6 Cara Dapatkan Bacaan BSP Yang Cantik & Normal, Ibu Hamil Yang Ada GDM Wajib Tahu!

lead image

Bacaan BSP yang cantik dan normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada 7.8 mmol/L. Jika terlalu tinggi, boleh membahayakan bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu yang sedang hamil perlu memastikan kesihatan mereka berada di tahap yang baik kerana ia boleh mempengaruhi perkembangan janin. Antara masalah yang sering dihadapi ibu mengandung adalah diabetes. Ibu kena pastikan bacaan BSP yang cantik untuk elakkan perkara yang tidak diingini.

bacaan bsp yang cantik

Apa itu BSP Test?

BSP test adalah pemeriksaan kadar gula dalam darah yang juga dikenali sebagai blood sugar profile.

Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk memastikan doktor mendapatkan rekod paras gula dalam darah ibu mengandung agar mereka dapat memantau tahap kesihatan anda secara menyeluruh.

Sebelum itu, ibu mengandung perlu melakukan ujian MGTT iaitu Modified Glucose Tolerance Test dan jika bacaan daripada ujian ini melebihi 7.8MMOL, maka anda perlu menjalani ujian BSP.

Apa bacaan BSP yang cantik untuk ibu mengandung?

Jika kandungan gula dalam darah tinggi, bacaan BSP anda akan direkod dan akan berada dalam pemerhatian doktor. 

Tujuannya adalah untuk memastikan bacaan BSP itu berada di paras yang normal untuk ibu mengandung.

Bacaan BSP yang normal untuk ibu mengandung dibahagikan kepada dua iaitu;

  • Ketika berpuasa
  • Selepas makan

Bacaan BSP yang normal bagi ibu hamil yang sedang berpuasa adalah kurang daripada 5.1mmol/L manakala bacaan BSP yang normal dua jam selepas makan bagi ibu mengandung adalah kurang daripada 7.8mmol/L.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kenapa BSP penting bagi ibu yang sedang hamil?

Para ibu tidak boleh pandang ringan masalah penyakit kencing manis ketika hamil. Ini kerana jika kandungan gula dalam darah terlalu tinggi atau rendah, ia boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kepada ibu dan juga bayi.

Ujian BSP ini penting kerana berdasarkan dua keadaan di atas, doktor akan memastikan bacaan BSP ibu berapa di paras yang normal.

Melalui ujian ini, doktor akan maklum dengan paras gula dalam darah dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Seringkali doktor menasihati ibu mengandung agar mengawal pengambilan makanan bergula dan berlemak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana nak lakukan BSP Test?

Prosedur untuk lakukan BSP test ini tidaklah terlalu rumit. Bahkan, mommies boleh lakukan sendiri ujian ini.

#1. Berpuasa sebelum buat ujian

Sebelum melakukan ujian BSP ini, ibu mengandung perlu berpuasa terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya dua jam sebelum darah diambil. Anda dibenarkan untuk minum air masak.

#2. Perlu ambil sampel darah 4 kali sehari

Sampel darah akan diambil sebanyak 4 kali sehari. Tidak banyak pun darah yang diperlukan, hanya setitik atau dua di hujung jari sahaja yang akan diuji.

#3. Waktu sampel darah diambil

Sampel darah ini kebiasaanya akan diambil pada jam 8 pagi, 12 tengahari, 6.30 petang dan akhir sekali, 9.30 malam.

#4. Rekodkan bacaan

Semua bacaan BSP test ini perlu direkodkan dalam satu kertas khas yang diberikan oleh klinik kesihatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Ujian boleh dilakukan di klinik, farmasi atau di rumah

Ujian BSP ini boleh dilakukan di Klinik Kesihatan, farmasi atau di rumah sahaja. Untuk lakukan ujian ini di rumah, anda perlu beli alatnya dahulu.

Harga bagi satu alat ini adalah lebih kurang RM120-RM160. Jika berkemampuan, anda boleh beli alat ini dan lakukan ujian ini di rumah sahaja.

