta lepas kawin ni. Alhamdulilah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Aty

Baca juga:

my.theasianparent.com/wanita-pilihan-lelaki-kahwin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Nur Izzati

Artikel(Cerita)
app info
get app banner