Badan Terasa Panas Menurut Islam, Adakah Ia Petanda Terkena Sihir Kalau Bukan Demam?

Badan terasa panas menurut islam kadangkala bukan terjadi disebabkan faktor kesihatan atau cuaca panas yang tidak menentu, semak di sini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap di antara kita pasti pernah mengalami badan terasa panas padahal tidak demam? Ada masanya tangan terasa pijar, kaki rasa panas. Ada masanya rasa panas itu beralih ke bahagian anggota badan yang lain. Ia membuatkan kita buntu dan tertanya-tanya sebab badan terasa panas menurut islam.

Menurut perkongsian oleh Ustaz Ariffin Ayob menerusi laman Youtube Unais Mediaworks, telah menyatakan bahawa badan terasa panas termasuk dalam tanda-tanda terkena sihir.

Badan Terasa Panas Menurut Islam

Tidak dinafikan faktor cuaca panas sejak belakangan ini juga menyebabkan kita mengalami badan terasa panas walaupun suhu badan normal.

Ia juga boleh terjadi disebabkan masalah kesihatan seperti demam dan segala yang berkaitan dengan hormon.

Pun begitu, tidak semua orang mempunyai punca yang sama kenapa badan terasa panas dari dalam.

Jika mengalami badan panas yang beralih kepada satu tempat ke tempat yang lain. Sekejap panas di dada, sekejap terasa panas di peha, di belakang badan, panas di telinga dan sebagainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia merupakan salah satu tanda kita terkena sihir selain rasa pening kepala selepas masuk waktu Asar, badan terasa letih dan mimpi yang bukan-bukan seperti berada di tempat kotor atau jatuh dari tempat tinggi.

Cara Mengesan Sihir Dengan Minum Air Madu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anda mengalaminya, ia mungkin merupakan tanda gangguan jin. Untuk itu, apa yang boleh anda lakukan untuk mengesan sihir adalah dengan mengamalkan minum air madu pada pagi hari.

Cara-cara:

  1. Sediakan satu atau dua sudu madu.
  2. Masukkan madu dan campurkan air suam ke dalam gelas.
  3. Kacau dengan sudu mengikut arah lawan jam sambil membacakan surah-surah tertentu: Al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas.
  4. Tipukan ke dalam gelas dengan niat memohon petunjuk sekiranya terdapat gangguan dalam tubuh badan.

Selain itu, kita juga diminta untuk menjaga hubungan kita dengan Allah SWT dengan melakukan solat berjemaah, mentaati kedua ibu bapa, memperbanyakkan solat sunat, puasa dan membaca al-Quran supaya badan terasa panas tadi hilang dengan serta-merta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tubuh Rasa Panas Membahang Selepas Bersalin, Ibu Kenali Apa Itu Gejala ‘Hot Flashes’

Baca juga: Penyakit Ain Pada Bayi & Anak Kecil: Kenali Tanda, Ciri & Cara Menyembuhkannya

Baca juga: Tanda Tanda Kematian Semakin Hampir & Tanda Husnul Khotimah Menurut Mufti Wilayah

Penulis

Noorhidayah