Ini kerana ada mommies yang mengalami kesukaran untuk ke klinik atau farmasi terutama pada waktu malam. Pemeriksaan sendiri di rumah dapat menyelesaikan masalah ini.

Bagi yang ingin lakukan ujian di rumah, boleh cuba ikut cara yang dikongsikan di blog ini.

Cara mudah nak dapatkan bacaan BSP yang cantik

Perkara yang paling menakutkan bagi ibu hamil selepas melakukan ujian ini adalah kadar gula yang melebih paras normal. Ini boleh membahayakan kesihatan ibu dan juga bayi yang dikandung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk memastikan itu tidak berlaku, mommies boleh cuba cara ini untuk pastikan bacaan BSP sentiasa normal

#1. Amalkan pemakanan yang seimbang dan berzat

Ini sangat penting tidak kiralah ketika hamil ataupun tidak. Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan penuh zat amat penting untuk kesihatan.

Berikut adalah makanan yang boleh membantu memastikan bacaan di paras normal;

  • Kekacang mengandungi folat, zat besi, kalsium dan zink. Antara jenis kekacang yang sesuai adalah kacang hitam, kacang putih, kacang dal dan kacang soya.
  • Ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3, vitamin B, protein dan rendah merkuri. Antaranya adalah ikan sardin, ikan tilapia dan salmon.
  • Buahan yang kaya dengan kalium, serat, vitamin C dan folat seperti buah beri biru, beri hitam serta raspberi.
  • Sayuran hijau juga dapat membantu mengekalkan bacaan pada tahap normal.

#2. Bersenam secara berkala

Selain daripada menjaga pemakanan, bersenam juga penting untuk memastikan tahap kesihatan yang optimum.

Para ibu boleh cuba aktiviti fizikal yang sesuai dengan kondisi dan kemampuan seperti;

  • Yoga
  • Berkebun
  • Berenang
  • Berjalan dengan pantas
  • Regangan badan

#3. Makan mengikut masa

Ibu juga dinasihatkan untuk menjaga waktu makan agar kadar gula dalam darah stabil. Lebih lagi jika melakukan ujian ini, disiplin yang tinggi pada waktu makan amat penting.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana anda perlu berpuasa terlebih dahulu sebelum melakukan ujian ini. Jika waktu makan dilangkau, anda lebih cenderung untuk makan lebih banyak nanti dan ini akan meningkatkan paras gula dalam darah.

#4. Jaga kuantiti makan

Nasi adalah antara makanan yang boleh meningkatkan paras gula dalam darah. Tetapi kalau nasi sudah menjadi makanan harian, mungkin sukar untuk tidak mengambilnya. 

Oleh itu, anda perlu mengawal pengambilannya. Mungkin boleh cuba kaedah suku-suku-separuh.

#5. Elakkan pengambilan makanan dan minuman manis

Makanan dan minuman yang manis WAJIB dielakkan. Kebanyakkan makanan dan minuman ini tidak berkhasiat dan mengandungi gula yang tinggi. Lagi pun, anda sudah mendapatkan gula daripada buahan yang diambil.

#6. Banyakkan minum air masak

Untuk memastikan bacaan BSP yang normal, pastikan untuk minum air kosong yang mencukupi. Ia juga baik untuk kesihatan anda dan juga bayi.

Kesihatan perlu dijaga baik ketika hamil atau pun sebelum hamil untuk mengelakkan komplikasi kesihatan di kemudian hari. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Makanan Untuk Menurunkan Gula Darah, Petua Tanpa Ubat Untuk Ibu Ada GDM (Diabetes)

Baca juga: Anda Disahkan Ada Diabetes (GDM) Ketika Hamil, Benarkah Ini Mengancam Nyawa Bayi Dalam Kandungan?

Baca juga:  Masalah Diabetes Ketika Hamil? Ibu, Sediakan Alat Ini Di Rumah Untuk Mengawalnya

Penulis

Nur Sofea