Pernahkah anda terfikir bagaimana seseorang itu boleh dikatakan mengalami sakit jiwa?
Sebuah kajian telah mendedahkan yang terdapat dua gaya keibubapaan yang ekstrem terhadap kanak-kanak yang dikatakan berkait rapat dengan mereka membesar menjadi penjenayah sakit jiwa di hari kemudian.
Universiti Sains dan Teknologi Norwegian telah menemu ramah banduan yang dikawal ketat dan menemui yang mereka mempunyai sejarah diabaikan oleh ibu bapa, mempunyai ibu bapa yang terlalu mengawal atau bersifat kuku besi.
Seorang yang sakit jiwa ialah seseorang yang mengalami gangguan mental yang kronik serta mempunyai perilaku yang tidak normal atau ganas.
Mereka didefinisikan sebagai seseorang yang kurang rasa empati dan mempunyai kecenderungan untuk memanipulasi manusia lain tanpa rasa bersalah.
Sejarah didera semasa kecil
Apa yang mengejutkan, kajian mendapati semua penjenayah sakit jiwa yang dikaji, juga mempunyai sejarah penderaan fizikal dan psikologikal yang menjijikkan di usia muda.
Penulis kajian tersebut, Dr. Aina Gullhaugen memberi komen, tanpa dikecualikan, mereka ini telah dilukakan oleh penjaga mereka.
Dan mereka berperilaku seperti sekarang kerana ingin menangani apa yang mereka telah lalui, namun dengan cara yang salah.
Menjelaskan tentang jenis ibu bapa penjenayah-penjenayah ini, kebanyakan mereka sama ada membesar di dalam keadaan dibiarkan atau dikawal terlalu keras.
Namun ibu bapa tidak boleh disalahkan di dalam semua hal, ramai juga kanak-kanak yang dibesarkan di dalam keadaan yang teruk namun tidak menjadi penjenayah.
Tambah beliau, apa yang dia cuba sampaikan ialah tidak semua gaya pendidikan ibu bapa yang teruk menjadikan seseorang kanak-kanak itu teruk. Ia tidak diwarisi.
Seperti yang telah disampaikan oleh penulis kajian di atas, ibu bapa tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya namun ibu bapa memberi impak yang besar terhadap kehidupan anak mereka.
Anak-anak adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita untuk didik. Jadi kita tidaklah boleh mengabaikan mereka.
Pengajaran untuk kita sebagai ibu bapa
Apakah pengajaran yang kita boleh ambil dari perkongsian kajian ini?
- tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak sangat besar hingga kitalah yang membantu membentuk siapa mereka di masa hadapan.
- walaupun siapa yang akan mereka jadi di masa depan bukanlah seratus peratus berpunca dari ibu bapa, tetapi sebahagian besarnya masih dipengaruhi kita sebagai ibu bapa mereka.
- sepertimana didikan yang buruk boleh menjadikan mereka penjenayah sakit jiwa, begitu juga didikan yang baik boleh memberi impak yang positif kepada mereka.
- tunjukkan keperibadian yang baik secara berterusan agar boleh diterapkan di dalam diri anak-anak.
- mendisiplinkan anak-anak memang penting, namun haruslah tidak berlebihan
Tip tambahan dalam mendidik anak
Antara tajuk yang mungkin boleh membantu anda rujuk di dalam proses mendidik anak-anak:
- Kesilapan Biasa Dilakukan Oleh Ibu Ketika Mendisiplinkan Anak
- 8 Cara Disiplin Yang Salah
- Bagaimana mendisiplinkan anak tanpa perlu memukul; telah diuji sebanyak 5 kali
- Cara bijak untuk mendisiplinkan anak anda pada setiap usia
- Cara Mendisiplinkan Kanak-kanak Hingga Remaja Tanpa Impak Yang Negatif
- Campur tangan ketika pasangan sedang mendisiplinkan anak, perlu atau tidak?
Sumber: nypost