TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Potong Kuku Terlalu Melengkung Undang Cagu, Pakai Pula Kasut Sempit, Aduh Terasa Denyutnya!

4 min bacaan
Potong Kuku Terlalu Melengkung Undang Cagu, Pakai Pula Kasut Sempit, Aduh Terasa Denyutnya!

Pernah tak anda rasa kuku bagai menikam jari? Sakit berdenyut nak berjalan pun rasa ngilu lagi-lagi bila pakai kasut sempit! Azabnya kena cagu!

Pernah tak anda rasa kuku bagai menikam jari? Sakit berdenyut di ibu jari, nak berjalan pun rasa ngilu lagi-lagi bila pakai kasut sempit!Anda mungkin alami cagu atau kuku cengkam. Azabnya kena cagu!

Cagu merujuk kepada radang bahagian tepi jari apabila kuku tumbuh dan menekan tisu bahagian berkenaan. Biasanya ia terjadi apabila kuku dipotong terlalu pendek.

Lagi sakit bila terlanggar pula bucu meja pada jari yang bercagu. Sakitnya Tuhan saja tahu!

 Azabnya kena cagu!

Azabnya kena cagu

Cagu berlaku apabila kuku tumbuh ke sisi dan menekan isi (tisu) di bahagian tepi jari. Ini menyebabkan isi jari di bahagian tepi itu sakit. Silap-silap nak pakai kasut pun tak boleh!

Ia kerap berlaku pada kuku jari kaki dan biasanya bermula dengan bengkak merah dan seterusnya mula mengeluarkan nanah akibat jangkitan kuman.

Keadaan ini menyebabkan mereka yang terkena cagu terpaksa menahan sakit, malah ada yang mengelak memakai kasut.

Tak cukup dengan itu, nanah yang terkumpul di situ mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Sudahlah sakit, jari pula berbau. Boleh timbulkan stress tau! Jadi jom lihat tips mencegah masalah cagu.

Tips cegah masalah cagu

Sampai bila mahu tahan menderita dan aktiviti harian terganggu kerana masalah kecil yang akhirnya menjadi besar sekaligus menganggu aktiviti harian.

1. Elak sarungkan stokin atau kasut terlalu ketat

Apabila mengenakan kasut atau stokin ketat, tekanan dikenakan terhadap kulit di sekitar kuku. Keadaan ini boleh menyebabkan tisu kulit tercedera. Jika semuanya ketat, jari anda memang tidak boleh bernafas dan akhirnya membuatkan anda lebih sakit!

2. Potong kuku dengan betul

Azabnya kena cagu

Memotong kuku terlalu pendek atau memotong tepi akan menggalakkan pertumbuhan tisu di bahagian tepi. Akibatnya kuku akan tumbuh ke dalam kulit dan berlakulah ‘trauma’ sehingga menyebabkan tisu berkenaan mengalami radang.

Elak memotong kuku terlalu melengkung atau berbentuk kipas kerana bentuk itu lebih cenderung menekan ke dalam kulit sekitar kuku.

Selain itu, potong kuku menggunakan penyepit kuku, bukan menggigit kuku yang jadi habit ramai tidak kira tua atau muda!

3. Pastikan kaki sentiasa kering

Kulit kaki yang lembut membolehkan kuku mudah tembus ke dalam kulit. Selain faktor kebersihan iaitu mudahnya jangkitan kuman memasuki permukaan tisu kulit.

Jika anda individu yang cepat berpeluh, pakai stokin yang boleh menyerap kelembapan dengan baik. Lap kaki hingga kering selepas keluar bilik air. 

4. Segera rawat kecederaan

Jika anda tersadung dan ada jari yang luka, sebaiknya sapukan sedikit antiseptik di bahagian hujung kaki terutama kuku bagi mengekal kuku tertusuk dalam tisu menyebabkan jangkitan. Hati-hati ya bila berjalan!

Sebelum jadi para, baik dapatkan rawatan!

5. Rawatan di rumah

Azabnya kena cagu

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Anda boleh memberikan rawatan kecantikan kepada kaki yang secara tidak langsung mencegah masalah cagu. Antara caranya ialah merendam kuku dalam air suam, menolak kulit daripada kuku dengan menggunakan kapas sedia direndam minyak zaitun atau menggunakan ubat tahan sakit acetaminophen dan minyak antibakteria.

Cara rawatan cagu

  1. Mencuci dan merendam kuku terlibat dengan air suam setiap hari. Kemudian gauze bersih dilapik pada hujung kuku di tempat cagu berlaku. Krim antibiotik disapu jika terdapat jangkitan kuman. Ini akan memberi masa bagi kuku bahagian cagu untuk tumbuh melepasi tisu yang mengalami radang.
  2. Antibiotik akan diberikan sekiranya terdapat bukti jangkitan kuman berlaku. Ia termasuk keadaan jangkitan kulit (Cellulitis) dan nanah. Pembedahan biasanya tidak akan dilakukan sehinggalah jangkitan kuman telah sembuh.
  3. Ubat anti-radang berfungsi bagi mengurangkan kesakitan akibat keradangan yang berlaku. Contoh ubat anti-radang adalah seperti mefenemic acid (Ponstan), diclofenac (Voltaren) dan celecoxib (Celebrex).
  4. Pemilihan kasut yang sesuai bagi mengurangkan tekanan pada bahagian cagu dapat membantu mengurangkan kesakitaMengurangkan aktiviti berjalan kaki, berlari dan bersukan semasa kondisi ini berlaku bagi mengawal kesakitan dan keradangan yang berlaku.

Sumber: siakapkeli, MM Malaysia 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcagu-masalah-kecil-yang-menyebabkan-kesakitan-besar-dr-ahmad-mahyuddin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Potong Kuku Terlalu Melengkung Undang Cagu, Pakai Pula Kasut Sempit, Aduh Terasa Denyutnya!
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham