X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

6 Cara Kawal Bacaan Gula Normal Buat Ibu Hamil Yang GDM, Bolehlah Cuba Makan Kuih Raya Nanti!

4 min bacaan
6 Cara Kawal Bacaan Gula Normal Buat Ibu Hamil Yang GDM, Bolehlah Cuba Makan Kuih Raya Nanti!

Bacaan gula normal ibu hamil terutama yang menghidap GDM amat penting untuk sentiasa dipantau dan dikawal untuk elak sebarang komplikasi.

Kencing manis semasa hamil atau gestational diabetes (GDM) sering dihidapi wanita hamil. Bila raya ni, mesti ada yang teringin makan kuih raya kan? Kami kongsikan cara anda kekalkan bacaan gula normal untuk elak GDM. 

Kadangkala buntu juga bila bacaan gula dalam darah sentiasa tinggi sedangkan anda sudah berusaha mengawalnya.

Glukosa atau glukos adalah bahan yang menjadi sumber tenaga bagi kehidupan sehari-hari. Namun jika tahap glukos dalam darah berlebihan, ia boleh memberi kesan buruk.

Terutama kepada organ-organ dalam tubuh kita seperti merosakkan lapisan retina di bahagian mata sehingga boleh menyebabkan buta. 

Bacaan gula normal ibu hamil boleh dikawal dengan cara ini 

Bacaan gula normal

Kredit: ceriasihat

Menurut Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, Dr Norintan Zainal Abidin Shah, tahap glukos yang tinggi semasa hamil pula akan menyebabkan pelbagai masalah di dalam janin misalnya, masalah jantung pada bayi dalam kandungan.

Jadi ini enam cara yang dikongsikan doktor ini mungkin boleh kekalkan bacaan gula normal buat ibu hamil terutama yang menghidap GDM. 

#1. Senaman ringan

Bacaan gula normal

Kredit: popmama

Tahap glukos dikawal oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas supaya tahap glukos terkawal dan tidak kekal tinggi serta pastikan bacaan gula normal ibu hamil. 

Dalam kalangan wanita yang hamil pula, hormon-hormon yang dihasilkan ketika hamil akan berlawan dengan insulin. Ini menyebabkan paras glukos wanita hamil mudah meningkat naik.

Setelah bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan, tahap glukos akan kembali normal semula. Inilah yang dikenali sebagai gestational diabetes mellitues (GDM) atau masalah kencing manis ketika hamil.

Pesakit GDM selalunya mengamalkan pemakanan yang seimbang tetapi tidak melakukan senaman, tahap gula atau glukos selalunya akan kekal tinggi.

Senaman yang dimaksudkan adalah senaman sederhana seperti berjalan kaki selama 30 hingga 45 minit setiap hari. Ramai yang bertanya, setelah melakukan kerja-kerja rumah, maka perlukah melakukan aktiviti berjalan kaki ini? Jawapannya adalah, ya!

#2. Elak simpan makanan ringan di rumah

Misalnya, jika anda tidak dibenarkan minum minuman bergula, jangan beli atau simpan apa-apa minuman berkarbonat misalnya di rumah.

Semua ahli keluarga yang lain termasuklah suami hendaklah bekerjasama dalam hal ini. 

#3. Makan makanan berserat tinggi

Bacaan gula normal

kredit: bookdoc

Ganti beras, mi, mihun, pasta, roti biasa dengan bahan-bahan karbohidrat berserat tinggi. Beras putih boleh digantikan dengan beras perang.

Roti putih boleh digantikan dengan roti wholemeal. Mihun dari beras merah ada dijual di pasaran. Pasta yang diperbuat dari wholemeal flour juga mudah didapati daripada pasaran.

#4. Makan dalam kuantiti kecil tapi kerap

Waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam dikekalkan tapi ambil snek antara waktu makan utama. Antara masa sarapan dan makan tengah hari ambil snek pagi. Di antara makan tengah hari dan makan malam pula ambil snek petang.

#5. Amalkan diet disaran pakar pemakanan

Bagi sarapan, makan tengah hari dan malam; amalkan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan anda. Hafal piramid makanan dan pastikan anda ikut.

Ia penting bagi memastikan anda makan ikut kuantiti yang sepatutnya. Hamil bukan bermakna anda perlu makan untuk dua orang, ia adalah tanggapan yang salah sama sekali.

#6. Makan makanan yang anda suka tetapi pada kuantiti bersesuaian

Kegagalan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan akan berlaku jika diet dan jenis makanan tidak menepati selera seseorang pesakit itu. 

Jadi, makanan makanan yang anda suka. Misalnya, jika sarapan yang dicadangkan ialah sandwich telur tetapi anda tidak suka makan ini bolehlah tukar kepada sekeping capati atau secawan mihun goreng. Tapi pastikan kuantiti yang bersesuaian.

Pastikan makanan yang diambil adalah bersesuaian dengan kuantiti walaupun ia adalah makanan yang anda suka. Pastikan ia tidak berlebihan kerana ia mungkin boleh menganggu usaha untuk mengekalkan bacaan gula normal si ibu hamil 

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: columbiasia

Baca juga: Waspada Diabetes Ketika Hamil, Ini Senarai Makanan Kononnya “Sihat” Tapi Gula Tinggi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • 6 Cara Kawal Bacaan Gula Normal Buat Ibu Hamil Yang GDM, Bolehlah Cuba Makan Kuih Raya Nanti!
Kongsikan:
  • Waspada Tanda Gula Tinggi Dalam Badan Ketika Hamil, Ini Cara Berkesan Untuk Mengawalnya!

    Waspada Tanda Gula Tinggi Dalam Badan Ketika Hamil, Ini Cara Berkesan Untuk Mengawalnya!

  • Bacaan Kadar Gula Dalam Darah Boleh Jadi TIDAK TEPAT Jika Ibu Lakukan 5 Kesilapan Ini

    Bacaan Kadar Gula Dalam Darah Boleh Jadi TIDAK TEPAT Jika Ibu Lakukan 5 Kesilapan Ini

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Waspada Tanda Gula Tinggi Dalam Badan Ketika Hamil, Ini Cara Berkesan Untuk Mengawalnya!

    Waspada Tanda Gula Tinggi Dalam Badan Ketika Hamil, Ini Cara Berkesan Untuk Mengawalnya!

  • Bacaan Kadar Gula Dalam Darah Boleh Jadi TIDAK TEPAT Jika Ibu Lakukan 5 Kesilapan Ini

    Bacaan Kadar Gula Dalam Darah Boleh Jadi TIDAK TEPAT Jika Ibu Lakukan 5 Kesilapan Ini

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.