TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Adab Kejut Anak Dari Tidur Supaya Badan Segar, Otak Cerdas Sepanjang Hari!

4 min bacaan
Adab Kejut Anak Dari Tidur Supaya Badan Segar, Otak Cerdas Sepanjang Hari!

Musim persekolahan dah mula. Pasti ramai ibu ayah yang berperang kejut anak dari tidur. Kejut anak dengan beradab supaya badan segar!

Sekarang ramai anak-anak yang mula bersekolah. Dan tak dinafikan struggle ibu ayah setiap pagi adalah mengejutkan anak. Tapi ibu ayah perlu tahu, kejut anak bangun dari tidur pun ada adabnya supaya badan segar dan otak mereka cerdas sepanjang hari.

Kadang-kadang bila dah lambat nak ke sekolah, ibu ayah pula mengejar masa untuk ke pejabat, waktu pagi adalah waktu paling huru-hara di rumah.

Masa itulah ibu dan ayah mula nak marah-marah jika anak lambat bangun dan sebagainya. Ada pula anak yang merengek dan meragam tidak mahu ke sekolah sedangkan ibu ayah berperang dengan masa.

Rahsia pastikan badan segar, otak anak cerdas sepanjang hari

badan segar

Kredit: majalah pa&ma

Memang tak sah kalau setiap hari ibu tak jadi petir jika musim persekolahan sudah bermula. Anak yang liat sangat nak bangun memang benar-benar menguji kesabaran.

Walaupun malam sebelumnya sudah tidur awal, tapi punyalah liat nak bangun pagi. Memang mencabar kesabaran betul lebih-lebih lagi jika ibu ayah bekerja.

Mahu kejar masa untuk punch in, mahu kejar masa hantar anak ke sekolah supaya tidak terlambat. Pendek kata, huru-hara dan kelam kabutlah jadinya setiap hari.

Jadi bagaimana mahu kejutkan anak dari tidur dengan penuh beradab? Cara ini terpakai untuk semua peringkat umur tidak kiralah jika anak anda itu masih bayi, kanak-kanak, remaja atau dewasa sekali pun.

Jadi mungkin boleh guna cara ini juga untuk kejutkan suami atau isteri bangun dari tidur.

  1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur
  2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan-lahan.
  3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
  4. Kalau masih belum bangun, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
  5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
  6. Bangunkan sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin
  7. Setelah anak bangun, usap kepalanya sambil berucap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
  8. Anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan otak yang cerdas kerana dibangunkan dengan penuh kasih sayang.

Tips bangunkan anak awal

badan segar

#1. Elak makan lewat malam

Seeloknya makan malam lebih awal supaya anak-anak boleh tidur lebih awal. Makan malam yang lewat dan berat sebelum waktu tidur boleh menggangu tidur dan membuatkan anak anda lebih susah untuk bangun di pagi hari.

#2. Hadkan penggunaan gajet waktu malam

Sesetengah pertarungan untuk bangun awal pagi adalah berpunca daripada tidur pada lewat malam. Hadkan penggunaan gajet mahupun televisyen yang boleh membuatkan anak leka sehingga berjaga ke larut malam.

#3. Siapkan kelengkapan esok dengan awal

Siapkan juga kelengkapan untuk esok pagi seperti kerja sekolah, alat tulis, pakaian sekolah, beg sekolah dan sebagainya dengan lebih awal. Bila semua sudah sedia, urusan pada waktu pagi insya Allah akan berjalan dengan lebih lancar.

#4. Elakkan konflik sebelum tidur

Jika ada, selesaikan dengan segera. Pujuk anak dan terus bermaaf-maafan. Berikan pelukan dan ciuman pada si manja sebelum mereka tidur. Pastikan mereka tidur dalam keadaan gembira dan mencium tangan ibuayah terlebih dahulu sebelum mereka lena dibuai mimpi.

#5. Wujudkan suasana tidur yang aman

badan segar

Pastikan anak-anak tidur dalam suasana aman, jauh dari gangguan dan kebisingan. Jika memasang rakaman bacaan Al- Quran atau white noise semasa anak-anak tidur, kurangkan bunyinya.

#6. Elak ketuk pintu bilik anak dengan kuat

Elakkan mengetuk pintu bilik mereka dengan keterlaluan sehingga menyebabkan anak bangun dalam keadaan terkejut dan ketakutan.

#7. Kejut secara berperingkat

Kejut anak secara berperingkat. Jangan memaksa mereka. Jangan terus disimbah air ke atas mereka.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tidur Lambat Boleh Ganggu Perkembangan Otak Anak! 8 Tips Buat Anak Tidur Awal

Baca juga: Nak Anak Tidur Lebih Lama? Ajar Mereka Tidur Seorang Diri Bermula Usia Ini – Kajian

Baca juga: Anak “Hiperaktif” Sebenarnya Mungkin Kerana Tak Cukup Tidur!

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Adab Kejut Anak Dari Tidur Supaya Badan Segar, Otak Cerdas Sepanjang Hari!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham